
Kasih Tak Terucap
Skrin komputer di hadapannya hanya menjadi tatapannya sahaja sedangkan fikirannya melayang entah ke mana. Jari-jemarinya yang tadi rancak menari di papan kekunci terhenti tiba-tiba. Di mindanya, terbayang-bayang wajah Azahari, seorang perempuan yang hanya dikenali wajahnya sahaja, ibu dan ayahnya. Semakin difikirkan, semakin senak fikirannya. Dia kemudiannya melepaskan keluhan berat.
"Zira...." Laung Farah dari tempat duduknya.
Zira mengalihkan pandangannya ke arah Farah. Dia mengangkat kening.
"Call in line two..." Beritahu Farah.
Dengan malas dia mengangkat ganggang telefon lalu menekan butang dua.
"Hello... Zira di sini." Sopan ayat yang keluar dari mulutnya.
"Zira, Azahari di sini. Tengahari nanti kita lunch sama-sama." Kedengaran suara Azahari di hujung talian.
"Aku sibuk. Belum tentu boleh keluar makan tengahari nanti." Jawab Zira acuh tak acuh.
"Tapi...." Azahari cuba bersuara.
"Sudahlah. Boss panggil aku." Kata Zira lalu menghempaskan telefon.
Farah memandangnya kehairanan.
"Azahari lagi?" Tanyanya.
Zira menganggukkan kepalanya. Dia sendiri sudah runsing dengan perangai Azahari yang selalu mengganggunya.
Azahari seorang peguam yang amat petah mematahkan hujah-hujah pendakwa raya. Dia merupakan salah-seorang penguam yang amat dikenali ramai. Tambah-tambah lagi setelah dia dapat menyelesaikan kes seorang Dato' awal tahun lalu.
Dia juga merupakan bekas tunangan Zira, walaupun hakikatnya pertunangan mereka belum diputuskan secara rasminya. Manakala Zira pula adalah seorang setiausaha di sebuah syarikat di ibukota. Dia baru memutuskan pertunangan di antara mereka berdua sebulan yang lalu. Tetapi, Azahari mengambil sikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua dan menganggap mereka masih lagi dalam ikatan pertunangan. Sikap Azahari yang begitu, menambahkan rasa sakit hati Zira.
Punca keretakan perhubungan mereka ialah Zira terserempak dengan Azahari yang baru keluar dari sebuah bilik di hotel. Di samping Azahari, seorang wanita yang berpakaian seksi. Mereka saling berpelukan ketika itu.
Walaupun Azahari cuba berterus-terang dengan Zira, tapi tak berguna kalau yang hendak dikatakan semua itu adalah cuma alasan untuk menutup kesalahan dirinya.
Dia kata perempuan itu cuma klien dia dan mereka sedang berbincang untuk menyelesaikan kes perempuan itu. Bincang apa kalau sampai ke bilik hotel? Dusta semuanya!
Zira meneruskan tugasnya. Walaupun fikirannya begitu kusut tika itu, tapi dia cuba untuk tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan kerja. Sememangnya dia seorang pekerja yang berdedikasi. Tak hairanlah kerana dia penyandang Anugerah Pekerja Cemerlang Syarikat Ixora tiga tahun berturut-turut.
Jam sudah menunjukkan angka enam petang. Ketika itu Zira baru saja menyiapkan kerjanya. Dia menggeliat untuk melonggarkan urat-urat yang bagaikan keras kerana bekerja seharian. Terasa lega semua urat-urat dan sendinya. Cepat-cepat dia mengemas mejanya. Setelah dipastikan ianya kemas, dia mencapai beg tangannya lalu beredar.
Perlahan-lahan kakinya melangkah lemah menuju ke tempat meletak kereta. Ketika dia hendak membuka pintu keretanya, tiba-tiba tangannya dipegang orang. Cepat-cepat dia menarik tangannya. Dia menoleh. Jantungnya berdegup pantas.
"Kau! Jangan buat macam tu lagi." Hampir Zira menjerit. Dia mengurut dadanya.
"Sorry... I don't mean to..." Belum sempat Azahari menghabiskan kata-katanya Zira sudah menarik pintu keretanya.
"Please Zira, we need to talk!" Pujuk Azahari tidak putus asa.
"Nak cakap apa lagi? Kita dah tak ada apa-apa perhubungan. Tolonglah! Jangan ganggu aku lagi!" Zira cuba menahan perasaannya. Dia cuba untuk bercakap setenang yang mungkin.
"Dia tak ada apa-apa perhubungan dengan aku. She's my client. That's all."
Pantas Zira melontarkan pandangannya ke wajah lelaki itu. Kemudian dia tersenyum sinis. Dia berpaling semula ke keretanya dan membuka pintu kereta Wiranya lalu mencampak beg tangannya di tempat duduk belakang. Azahari dengan sabar menanti reaksi seterusnya dari Zira.
"Client? Client apa kalau sampai bawa ke bilik hotel?" Suara Zira mulai sedikit meninggi.
"Bukankah aku sudah terangkan pada kau, kami hanya berbincang saja." Azahari pula sedikit terganggu dengan sikap Zira yang tidak mahu memberikan dia peluang untuk mempertahankan dirinya. Dia mulai baran.
"Okay, bincang... tapi kenapa dalam bilik? Kenapa tak ke lobi saja?" Suara Zira kembali kendur. Seboleh mungkin dia cuba berdiplomasi dengan Azahari yang memang terkenal dengan sikapnya yang perengus.
"She needs a privacy." Tegas Azahari.
"She or both of you?" Soal Zira sinis lalu ketawa kecil.
Azahari terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Walaupun dia merupakan seorang peguam yang gagah di kamar mahkamah, tapi dia lemah bila berhadapan dengan Zira.
"Please... trust me!" Kata Azahari lagi sambil tangannya memegang jari Zira yang runcing. Zira menyentap jarinya dari genggaman Azahari.
“Aku nampak kau keluar dari bilik dengan perempuan tu. Aku yang nampak sendiri. Bukannya ada orang yang beritahu pada aku. Kau dan perempuan itu berpelukan ketika keluar dari situ. Cuba kau beritahu aku, macam mana aku nak percaya pada kau.”
Azahari kehilangan kata-kata. Dia mundar mandir di hadapan Zira. Dia cuba mencari idea untuk menjawab soalan Zira. Di hatinya masih lagi terselit perasaan sayang, tapi dia tidak dapat mengawal perangai kasanovanya itu.
“Sudahlah Azahari. Janganlah kau nak berlakon di depan aku lagi. Aku dah tak percayakan kau lagi. Cukuplah, aku tak sanggup nak bersama kau lagi. Minggu depan, wakil dari pihak aku akan bertandang ke rumah kau untuk memutuskan pertunangan kita secara rasminya.” Terang Zira lalu memasuki keretanya dan menghidupkan enjin. Seketika kemudian, kereta Zira hilang dari pandangan Azahari.
Minggu lepas di lobi Hotel Semarak, dengan airmata mengalir di pipi, Zira mencampakkan cincin pertunangan mereka di hadapan Azahari. Dia pada mulanya hairan dengan tindakan Zira. Tapi, setelah berfikir, dia tertanya-tanya mengapa Zira turut berada di hotel itu. Akhirnya dia mendapat jawapan persoalannya.
Azahari tidak menyangka begitu sekali tindakan Zira. Dia ingin memutuskan pertunangan mereka. Sedangkan dua tahun Azahari memikat Zira, barulah dia memberi perhatian pada Azahari itupun dengan campurtangan dari keluarga Zira sendiri. Dia bernasib baik kerana keluarganya dan keluarga Zira adalah kenalan lama. Tapi, kerana disebabkan dia tidak mengubah perangainya walaupun sudah menjadi tunangan orang, dia kehilangan Zira.
Zira menekan breknya mengejut! Tika itu juga ada sebuah kereta menghentam belakang keretanya. Pantas dia berpaling ke belakang. Kelihatan sebuah kereta Proton Waja biru tua mengundurkan keretanya sedikit.
Zira keluar dari keretanya dengan wajah cemas. Dia segera ke belakang keretanya. Lampu kereta Proton Wiranya pecah dan bumpernya sedikit kemek. Zira membelek-belek tempat yang kemek itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Kesal dengan dirinya kerana terlalu asyik memikirkan mengenai Azahari hingga dia hilang tumpuan ketika memandu.
“Maaf, saya tak sengaja!” Satu suara garau menegurnya dari tepi. Zira menoleh. Kelihatan seorang lelaki yang siap berkot berdiri gagah di sampingnya. Wajahnya kelihatan cemas dan sedikit pucat tetapi sempat pula melemparkan senyuman serba-salah.
“Tak mengapa. Saya yang bersalah sebab brek mengejut.” Balas Zira perlahan. Memang salah dia kerana asyik teringatkan peristiwa di Hotel Semarak sehingga mengganggu tumpuan pemanduannya.
“Macam nielah… saudari hantar kereta saudari ke workshop. Then, bila siap.. resitnya beri pada saya. Nanti saya bayarkan.” Kata pemuda itu bersungguh-sungguh. Wajahnya begitu cemas tika itu. Hinggakan Zira ingin ketawa. Tetapi, ditahankan sahaja.
Dia kemudiannya menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet. Dia menarik kertas kecil yang terselit di dalam dompetnya.
“Ini alamat dan nombor telefon saya. Jadi, saudari boleh hubungi saya bila siap nanti. Anyway, I got to go now! See you later…” Katanya dan beredar tergesa-gesa. Seketika kemudian dia memecutkan keretanya.
Zira kembali ke keretanya. Dia mengeluh perlahan. Dia memandu keretanya menuju ke bengkel yang berdekatan. Setelah menghantar keretanya di bengkel, dia menahan teksi untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di pintu pagar, dia terpandang sebuah kereta yang amat dia kenali.
“Azahari? Apa yang dia buat di sini?” Zira bergegas masuk ke dalam rumah.
Di dalam rumah Azahari sedang berbual-bual dengan ayah dan ibunya. Mereka agak terkejut dengan kemunculan Zira secara tiba-tiba sahaja.
“Zira… bila sampai?” Tanya ayahnya sedikit terkejut dengan kemunculan Zira.
“Baru saja sampai.” Balasnya. Matanya memandang tepat ke arah Azahari.
“Ada apahal semua berkumpul?” Soalnya ingin tahu. Dia mengambil tempat di sebelah ibunya.
Mereka semua memandang ke arahnya. Zira mengerutkan dahinya. Mereka semua memandangnya seolah-olah dia melakukan kesalahan.
“Apa yang sudah berlaku?” Soal En. Sahak, ayah Zira .
Zira memandang ayahnya. Kemudian memandang Azahari. Azahari menundukkan mukanya apabila pandangan mereka bertemu.
Akhirnya Zira faham situasi itu. Mungkin Azahari datang mengadu pada ayah dan ibunya. Dia saja cari pasal dengan aku. Sekarang dia mahu menggunakan ayah dan ibu aku untuk meraih simpati. Bisik Zira di dalam hati.
“Apa yang sudah berlaku?” Zira kembali menyoal soalan ayahnya. Dia pura-pura tidak memahami situasi sekarang.
“Ini apa?” Sebentuk cincin diletakkan di hadapan Zira. Zira mengambil cincin pertunangan di antara dia Azahari enam bulan yang lalu. Dia membelek-beleknya. Kemudian dia meletakkannya kembali di atas meja.
“Cincin pertunangan kami.” Jawabnya bersahaja. Melihat sikapnya yang bersahaja itu membuatkan Pn. Kamalia bertambah geram.
“Azahari kata kau campakkan cincin tu depan dia. Kenapa kau buat begitu Zira?” Ibunya mula meninggikan suara terhadapnya.
Walaupun agak tersentak dengan tindakan ibunya, Zira masih lagi bersabar. Dia merenung Azahari yang berada di sebelah ayahnya. Dia tersenyum sinis.
“Memang saya campakkan cincin tu depan dia sebab nak putuskan pertunangan dengan dia.”
“Tapi kenapa? Apa salah Azahari? Apa yang dah dia buat hingga kamu nak putuskan pertunangan?” Bertubi-tubi soalan dilemparkan pada Zira. Tapi, dia masih lagi bersahaja.
“Sebabnya… dia tahu sendiri.” Balas Zira. Lantas dia bangun dan beredar dari ruang tamu. Dia menuju ke biliknya. Sampai di bilik, dia menghempaskan badannya di atas katil. Dia cuba mencari ketenangan. Kemudian dia bangun lalu menghidupkan hi fi di tepi katilnya. Fikirannya sedikit tenang apabila menghayati lalu merdu yang terbit dari corong hi fi itu. Dia memejamkan matanya dengan rapat. Dia cuba mengingati perjalanan hidupnya hari ini.
Pagi-pagi sudah ke tempat kerja. Siapkan kerja yang semakin bertimbun. Melayan gelagat Azahari yang tak tahu malu. Kereta pulak kena sondol. Hai… berapa lama pulak masuk workshop tu? Zira berkira-kira di dalam hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki yang telah melanggar belakang keretanya. Muka taklah kacak sangat, tapi sedap mata memandang. Paling menarik matanya yang redup dan senyumannya yang memikat walaupun hanya tersenyum sedikit. Nampak bergaya dengan kot. Mungkin orang korporat! Ataupun mempunyai syarikat sendiri. Argh!!! Buat apa fikirkan dia. Masalah yang ditimbulkan Azahari pun tak selesai lagi. Azahari… Azahari… kenapa kau tak mahu lepaskan aku? Kenapa asyik hendak menyiksa perasaan aku?
Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk beberapa kali. Dengan malas bangun dan membuka pintu biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, ibunya berdiri tegak di hadapannya dengan wajah garang. Dia berpaling dan bergerak ke hi finya lalu menutup suis. Dia kembali merebahkan badan langsingnya ke tilam.
“Zira, kenapa kau nak putuskan pertunangan antara kau berdua?” Soalan yang sama diajukan oleh ibunya. Tapi Zira tidak terus menjawab. Sebaliknya dia bangun dan menjenguk ke ruang tamu kembali.
Dia sudah balik. Agaknya sudah puas dia meracuni fikiran ayah dan ibuku. Desis Zira di dalam hati. Dia kembali berbaring di atas katil.
“Mari keluar, ayah nak dengar cerita dari mulut kau sendiri.” Zira akur dengan perintah ibunya. Dengan malas dia bangun dari baringan lalu mengekori ibunya.
Di ruang tamu hanya kelihatan Encik Sahak sahaja. Tiada lngsung kelibat Azahari. Hmmm… tahu pun balik. Buat menyemak saja di sini. Zira mengomel di dalam hati. Apabila sampai di sofa, dia mengambil tempat di hadapan ayahnya. Puan Kamalia pula melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Wajah kedua-duanya kelihatan tegang.
“Dia menduakan Zira mak, ayah!” Mudah saja ayat itu meluncur keluar dari bibirnya.
Ayah dan ibunya tersentak dengan jawapan Zira. Sedangkan dari Azahari, lain pula ceritanya.
“Azahari kata kau yang ada lelaki lain!” Keras kata-kata ayahnya. Encik Sahak dan Puan Kamalia saling berpandangan. Puan Kamalia mengerutkan dahi, manakala Encik Sahak menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Zira sedikit pun tidak terkejut malah sudah dapat mengagak helah yang digunakan oleh Azahari. Pandai dia memutar belitkan kenyataan. Patutlah dia jadi peguam. Pandai menyembunyikan bukti apabila sudah terserlah kepalsuannya.
“Mak dan ayah percayakan Zira atau dia?” Hambar sahaja Zira menyoal ibu dan ayahnya. Dia menyandarkan badannya ke sofa.
En. Sahak dan Pn. Kamalia berpandangan sesama sendiri sekali lagi. Masing-masing kehilangan kata-kata.
“Cuba kau beritahu kami apa yang sudah berlaku sebenarnya.” Kali ini suara ibunya rendah sahaja. Tidak seperti mula-mula tadi.
Setelah mendapati ibunya sudah tidak meninggikan suara seperti tadi, Zira mula menyusun kata-katanya. Dia tidak mahu ibunya menyalahkan dirinya jika pertunangan antara dia dan Azahari diputuskan.
“Minggu lepas saya ada seminar di Hotel Semarak dua hari. Semasa saya hendak masuk ke penginapan saya di hotel tu, saya nampak…” Rasanya tidak sanggup untuk dia mengingati kembali peristiwa itu. Cukup memedihkan jiwanya. Terasa dia diperbodohkan oleh Azahari.
“Apa yang kau nampak?” Soal ayahnya tidak sabar.
“Saya… saya nampak Azahari dan seorang perempuan sedang keluar dari salah satu bilik di hotel itu.” Beritahu Zira berhati-hati. Dia hanya menundukkan kepalanya.
“Betul ke apa yang kau katakan ini?” Zira terkejut dengan pertanyaan dari ibunya.
“Azahari kata, dia yang nampak kau keluar dari bilik hotel dengan lelaki lain. Bila dia nampak kau, kau terus tanggalkan cincin dan terus campak di depan dia.” Kata-kata yang terbit dari mulutnya ibunya itu amat mengejutkan Zira.
Dia tidak menyangka Azahari terlebih dahulu membuat cerita. Dia terasa ingin menangis apabila melihat ibunya seperti tidak mempercayai kata-katanya. Ibunya sudah termakan kata-kata Azahari.
Dia begitu pandai mengambil hati mak aku. Tak hairanlah kalau dulu mak yang beria-ia menyuruh aku bertunang dengan Azahari. Kononnya hendak merapatkan kembali persahabatan yang renggang dulu antara keluarga aku dengan keluarga Azahari. Kerana tak mahu menyakiti hati mak, aku terpaksa menerimanya walaupun hanya separuh hati sahaja aku menerima Azahari. Semua aku lakukan demi menjaga hati mak. Malah aku cuba untuk menyemai rasa cinta dan sayang buat Azahari. Semuanya demi mak!
“Mak lebih percayakan orang luar dari anak sendiri.” Kataku tegas walaupun nada suaraku rendah.
“Bukan begitu, Zira. Kami tak nampak apa yang berlaku sebenarnya. Susah kami nak percaya. Mak tahu kau budak baik, dan kau takkan buat perkara begitu. Tapi, bila cerita kau hampir sama seperti yang Azahari ceritakan pada kami… kami mula keliru.”
“Terpulanglah pada mak samada hendak mempercayainya ataupun tidak. Tapi, bagi saya… saya tetap hendak putuskan pertunangan ini. Walau apapun yang mak katakan, saya tetap dengan keputusan saya.” Zira terus berlalu. Di dalam bilik, aku menangis. Dari tadi lagi dia cuba menahan airmatanya dari gugur. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya di hadapan ibu dan ayahnya. Biarlah dia nampak tabah pada zahirnya saja.
Encik Sahak dan Puan Kamalia hanya berpadangan antara satu sama lain. Mereka tidak menyangka Zira akan mengambil keputusan sebegitu. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa memulangkan cincin pertunangan dan juga persalinan yang dibawa semasa majlis pertunangan dahulu. Mereka akur dengan keputusan Zira.
Hari ini Zira bergegas ke bengkel untuk mengambil keretanya. Sesampainya dia di situ, dia dapati keretanya sudah siap dibaiki. Setelah membayar perkhidmatan membaiki keretanya, Zira memandu keretanya menuju ke restoran yang berdekatan untuk makan tengahari.
Setelah meletakkan kereta, dia bergegas ke dalam restoran kerana hujan mula turun renyai-renyai. Dia mengintai meja-meja kosong jika ada. Tapi, keadaan di restoran itu penuh sesak. Tidak lama kemudian, dia ternampak satu pasangan bangun dari salah satu meja di sudut tepi. Dia bergegas ke sana.
Elok sahaja dia menarik kerusi untuk duduk, seorang lelaki juga turut berbuat begitu. Mereka saling berpandangan.
“Saudari reserve meja inikah?” Soalnya. Masing-masing masih berdiri tegak sambil tangan memegang kerusi.
“Err.. tak. Saudara?” Soal Zira pula.
“Saya pun begitu. Jadi, kalau tidak menjadi keberatan… apa kata kita duduk semeja?” Lelaki itu memberi cadangan kepada Zira.
Zira agak serba-salah pada mulanya. Tapi, setelah memandang sekeliling restoran itu, tiada meja yang kosong, dia mengalah. Dia bersetuju dengan pelawaan lelaki tersebut.
Seketika kemudian, pelayan restoran itu datang mengambil pesanan. Setelah memesan makanan masing-masing, mereka kembali senyap.
“Rasanya kita pernah berjumpa.” Tiba-tiba lelaki di hadapan Zira bersuara. Zira memandang wajah lelaki tampan di hadapannya itu. Seketika dia terpesona dengan wajah lelaki tersebut. Dia memiliki sepasang mata yang agak sepet, berkaca mata. Matanya berwarna coklat cair. Berkumis nipis. Rambutnya berjuntai sedikit di dahinya membuatkan dia kelihat begitu bersahaja.
Setelah menyedari yang dirinya juga direnung oleh lelaki itu, dia cepat-cepat menundukkan mukanya. Perasaan malu menyerbu di dalam dirinya. Mukanya kelihatan merah. Agak ketara kerana Zira sememangnya putih orangnya.
“Apa saudara katakan tadi?” Soal Zira kembali untuk menutup malu.
“Saya rasa kita pernah berjumpa, tapi di mana?” Lelaki itu mengerutkan dahi. Mungkin cuba mengingati saat dia bertemu dengan Zira.
Begitu juga dengan Zira. Dia cuba-cuba mengingati di mana dia pernah bejumpa dengan lelaki itu. Tapi, sedikitpun dia tidak dapat mengingatinya. Rasanya dia belum pernah berjumpa ataupun terjumpa dengan lelaki ini.
“Haa… baru saya ingat. Bukankah saya pernah terlanggar kereta saudari?”
Terlanggar kereta aku? Hmm… dia nie ke? Aku sendiri pun tak ingat bagaimana rupa lelaki yang langgar kereta aku. Zira berkata-kata di dalam hati.
“Ala.. bukankah saya ada berikan kad saya pada saudari.” Kata lelaki itu lagi.
“Kad? Oh, ya! Baru saya teringat.” Pantas Zira membuka beg tangannya dan mengambil sekeping kad kecil berwarna biru muda. Ditatapinya kad kecil itu.
“Zakuan Amir…” Sebutnya perlahan. Di bawah tertulis System Engineer Syarikat Komzar.
“Nama sayalah tu…” Ucap Zakuan tersenyum senang.
“Macam mana dengan kereta saudari? Sudah dibaiki?” Soal Zakuan lagi. Dia semakin tertarik dengan penampilan Zira yang agak bersahaja.
“Sudah, saya dah ambil pun tadi.” Balas Zira sambil tersenyum manis.
Perbualan mereka terganggu seketika bila seorang pelayan menghantar makanan ke meja mereka. Setelah pelayan itu beredar, mereka kembali berbual sambil menikmati makanan.
“Kenapa tak contact saya. Biar saya jelaskan bayaran perbaiki kereta saudari.” Kata Zakuan ramah. Matanya tidak lepas-lepas dari menatap wajah gadis di hadapannya itu walaupun dia tahu gadis itu kelihatan tidak selesa dengan renungannya. Tapi, untuk melarikan matanya dari terus merenung, terasa rugi!
“Tak mengapa. Bukannya mahal sangat. Lagipun semua tu berpunca dari saya. Dan satu lagi, panggil saja saya Zira.”
“Zira? Zira saja?”
“Nama penuh Zira Alfira. Tapi, panggil saja Zira.” Jelas Zira senang hati dengan perbualan dengan Zakuan.
Sambil makan mereka berbincang serba sedikit tentang kerjaya masing-masing. Semakin lama berbual-bual dengan Zira, Zakuan semakin menyukainya. Tambahan pula Zira memang peramah orangnya dan mudah ketawa. Apabila dia ketawa, terserlahlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Tetapi berlainan pula dengan Zira. Dia cuba berbual-bual mesra dengan Zakuan untuk menutup rasa pilu di hati. Memang hatinya sedikit terubat apabila bersama dengan Zakuan walaupun baru kali pertama makan bersama. Zakuan pula seorang yang suka mengusik. Walaupun baru sehari berkawan, kemesraan yang ditunjukkan seakan sudah terjalin setahun yang sudah.
Hari minggu, Zira hanya berehat di rumah sambil mengemas biliknya. Selapas sarapan tadi, dia memulakan kerja mengemas biliknya. Hampir jam sebelas pagi, barulah semuanya selesai. Dia keluar ke ruang tamu. Dia memetik suis tv dan kipas. Dia duduk sambil merehatkan diri di sofa. Matanya tertumpu di kaca tv.
Cerita kartun. Alah! Layan ajelah.
Tiba-tiba tekaknya terasa dahaga. Dia bingkas bangun dan memuju ke dapur untuk mengambil air. Sewaktu melintas tangga, telefon berdering.
Dia berpatah balik semula ke ruang tamu. Dia mengangkat ganggang telefon.
“Hello…” Katanya.
“Hello, Zira!” Apabila mendengar suara Azahari dia terus meletakkan telefon. Dia kembali menuju ke dapur untuk mengambil air. Ketika di dapur, telefon kembali berbunyi. Zira tidak mempedulikan deringan telefon itu walaupun bunyi itu membingitkan telinga.
Ibu dan ayahnya telah keluar menghadiri majlis perkahwinan kawan mereka. Memandangkan tempat yang akan mereka tujui agak jauh, jadi awal-awal pagi lagi mereka sudah bertolak. Mereka ada mengajak Zira, tapi Zira berkeras tidak mahu pergi. Alasan, nak mengemas dan berehat di bilik.
Zira kembali ke ruang tamu dengan membawa segelas air. Telefon masih berbunyi. Dia teragak-agak hendak mengangkat ganggang itu lagi.
Nak angkat atau tak? Kalau tak angkat, manalah tahu kalau-kalau mak yang call. Angkat sajalah.
“Hello…” Keras suara Zira.
“Zira, please. Jangan letak phone tu!” Rayu Azahari di hujung talian.
“Kau nak apa lagi. Keluarga aku dah berjumpa dengan keluarga kau. Sudah rasmi kita pertunangan kita dibatalkan.”
“Aku masih sayangkan kau Zira. Jangan buat begini. I need you!”
“Sayang? Sudahlah, jangan kau sebut-sebut perkataan sayang pada aku. Jijik aku mendengarnya. Kau tak perlukan aku. Banyak perempuan lain yang boleh mengisi kekosongan hidup kau. Yang boleh kau bawa ke bilik tidur.” Zira melepas segala apa yang terbuku di dalam hatinya.
Terasa sakit hatinya diperlakukan sebegitu. Memang sejak dulu lagi Azahari cuba memikatnya. Tapi, dia memang sedikitpun tidak tertarik dengan Azahari. Azahari juga tergolong dalam jejaka tampan. Tambahan pula dia mempunyai pekerjaan sebagai seorang peguam. Ini sedikit sebanyak turut menaikkan imej serta penampilannya seorang lelaki tampan, berkarier dan profesional.
Pertunangan di antara dia dan Azahari diatur oleh keluarga. Kebetulan keluarganya dan keluarga Azahari pernah berkawan baik suatu tika dahulu. Jadi, dengan menjodohkan mereka, maka hubungan yang renggang dulu dapat dirapatkan semula.
Sejak dulu hinggalah sekarang, sedikit pun tiada perasaan sayang pada Azahari walaupun cuba disemai. Tapi, yang membuatkan dia sakit hati adalah Azahari telah meracuni pemikiran ayah dan ibunya. Dia pandai berlakon di hadapan mereka. Kata-kata yang terbit dari mulutnya semua manis. Hinggakan ibu dan ayah Zira terpengaruh dengan apa saja yang dikatakan oleh Azahari.
“Kau boleh berlakon di depan mak dan ayah aku, tapi depan aku… kau jangan mimpilah aku akan terima apa jua alasan kau.”
“Please Zira… aku janji aku akan berubah. Just give me one more chance!” Rayu Azahari dengan harapan Zira sudi memaafkannya.
“Kau takkan berubah Azahari. Kau sendiri tak dapat kawal perangai playboy kau tu. Aku tak mahu menempah malang dengan mengahwini kau. Aku rela tak kahwin dengan kau walaupun kaulah lelaki terakhir di dunia ini.” Selamba sahaja Zira menuturkan ayat tersebut.
“Zira, kau menghina aku!” Azahari mula rasa sakit hati dengan kata-kata Zira. Hatinya panas tapi ditahannya semata-mata untuk memujuk Zira semula.
“Aku bukannya menghina. Tapi itu kenyataannya!” Balas Zira kegeraman.
Tiba-tiba saja talian terputus. Terpinga-pinga Zira seketika. Tapi, dia tak ambil pusing. Dia meletakkan ganggang telefon di tempatnya kembali.
Zira kembali menumpukan perhatiannya ke kaca tv.
Hari-hari yang dilalui oleh Zira semakin meyakinkannya. Tambahan pula Azahari sudah kurang mengganggunya. Mungkin dia turut akur dengan kedegilan Zira.
Walaupun dia tidak dapat lari dari lelaki itu, sekurang-kurangnya dia dapat mengurangkan gangguan dari lelaki itu.
“Zira, lepas kerja nanti, kita pergi shopping!” Ajak Farah semasa mereka berada di coffee room pejabat mereka.
“Amboi kau nie. Mentang-mentanglah dapat gaji hari nie, terus nak pegi shopping. Simpan-simpan sikit, nanti buat nasi minyak boleh support!” Ujar Zira sambil tersenyum.
Farah tersengih mendengar gurauan Zira.
“Aku nak beritahu kau sesuatu. Tapi, ingat jangan bising-bising tau!” Nada suara Farah rendah saja. Dia merapatkan diri pada Zira.
“Apa dia?” Soal Zira tidak sabar.
“Aku nak bertunang dengan Hakim hujung minggu nie.”
“What? Kau nak bertunang?” Soal Zira dengan suara yang agak kuat. Tapi, cepat-cepat dia menutup mulutnya kembali bila Farah menunjukkan isyarat kepadanya agar senyap.
“Betul. Sebab itulah aku ajak kau keluar hari nie.” Wajah Farah berseri-seri.
“Aik? Kenapa ajak aku. Ajaklah cik abang.” Usik Zira lalu tersengih.
“Mana boleh. Lagipun dia bukannya tahu sangat pasal baju-baju nie. Kaukan ada tokoh jadi mak andam. So, aku ajak kau pilih baju dan aksesori yang aku nak pakai masa bertunang nanti.” Beritahu Farah bersungguh-sungguh. Bibirnya tidak henti-henti tersenyum. Nampak dia bahagia sekali apabila menceritakan tentang majlis pertunangannya yang bakal berlangsung.
Zira hanya tersenyum mendengar kata-kata Farah. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
“Ha… satu lagi, sebelum aku terlupa. Datang tau hari minggu nie. Lagipun , aku nak kau solekkan aku pada hari itu.”
“Aku? Eh! Carilah mak andam yang betul-betul expert pasal nie. Aku main-main bolehlah.” Zira cuba mengelak.
“Tak payahlah yang profesional. Aku baru nak bertunang, bukannya nak kawin. Bolehlah Zira. Please!!!” Rayu Farah. Dia membuat mimik muka seperti ingin menangis.
Zira tidak terus bersetuju, tapi mengerutkan dahinya seolah-olah berfikir. Yang sebenarnya dia sengaja mngusik sahabatnya itu.
“Okaylah… okaylah….” Akhirnya Zira mengalah. Farah tersenyum puas.
Majlis pertunangan Farah walaupun sederhana tetapi meriah sekali. Zira awal-awal pagi lagi sudah sampai. Dia terus menyolekkan Farah. Solekan yang dia buat pada Farah hanya simple tetapi ianya mampu menaikkan seri muka Farah.
Ramai yang memuji akan kecantikkan Farah. Sudah tentu mak andamnya pun dipuji kerana pandai menaikkan seri muka Farah.
“Hati aku berdebar-debar.” Kata Farah sambil menggengam tangan Zira. Terasa tangan Farah begitu sejuk.
“Rileks la. Sekejap lagi sampailah rombongan tu.” Zira cuba mengurangkan debaran di hati Farah. Dia meramas-ramas jari Farah untuk memberi semangat.
“Kau dulu begini juga?” Tanya Farah tiba-tiba.
Zira agak terkejut dengan pertanyaan dari Farah. Dia tidak terus menjawab. Farah yang mula menyedari kesilapannya menyoal, mula serba-salah.
“Maafkan aku. Aku bukannya hendak mengungkit kisah itu lagi. Tak apalah. Kau tak payah jawab soalan aku tadi.” Farah mula serba-salah. Dia risau kalau-kalau kata-katanya tadi menyinggung perasaan sahabatnya itu.
Zira tersenyum apabila melihat Farah serba-salah.
“Masa aku dulu, aku tak rasa apa-apa. Pertunangan itu bukan atas kehendak aku.” Bersahaja Zira menjawab.
Farah tersenyum sedikit setelah mendengar jawapan dari Zira. Sekurang-kurangnya Zira tidak marahkan dia kerana menyoal tentang perkara itu.
Tiba-tiba terdengar bunyi kecoh di luar kamar Farah. Zira menjenguk ke luar seketika. Kemudian dia masuk kembali dan tersenyum-senyum pada Farah.
“Kenapa kecoh-kecoh di luar sana?” Soal Farah cemas.
“Rombongan dari pihak lelaki sudah sampai.” Jawab Zira. Farah tersenyum lebar.
“Macam mana dengan aku. Elok ke? Lipstik okey? Tak comot?” Farah mula gelabah. Tak henti-henti dia membelek wajahnya di cermin. Sekejap dia melihat bajunya. Dia membetulkan kedut-kedut di bajunya.
Hampir saja Zira ketawa melihat gelagat sahabatnya itu. Serba tak kena. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Semua okey. Kau tak percaya pada aku ke?”
“Bukan begitu. Tapi, aku…”
“Aku faham perasaan kau Farah. Rilekslah… kejap lagi bakal mak mertua kau nak masuk ke sini untuk menyarungkan cincin.” Zira mententeramkan Farah. Dia mengelap peluh yang terbit di dahi Farah. Mungkin dia terlalu risau.
First time jumpa bakal mak mertua! Sekali jumpa terus nak menyarung cincin. Mau taknya gelabah!
Tidak lama kemudian, langsir pintu bilik diselak. Muncul seorang wanita yang agak berumur membawa bekas cincin baldu merah.
Dia membuka kotak kecil itu dan mengambil sebentuk cincin bertahta sebutir berlian. Lalu dengan perlahan-lahan wanita itu menyarungkan cincin itu ke jari manis Farah. Farah menyambut tangan wanita itu dan menyalami serta mengucupnya. Wanita itu membalas dengan mengucup dahi Farah.
Semuanya berlaku dengan sempurna sekali. Jadi, rasmilah pertunangan antara Farah dan Hakim. Farah tidak henti-henti tersenyum. Dia amat berbahagia sekali hari ini.
Tiba-tiba perasaan Zira sedikit tersentuh. Alangkah bahagia jika dapat hidup bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, aku terpaksa berkorban demi kebahagiaan mak dan ayah. Syukurlah, kebenaran terserlah jua akhirnya. Aku dapat lepaskan diri dari Azahari.
Zira meminta diri untuk keluar. Farah pada mulanya agak keberatan untuk melepaskannya, tapi apabila Zira berjanji tak akan pulang tanpa memberitahu kepadanya terlebih dahulu, barulah dia membenarkan Zira keluar.
Di luar Zira lihat rombongan dari pihak lelaki masih lagi belum balik. Mereka sedang menikmati jamuan yang disediakan oleh keluarga Farah. Tetapi, tidak ramai yang masih berada di dalam rumah. Cuma yang tinggal cuma orang-orang yang berumur. Yang muda-muda semuanya senang menunggu di luar rumah.
Zira pantas menyarungkan kasut dan menuju ke keretanya untuk mengambil barang. Belum sempat dia membuka pintu kereta, bahunya ditepuk dari belakang.
Zira terkejut dan terus berpaling ke belakang. Kelihatan Zakuan sedang tersenyum. Dia begitu tampan dengan baju melayu dan songkok.
“Saudara rupanya. Terkejut saya!” Ucap Zira kelegaan.
“Buat apa Zira di sini?” Soalnya kehairanan. Tangannya menyeluk saku seluarnya.
“Oh! Hari ini kawan saya bertunang.” Jawab Zira lalu membuka pintu keretanya. Perbualan mereka terhenti seketika. Zira mengambil satu bungkusan hadiah lalu memeluk bungkusan tersebut dan menutup pintu keretanya.
“Saudara pula buat apa di sini?” Sekarang giliran Zira pula menyoal Zakuan.
“Janganlah panggil saya saudara. Nama saya bukannya saudara. Panggil saja Zakuan. Bukankah itu lebih mesra.” Lembut suara Zakuan menembusi pendengarannya.
Zira tersenyum mendengar kata-kata Zakuan. Dia menganggukkan kepalanya.
“Saya sebenarnya sepupu Hakim.” Terang Zakuan.
“Sepupu rupanya! Tak apalah Zakuan, saya ada hal sikit. Pergi dulu.”
Zakuan menghantar Zira dengan pandangan saja. Dia bahagia sekali jika dapat berjumpa dan berbual dengan Zira. Tambah-tambah lagi jika dia dapat melihat senyuman manis Zira.
Dia begitu menarik. Tidak seperti gadis-gadis lain yang pernah aku jumpa. Kebanyakan gadis yang aku temui, lebih sudu dari kuah. Sentiasa ingin diberi perhatian dan sentiasa ingin dibelai. Selalu mahu aku mengikut kehendak mereka. Tetapi, berlainan dengan dia. Dia seperti melarikan diri dan tidak mahu bersemuka dengan aku. Aku suka gadis yang mempunyai perwatakan seperti ini. Jual mahal! Hard to get, more value!
Kringgg… kringgg…. kringgg….
Telefon di meja Zira berdering. Zira mengangkatnya.
“Hello… Syarikat Ixora. Boleh saya bantu?” Soalnya sopan.
“Err… hello! Boleh saya bercakap dengan Cik Zira?”
“Ya, saya bercakap. Boleh saya tahu siapa yang di sana?”
“Zakuan sini.”
Zira tersentak. Zakuan? Macam mana dia boleh tahu nombor telefon pejabat aku? Hari tu dia call aku di rumah. Ini di pejabat pula!
“Hello… hello… Zira” Zakuan memanggil Zira. Hairan kerana tiba-tiba saja Zira mendiamkan diri.
“Ya… ya… “ Tergagap-gagap Zira menyahut panggilan Zakuan. Hatinya tiba-tiba berdebar.
“Apa khabar?” Soal Zakuan ramah.
“Baik.” Jawab Zira perlahan.
“Emm… macam mana awak dapat nombor saya nie?” Soal Zira kehairanan.
“Oh! Saya minta pada Farah.”
Farah? Hmmm… jaga kau Farah! Kenapa tak tanya aku dulu. Pandai-pandai pula kasi tahu pada Zakuan. Tapi, ini nombor telefon pejabat. Argghhh!!!!
“Ada apa hal awak call saya nie?” Soal Zira sambil tangannya lincah menyelak laporan di atas mejanya.
“Emm… saya nak ajak awak lunch hari nie, boleh?” Selakan tangannya pada laporan terhenti tiba-tiba. Hatinya mula berdebar-debar. Entah kenapa, setiap kali nama Zakuan terlintas di fikirannya, hatinya akan mula berdebar-debar. Apatah lagi mendengar suara dan berjumpa dengannya.
“Minta maaflah Zakuan. Hari nie saya tak keluar makan sebab saya ada bawa bekal. So, saya makan di pejabat saja.” Dalih Zira.
“Oh… kalau saya join sekali boleh?”
“Hah? Awak nak join sekali?” Zira mula gelabah. Dia sebenarnya berbohong pada Zakuan. Zira terdiam seketika. Dia cuba mencari idea untuk menghalang Zakuan dari datang.
“Hahahahhahaa… saya bergurau saja!” Kedengaran suara ketawa dari Zakuan di hujung talian. Dia sememangnya suka bergurau.
Zira turut ketawa mendengarnya. Lega dia mendengar kata-kata dari Zakuan. Kadang-kadang gurauan Zakuan melampau hingga membuatkan Zira menjadi tidak menentu.
Ada pernah sekali dia memberitahu pada Zira yang dia sedang berada betul-betul di hadapan pintu rumah Zira. Ketika itu dia menelefon Zira di rumah. Apalagi, Zira cepat-cepat berlari ke pintu depan rumah dan membukanya. Tapi, tiada siapa di situ. Rupanya Zakuan hanya bergurau. Kus semangat!
“Tak mengapalah kalau Zira tak sudi…” Lemah saja suara Zakuan menuturkan kata-katanya. Masuk kali ini sudah lima kali dia mengajak Zira keluar. Tetapi, berbagai-bagai alasan diberikan. Sakit perutlah, tak sihatlah, ada meetinglah…
“Bukan begitu Zakuan. Saya memang ada bawa bekal. So, takkan nak membazir pula. Penat-penat mak saya masak.” Zira cuba memujuk Zakuan. Dia sendiri juga rasa bersalah kerana sudah acapkali dia menolak ajakan Zakuan. Entah kenapa, dia seperti tidak berminat untuk berdampingan dengan lelaki. Takut untuk bermain cinta!
“Mungkin satu hari nanti.” Balas Zakuan pula untuk menutup kekecewaan di hati.
“Ya, mungkin…” Sambut Zira.
Zakuan meletakkan ganggang telefon di tempatnya kembali. Dia memandang cermin di dalam biliknya. Dia membelek-belek mukanya.
Hodoh sangatkah aku nie? Sampai tak dilayannya. Tapi, semua perempuan asyik memikat aku. Cuma aku saja yang tak layan. Kalau lelaki lain, tak tahulah! Habis roboh semua iman! Mungkin ada peristiwa silam yang membuatkan dia begini. Mustahil gadis secantik seperti itu tidak pernah bercinta! Mungkin dia serik untuk bercinta lagi lantaran kecundang dengan cinta lalu. Kalaulah betul apa yang aku sangkakan ini, nampaknya kena pasang strategi nie! Zakuan tersenyum-senyum seorang diri.
Zira,
Aku nak jumpa kau lunch time.
Please, jangan hampakan aku.
Urgent! Antara hidup dan mati.
Azahari.
Pendek sahaja pesanan dari Azahari yang diselitkan di dalam jambangan bunga yang baru diterimanya tadi. Apa pulak yang dia mahukan? Antara hidup dan mati? Apa semua ini? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia merenung kad kecil di tangannya.
“Amboi! Pagi-pagi lagi dah dapat bunga? Siapalah yang bertuah tu?” Soal Farah sewaktu melintas meja Zira.
“Zakuan ke?” Soal Farah lagi.
Zira membeliakkan matanya pada Farah. Jarinya pantas mencubit lengan Farah.
“Aduh!!” Farah mencebik kepada Zira. Dia menggosok-gosok lengannya, bekas cubitan Zira.
“Padan muka! Siapa suruh kau kasi nombor phone rumah aku dan office nie pada dia?”
“Ala… dia yang mintak. Aku memang tak nak kasi. Tapi dia beria-ia nampaknya. Aku kesian, aku kasi ler. Lagipun aku rasa dia minat pada kau.”
“Lelaki…biasalah. “ Ucap Zira
“Zakuan lelaki yang baik. aku kenal dia. “ Farah mempertahankan Zakuan.
“Aku tak kata dia jahat. Cuma…” Kata-kata Zira terhenti begitu sahaja. Kemudian satu helaan nafas berat dilepaskan.
“Aku faham. Dia mungkin hanya mahu berkawan dengan kau. Tak salah kan?” Kata Farah lalu memegang tangan Zira.
Zira memandang wajah Farah. Dia mencari kata-kata yang sesuai untuk membalas kata-kata Farah. Zira kemudiannya hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum.
“Bunga nie bukan Zakuan yang beri tapi Azahari.” Terang Zira. Dia membelek-belek kumtuman ros dalam jambangan itu. Kemudian dia campakkan jambangan itu ke dalam bakul sampah di tepi mejanya.
“Azahari? Apa dia mahu lagi?” Farah kehairanan. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat jambangan yang secantik itu dicampak ke dalam bakul sampah.
“Entahlah. Katanya, antara hidup dan mati. Kalau dia nak mati, pergilah mati. Buat apa nak ajak aku?” Ujar Zira kegeraman. Dia meramas-ramas kad kecil itu. Akhirnya kad itu turut mengikuti jejak jambangan bunga tadi.
“Tak baik kau kata macam tu Zira. Mungkin ada perkara yang amat penting yang dia mahu bincangkan.” Farah memujuk yang masam mencuka wajahnya.
Zira mendiamkan diri. Dia cuba menenangkan perasaanya yang bergelora sekarang.
“Tengoklah dulu!” Balas Zira. Dia menumpukan perhatiannya pada skrin komputer. Farah tidak tunggu lama setelah melihat wajah Zira. Dia tidak mahu menambahkan kekusutan sahabatnya itu.
Farah bergegas ke mejanya apabila mendapati telefon di mejanya berdering.
Tengahari itu Zira menanti kedatangan Azahari di Restoran Pawana, tempat yang biasa mereka kunjungi suatu tika dahulu waktu mereka masih dalam ikatan pertunangan. Sudah setengah jam dia menunggu. Tapi bayang Azahari pun tidak kelihatan. Zira mula gelisah.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Dia meneliti nombor di skrin telefon itu.
“Ini nombor Azahari.” Bisik Zira. Dia menekan punat telefon.
“Hello!” Terdengar suara Azahari.
“Dah setengah jam aku tunggu kau. Kau nak datang ke tak nak?” Tinggi suara Zira hingga membuatkan beberapa pelanggan memandangnya.
“Sorry! Aku ada urgent meeting sekarang. So, I cannot make it now! Emmm… how about dinner?”
“Kau nak main-mainkan aku lagi?” Zira mula tidak senang duduk.
“No! Betul, aku ada meeting sekarang, malam nanti kita dinner sama-sama. Okay, see you!”
Zira menekan punat telefonnya kembali.
“Kalau tak jadi, informlah awal-awal! Ini dah dekat nak habis lunch time baru beritahu. Dia sengaja nak buat aku marah. Dah tak ada selera aku nak makan.” Dia bingkas bangun. Dia berjalan cepat-cepat meninggalkan restoran itu.
Seorang lelaki yang juga tergesa-gesa datang dari arah depannya merempuh dari tepi. Zira tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia terjatuh di atas lantai di depan restoran itu. Ramai mata memandangnya. Tak tahu di mana dia hendak menyorokkan muka. Dia amat malu! Habis berselerak barang-barang dalam beg tangannya.
“Maafkan saya, saudari.” Tergagap-gagap lelaki itu meminta maaf.
“Buta ke?” Kata Zira tanpa memandang wajah lelaki itu. Zira mengutip barangnya. Lelaki itu turut menolongnya.
“Zira?? Sorry… saya tak sengaja!”
Zira menoleh ke sisinya. Dia agak tergamam apabila mengetahui empunya wajah lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa dia terus bangun dan beredar dari situ. Sudah tidak tertanggung lagi malu yang dia dapat. Dengan muka merah dan hati yang panas dia memandu pulang ke pejabat. Di dalam kereta dia menyumpah-nyumpah lelaki yang merempuhnya tadi.
Zakuan hanya memandang Zira. Dia cuba memanggil Zira untuk meminta maaf tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. Tambahan pula waktu itu ramai mata yang memandang insiden itu. Ada juga yang tersenyum dan ada juga yang ketawa.
Zakuan memandang jamnya. Sudah hampir pukul dua petang. Tak mengapalah, nanti aku akan call dia dan minta maaf. Tapi, mengapa dia tadi… begitu garang? Marahkan siapa agaknya? Takkanlah aku terlanggar sikit pun dia dah naik angin? Tapi, aku langgar dia sampai dia terjatuh! Malu besar dia hari ini. Mungkin sebab itu dia…
“Zakuan!” Terdengar satu suara melaung memanggil namanya. Pantas dia menoleh. Kelihatan kawannya sedang melambai-lambainya dari dalam restoran.
Dengan langkah malas dia mengapa menuju ke arah rakannya itu sedangkan kepalanya asyik terbayangkan wajah marah Zira tadi.
Tepat jam lapan malam Zira sudah siap. Dia mengambil kuncinya di atas meja dan bergerak menuju ke lif. Dia sengaja tidak balik ke rumah. Lagipun dia ada kerja yang perlu dibereskan dengan segera.
Sesampainya saja di tempat letak kereta dia terus membuka kereta dan memandu ke Restoran Pawana. Jalan raya agak sesak ketika itu. Zira memandu keretanya dengan berhati-hati. Hatinya tiba-tiba sahaja berdebar-debar. Terasa seperti sesuatu yang akan berlaku.
Setengah jam kemudian dia sampai di hadapan restoran. Belum sempat dia mematikan enjin kereta, telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello.” Kata Zira.
“Hello, Azahari di sini. Kau di mana sekarang?” Tanya Azahari agak kelam-kabut.
“Aku di depan restoran. Tapi aku masih dalam kereta.” Jawab Zira bersahaja.
“Bagus. Kau jangan turun dari kereta lagi. Aku tunggu kau di lobi Hotel Kurnia.” Terang Azahari.
“Mengapa pula ke sana?” Zira kehairanan. Dia mula rasa tidak sedap hati.
“Aku baru saja selesai jumpa dengan klien aku. So, why not kalau kau terus ke sini. Aku dah tempah set dinner kita. Cepatlah, aku tunggu kau!” Serentak dengan itu Azahari mematikan talian telefon.
Zira merengus. Marah dengan tindakan Azahari yang seperti cuba mempermain-mainkan dia. Dia membelok keretanya ke luar dan terus memandu menuju ke Hotel Kurnia.
Lebih kurang 15 minit, Zira tiba di perkarangan hotel tersebut. Setelah mengunci pintu keretanya, dia menuju ke lobi hotel. Dari jauh dari dia sudah dapat melihat Azahari yang sedang menantinya di satu sudut lobi hotel.
Azahari yang menyedari kehadiran Zira, tersenyum manis. Wajahnya berseri-seri apabila melihat Zira.
“Terima kasih sebab masih sudi keluar dengan aku.” Ujar Azahari sambil menarik kerusi dan mempersilakan Zira duduk. Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan Zira.
Seketika kemudian, pelayan menghantar set makan malam di meja mereka. Citarasa Azahari memang tinggi. Tak hairanlah jika setiap kali mereka berdua keluar makan, mesti di hotel-hotel mewah dan restoran-restoran ekslusif. Jangan haraplah nak makan di gerai-gerai ataupun warung di tepi jalan.
“Ada apa hal yang penting sangat kau nak jumpa aku nie?” Soal Zira ketika mereka sedang menikmati makan malam. Dia memandang tepat ke wajah Azahari.
Azahari agak terkejut dengan pertanyaan dari Zira. Dia meletakkan sudu di dalam pinggan. Dia mengeluh.
“Boleh tak kalau kita habiskan makanan dulu?” Pinta Azahari.
“Kau jangan nak mengelak. Aku sebenarnya tak ada masa untuk semua ini. Tapi, memandangkan parent aku kawan baik dengan parent kau, aku setuju untuk keluar. Nanti kau mengadu yang bukan-bukan pula pada parent aku! “ Sindir Zira.
“Apa maksud kau?” Soal Azahari seolah-olah tidak mengerti apa yang Zira maksudkan.
“Kau jangan berpura-pura Azahari. Kenapa kau fitnah aku. Kau katakan aku duakan kau. Dan kau tukar cerita dan kata kau nampak aku keluar dari bilik hotel dengan lelaki lain. Apa semua ini?”
Muka Azahari berubah setelah mendengar kata-kata Zira. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Apa penjelasan kau?” Soal Zira.
“Zira…” Panggil Azahari lalu menyentuh tangan Zira yang berada di atas meja. Tetapi, pantas Zira menarik tangannya kembali.
“Okey, sorry! Aku tahu aku salah. Aku buat cerita dan tipu parent kau. Tapi, aku terpaksa.”
“Terpaksa?? Parent aku sudah mula mencurigai aku. Walaupun mereka akur dengan permintaan aku untuk memutuskan pertunangan kita, tapi kepercayaan mereka pada aku sudah tipis. Apa aku boleh buat sekarang jika parent aku sendiri pun sudah tidak mempercayai aku?”
“I’m sorry honey! I don’t mean to…”
“Stop call me honey!” Bentak Zira.
“Aku masih sayangkan kau. Please Zira, terimalah aku kembali. Aku janji, demi kau… aku akan berubah. Cuma berikan peluang terakhir untuk membuktikannya.” Azahari merayu pada Zira. Tapi sedikitpun tiada perasan kasihan di hati Zira. Hatinya sudah cukup terluka dengan perbuatan Azahari.
“Setiap kali kau buat perangai, kau minta maaf dan minta diberi peluang lagi. Tapi, sampai bila? Kau takkan berubah. Sudah banyak kali aku beri kau peluang demi untuk menjaga hati orang tua kita, tapi kau persia-siakan peluang yang aku beri.” Dia menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya.
Zira mula benci dengan janji-janji yang pernah Azahari luahkan padanya setiap kali jika berlaku perselisihan di antara mereka.
“ Dulu, kes kau dengan Aida, setiausaha kau. Dia serang aku dan mencaci aku di hadapan pekerja-pekerja kau di pejabat. Kononnya aku merampas kau dari dia. Kononnya juga kau berdua sudah bertunang dan nak berkahwin. Kalau aku ikutkan perasaan aku, memang waktu itu juga aku putuskan pertunangan kita. Tapi, disebabkan kau berjanji takkan ulangi lagi, dan aku percaya… kita tak jadi putus. Aku ingatkan kau akan berubah. Tapi, kau wujudkan satu lagi masalah. Kau memikat sepupu aku sendiri. Bila dia dah betul-betul percaya pada kau, kau tinggalkan dia. Sebab kau dah tahu yang Intan tu cousin aku. Sekarang, masalah ini pula. Dan kau nak aku masih beri kau peluang? Sudah dua kali kau mensia-siakan peluang yang aku berikan. Itu baru masa bertunang. Kalau kita dah berkahwin? Nampaknya cepatlah aku jadi janda ataupun sekurang-kurang dapat madu. Sudahlah, aku tak sanggup lagi nak melayan perangai kasanova kau nie. Cukuplah, dari aku makan hati, baik kita putus saja.” Rasa lega menyelinap di dalam dadanya apabila meluahkan kata-kata itu.
Azahari hanya mendiamkan diri. Telinga panas mendengar kata-kata Zira. Dia memang tidak boleh menerima kata-kata Zira kali ini. Terasa cukup menghinanya.
“Aku bukannya jahat sangat. Biasalah, semasa belum kahwinlah kalau nak berkawan ramai-ramai. Lagipun, aku bukannya serius dengan mereka semua. Di hati aku hanya ada kau. Kalau aku tak sayangkan kau, mengapa aku mahu berkahwin dengan kau?”
“Berkawan ramai-ramai? Atau pasang spare part ramai-ramai?”
“Aku cuma berkawan dengan mereka. Cuma mereka saja yang anggap perhubungan kami serius.” Azahari cuba membela dirinya.
“Oh! Berkawan? Tapi, kenapa sampai ke dalam bilik hotel?”
“Bukankah aku sudah beritahu dulu, kami cuma berbincang. Lagipun dia klien aku.”
“Berbincang? Habis tu, kenapa kau tak beritahu hal itu pada parent aku. Sebaliknya kau fitnah aku yang aku ada affair dengan lelaki lain?”
Azahari terperangkap. Dia kehilangan kata-kata. Mukanya pucat. Dia mula tak senang duduk.
Zira hanya tersenyum sinis memerhati gelagat Azahari. Terasa puas bila dapat memerangkap Azahari kali ini.
“Tak mengapalah. Aku tinggalkan kau sebentar di sini. Untuk memikirkan hujah-hujah lain untuk membidas aku semula. Aku ke ladies room sebentar.” Ucap Zira lalu bangun dan menuju ke bilik air wanita.
Lain pula dengan Azahari yang agak gembira dengan pemergian Zira ke bilik air. Dia mengambil satu bungkusan kecil di dalam saku kotnya. Dia membuka bungkusan kecil itu lalu menuang isi bungkusan itu yang merupakan ubat tidur ke dalam minuman Zira. Dia mengacau-ngacau sedikit air itu. Dia tersenyum puas.
Kau ingat kau boleh lepaskan diri dari aku? Aku akan buat kau merana sepanjang hayat kau. Walaupun aku tak dapat memiliki kau secara baik, aku akan dapatkan secara kasar.
“Zakuan, sejak akhir-akhir nie aku tengok kau berseri-seri saja.” Kata Faris pada Zakuan. Waktu itu mereka berdua sedang duduk di lobi Hotel Kurnia.
“Ya ke? Biasa saja!” Balas Zakuan lalu ketawa.
“Tak adalah. Tapi, muka kau tu berseri-seri, macam orang sedang dilamun cinta.” Kata Faris lagi cuba mencungkil rahsia dari Zakuan.
“Pandai kau serkap jarang.”
“Siapa gadis yang bertuah tu? Takkan tak mahu perkenalkan pada aku?” Usik Faris. Zakuan hanya ketawa lalu menepuk-nepuk bahu temannya itu.
“Mana ada? Kau nie… janganlah nak mengenakan aku!”
“Ala Zakuan, aku bukannya kenal kau sehari dua… dah bertahun-tahun. Tapi, betul… kau memang seperti orang yang tengah falling in love. Jangan nak berdalih dengan aku. Aku pakar tentang bab-bab cinta nie!” Ujar Faris lalu ketawa. Zakuan turut ketawa setelah mendengar kata-kata Faris. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kaulah sahabat sejati aku. Hinggakan perubahan pada muka aku pun kau dapat tangkap. Memang ler aku dah falling in pada girl nie. Tapi, dia macam tak nak layan aku saja.” Zakuan membuka cerita. Dia agak malu-malu untuk bercerita pada Faris.
“Cantik ke?” Tanya Faris tersenyum-senyum.
“Fuh! Kalah Miss Universe! Memang cantik. Dia kerja secretary. Kawan dia bertunang dengan Hakim, sepupu aku.” Beria-ia Zakuan bercerita kepada Faris. Mengingati Zira sahaja sudah cukup menceriakannya, inikan pula dapat bertemu dengan gadis idamannya itu.
“Macam mana kau boleh berjumpa dengan dia?” Faris pula semakin berminat untuk mendengar cerita dari Zakuan. Yelah, selama ini Zakuanlah yang paling tegas mengatakan dia takkan jatuh cinta dengan perempuan. Nampaknya sekarang…
“Kau nie lebih-lebih pulak!” Guarau Zakuan apabila menyedari Faris banyak bertanya.
“Mestilah aku nak tahu. Dulukan kau jugak yang kata kau takkan jatuh cinta pada perempuan. Sekarang, apa sudah jadi kawan?”
“Hehehee… entahlah. Bila aku jumpa dengan dia, tiba-tiba saja hati aku terbuka untuk bercinta. Dia begitu menarik hati aku. Kalau boleh, aku nak kahwin dengan dia sekarang jugak!” Kata Zakuan bersungguh-sungguh.
Faris ketawa besar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Sah! Dah angau dia nie.
“Kau ingat dia tu anak ikan? Senang-senang saja nak kahwin dengan dia.”
Zakuan pula ketawa bila mendengar kata-kata Faris. Mereka sama-sama ketawa.
“First time aku jumpa dia, masa tu aku terlanggar kereta dia dari belakang. Second time, masa makan di restoran. Itu kira first date aku dengan dialah walaupun tak janji nak makan bersama. Itulah jodoh namanya. Kali ketiga aku jumpa dia semasa ikut rombongan pertunangan Hakim. Kali keempat aku terlanggar dia sampai jatuh terduduk.”
“Siapa? Kau?” Soal faris tidak sabar.
“Taklah. Dia yang jatuh. Aku rasa dia marahkan aku sebab aku langgar dia. Kau bayangkan dia terjatuh di depan orang ramai. Malu besar! Kejadian tu berlaku siang tadi. Masa aku nak jumpa Kamal di Restoran Pawana. Aku takut nak call dia untuk minta maaf.”
“Punya la luas pintu restoran tu, kau boleh langgar dia?”
“Aku tak perasan lagipun aku nak cepat. Sudahlah, makin lama makin banyak pulak kau nak tahu.” Kata Zakuan lalu memandang jam di tangannya.
“Marilah kira balik. Lama-lama di sini pun bukannya boleh buat apa-apa.” Ajak Zakuan. Lalu mereka berdua sama-sama beredar menuju ke kereta masing-masing.
“Siapa nama dia?” Tanya Faris.
Belum sempat Zakuan menjawab, dia terpandang akan kelibat seorang yang amat dia kenali. Dia cuba mengamatinya.
Kalau tak silap itu Zira. Apa dia buat dengan lelaki itu? Tapi, Zira macam orang mabuk. Terhoyong-hayang. Mesti ada benda yang tak elok berlaku nie!
“Errr… Faris kau balik dulu. Aku ada hal. Aku nak masuk balik ke hotel.” Kata Zakuan lalu berlari-lari anak masuk ke dalam hotel.
Faris terpinga-pinga dengan kelakuan Zakuan. Dia cuba memanggil tapi Zakuan tidak menyahutnya. Tanpa berlengah lagi dia membuka pintu keretanya lalu menghidupkan enjin. Seketika kemudian, kereta yang dipandu Faris meninggalkan perkarangan Hotel Kurnia.
Zakuan cuba mengejar Zira dan Azahari tapi dia tidak sempat kerana pintu lif sudah tertutup. Dia melihat ke atas, kelihatan nombor lima dipaparkan. Dia bergegas memanjat tangga. Dia memanjat tangga sepantas yang boleh.
Dia cuba untuk menggunakan lif di tingkat dua, tapi masih tidak sempat. Dia kembali memanjat tangga. Kali ini dia terus ke tingkat lima. Dia tercungap-cungap. Bagai hendak terputus urat perutnya. Matanya liar memandang.
Ke mana dia bawa Zira? Mana satu bilik yang mereka masuk nie? Takkanlah aku nak ketuk satu-satu. Nanti kena marah pulak!
Hampir setengah jam dia berlegar-legar di situ. Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik kerana takut tersalah bilik. Dia betul-betul kebingungan. Entah kenapa dia begitu risau. Dia mengagak Zira dalam bahaya. Tapi, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia masih berlegar-legar di situ.
“Baik aku tanya di bawah!” Katanya lalu bergegas ke kaunter pendaftaran. Tapi, dia tidak tahu nama lelaki yang bersama Zira. Dia kembali buntu. Dia mencuba juga dengan memberi gambaran rupa lelaki itu tapi tidak mendapat kerjasama dari pihak hotel.
Memandangkan dia tidak berjaya mengesan nombor bilik penginapan tersebut, dia kembali ke tingkat lima. Hampir sejam dia menunggu di luar berhampiran lif. Dadanya berdebar-debar. Dia takut kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku pada pujaan hatinya itu.
Tiba-tiba pintu bilik di hujung sekali di buka seseorang. Tersembul wajah seorang lelaki. Lelaki tersebut tersenyum sambil membetulkan pakaiannya. Zakuan mengamati lelaki tersebut.
“Sah! Dia yang bawa Zira tadi.” Kata Zakuan perlahan.
Dia menuju ke arah lelaki tersebut. Azahari agak terkejut melihat Zakuan. Tapi, dia bersikap bersahaja.
“Apa kau dah buat pada Zira?” Tanya Zakuan tapa berlengah-lengah lagi walaupun jaraj antara mereka masih jauh.
Azahari agak terkejut dengan pertanyaan dari Zakuan tapi dia masih mampu tersenyum.
“Kau siapa? Suami dia?” Azahari menyoal Zakuan pula.
“Aku kawan dia.” Jawab Zakuan serius.
“Kawan? Aku tunang dia. Kau jangan masuk campur!” Azahari memberi amaran kepada Zakuan.
“Apa yang kau dah buat pada dia?” Zakuan mengulangi soalannya kembali.
“Itu kau tak perlu tahu. Dia hak aku. Tapi, kalau nak juga ambillah. Lagipun kami dah putus tunang. Kau hanya dapat sisa aku saja.” Ucap Azahari bangga dan tersnyum sinis.
Tanpa banyak bicara Zakuan terus menghayunkan penumbuk sulungnya ke muka Azahari. Azahari terjatuh apabila terkena penangan pertama dari Zakuan. Bibirnya berdarah. Dia mengesat bibirnya.
“You, *sensored*!” Jerit Azahari lalu cuba menyerang balas Zakuan. Tapi, Zakuan awal-awal lagi sudah bersedia. Dia menepis tangan Azahari lalu menghayunkan tumbukan di rusuk kiri Azahari. Kemudian dia menyiku belakang Azahari. Azahari jatuh tertiarap. Dia mengerang kesakitan.
“Pergi kau dari sini sebelum aku habiskan kau!” Kata Zakuan termengah-mengah kerana letih berlawan dengan Azahari.
Perlahan-lahan Azahari bangun dan dengan terhoyong-hayang dia menuju ke lif.
“Kita belum habis di sini. Jaga kau!” Azahari masih sempat mengugut Zakuan sebelum menyelinap masuk ke dalam lif.
Tanpa berlengah-lengah lagi Zakuan terus menuju ke bilik yang baru Azahari keluar tadi. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu dan membuka pintu. Dia melihat Zira terbaring di atas katil dan tubuhnya hanya ditutup dengan gebar. Baju Zira berselerak di atas lantai. Zakuan cepat-cepat menutup pintu kembali.
Dia teragak-agak untuk menggerakkan Zira. Dia hanya berjalan mundar-mandir di hadapan katil. Dia kebingungan. Tak tahu apa yang harus dia lakukan.
Zakuan mendekati Zira dan cuba mengejutkan Zira. Tapi, suaranya tersekat di kerongkong. Dia kembali mundar-mandir di hadapan katil. Agak lama juga dia berkeadaan begitu. Ada masanya dia duduk di kerusi dan memandang Zira yang sedang tidur dengan nyenyak.
Kenapa boleh jadi begini? Aku sepatutnya tiba lebih awal. Kalau tidak semua ini takkan terjadi. Zira, sedarlah, aku perlukan penjelasan dari kau.
Tiba-tiba Zira membuka matanya. Dia melihat sekelilingnya. Pelik! Bangaimana dia boleh berada di dalam bilik? Dia terperasan kelibat seseorang, dia segera menoleh. Kelihatan Zakuan sedang memandangnya. Tiba-tiba Zira memandang tubuhnya dri bawah gebar. Dia tidak berbaju langsung dan hanya diselimut dengan gebar sahaja.
Zira menjerit bagai orang gila. Dia membungkuskan dirinya di dalam gebar. Dia menangis sepuas-puas hatinya.
Zakuan tidak keruan. Dia juga amat simpati dengan Zira tapi, dia tahu dalam keadaan ini dia tidak boleh menghampiri Zira. Mungkin lebih memburukkan keadaan. Tapi, Zira tidak henti-henti meraung. Ini menambahkan lagi kegelisahan Zakuan.
“Zira…” Panggil Zakuan setelah tidak tahan lagi mendengar raungan Zira.
“Pergi!!! Pergi..!!!” Jerit Zira.
“Jangan begitu Zira. Aku cuma mahu membantu kau.” Terang Zakuan berhati-hati.
“Aku tak perlukan kau. Pergi!!!” Jerit Zira lagi.
“Zira, dengar dulu. Aku tak tahu apa yang berlaku antara kau dan dia. Tapi, aku dah cuba untuk menghalangnya… tapi aku tak sempat.”
Zira hanya mendiamkan diri di dalam gebar. Cuma terdengar sedu-sedannya sahaja.
“Maafkan aku kerana cuba masuk campur dalam urusan kau berdua. Tapi, hati aku cukup kuat mengatakan kau dalam bahaya. Tapi, apa aku boleh buat… aku terlewat. Tapi, aku sudah ajar lelaki itu di luar tadi. Selepas itu barulah aku masuk dan aku dapati kau…” Zakuan tidak menghabiskan kata-katanya. Dia terdiam. Dia mengeluh.
Zira kembali menangis. Dia berasa sangat malu pada Zakuan. Tambah-tambah lagi dalam keadaannya begini. Dia tidak menyangka Azahari sanggup meperlakukannya begini. Dasar binatang!
“Kau pakailah semula pakaian kau. Aku tunggu kau di luar.” Ucap Zakuan lalu membuka pintu dan menunggu di luar bilik.
Setelah mendapati Zakaun sudah keluar, barulah Zira membuka gebarnya. Dia memungut pakaiannya dan menuju ke bilik air. Dia memasang air dan membiarkan air membasahi tubuhnya. Dia kembali menangis di dalam bilik air.
Zakuan di luar tetap setia menunggu. Dia tahu Zira masih sedih dan terkejut dengan apa yang terjadi ke atas dirinya. Dia perlu ambil masa untuk menghadapi kenyataan itu.
Tak lama kemudian pintu bilik dibuka. Zira sudah siap berpakaian tetapi rambutnya basah dan tidak terurus. Air mata masih lagi mengalir di pipi Zira. Zakuan memandang Zira dengan penuh kasih sayang.
“Aku akan hantar kau pulang.” Kata Zakuan.
“Tak perlu, aku boleh drive sendiri.” Pantas Zira menjawab.
“Kau masih tidak stabil. Aku takkan benarkan kau memandu pulang sendirian. Biar aku hantar kau pulang.” Kata Zakuan lalu berjalan menuju ke lif.
Zira hanya mengekorinya dari belakang. Apabila sampai di kereta Zakuan, dia terus masuk ke dalam kereta Zakuan tanpa banyak bicara.
Di dalam kereta, mereka hanya berdiam diri. Tiada kata-kata yang terluah antara mereka berdua. Perasaan malu masih lagi membelenggu diri Zira. Zakuan pula seolah-olah khayal berfikir. Dia memandu dengan perlahan saja.
Sejam kemudian mereka sampai di hadapan pintu pagar rumah Zira. Walaupun agak terkejut apabila menyedari yang Zakuan tahu rumahnya, Zira hanya mendiamkan diri. Dia membuka pintu kereta dan keluar dari kereta.
“Terima kasih.” Ucap Zira serak.
“Aku harap kau rahsiakan apa yang berlaku pada aku malam ini.” Sambung Zira lagi. Air matanya kembali bergenang di kelopak mata. Zira berpusing dan membuka selak pintu pagar rumahnya.
“Zira!!” Tiba-tiba Zakuan memanggilnya.
Pantas dia berpaling semula memandang Zakuan. Ketika itu Zakuan sudah keluar dari keretanya dan berdiri tegak dengan pintu keretanya terbuka.
“Kau tak perlu risau, aku akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku pada diri kau tadi.” Kata Zakuan lalu kembali masuk ke dalam keretanya dan terus meluncur laju.
Zira tersentak dengan kata-kata Zakuan. Dia terpinga-pinga.
Hari ini Zira mengambil cuti selama tiga hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. Setiap masa dia memerap di dalam bilik dan tidak menjamah makanan langsung. Dia hanya menangis seorang diri di dalam biliknya.
Ibunya sendiri sudah puas memujuknya supaya makan untuk mengalas perut. Tapi, Zira tetap tidak berganjak dari bilikya. Paling-paling tidak dia hanya memberi alasan yang dia tidak berselera.
Tergamak Azahari memperdaya aku hingga begini. Perangainya tak ubah seperti binatang. Dia cuba membalas dendam padaku kerana menolak permintaannya supaya menerimanya kembali. Apa yang perlu aku buat sekarang? Aku bukan lagi gadis. Aku sudah tercemar. Masa depan aku juga gelap. Siapa yang mahu memperisterikan gadis yang sudah ternoda?
Dia menangis untuk kesekian kalinya. Matanya juga bengkak kerana terlalu lama menangis. Dia kebuntuan dan tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.
Tiba-tiba dia teringatkan akan kata-kata Zakuan malam semalam. Fikirannya ligat berfikir.
Kenapa dia mahu bertanggungjawab atas peristiwa semalam? Bodohkah dia kerana sanggup menerima seorang gadis yang sudah tidak suci sedangkan dia tahu akan kejadian itu? Mengapa dia mengambil keputusan sebegitu?
Aduh! Makin sakit kepala aku bila memikirkannya. Azahari! Kau kejam! I’ll kill you, I swear!
Zira kembali bertugas di Syarikat Ixora. Dia cuba sedaya-upaya untuk menceriakan wajahnya. Dia tidak mahu orang lain tahu akan peristiwa hitam itu. Cukuplah sekadar dia dan Zakuan sahaja. Tapi, sehingga hari ini tiada panggilan dari Zakuan. Yang selalu Azahari saja. Tapi tidak pernah sekali pun dia menyambutnya.
“Morning!” Sapa Farah apabila bersuanya di pejabat.
“Morning.” Jawab Zira dan cuba tersenyum tapi senyumannya nampak janggal. Seperti dibuat-buat.
“Lama cuti. Pergi travel ke?” Soal Farah.
“Tak adalah. Rehat di rumah saja.” Jawab Zira.
“Kau tak apa-apa? Aku nampak muka kau pucat. Kau sakit?”
“Aku tak apa-apa. Tak perlulah kau risau.” Jawab Zira. Nampaknya Farah puas hati dengan jawapan dari Zira. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
Farah kembali menumpukan perhatiannya ke kertas di hadapannya. Zira pula cuba untuk menenangkan perasaannya. Fikirannya betul-betul kacau. Kalau boleh dia mahu meletakkan jawatan sahaja. Tapi, bila difikirkan, bodoh jika dia berbuat begitu.
Dia perlu kuatkan semangat agar dia dapat berdiri kembali. Walaupun peristiwa yang telah berlaku ke atasnya akan menjadi titik hitam dalam hidupnya, dia perlu meneruskan hidupnya.
Telefon di mejanya berdering. Tiba-tiba saja hatinya berdebar-debar. Dia tidak menjawab panggilan itu sebaliknya hanya memerhati telefon itu.
Farah kehairanan dengan tingkah laku Zira pagi ini. Dia mengerutkan dahi.
“Zira, itukan ada panggilan.” Kata Farah.
Zira tersentak. Dia memandang wajah Farah. Perlahan-lahan dia kembali menatap telefon di hadapannya dan mengangkat ganggang.
“Hello…” Ucapnya takut-takut.
“Hello.” Terdengar suara garau dari hujung talian menyambut ucapannya.
“Boleh saya bercakap dengan Farah. Katakan Hakim di sini.” Zira menghela nafas lega. Dia cukup takut kalau-kalau Azahari atau Zakuan yang menelefonnya.
“Sebentar.” Kata Zira lalu memanggil Farah dan mengatakan Hakim menghubunginya. Sementara Farah berbual dengan tunangnya itu, Zira pergi ke coffee room.
Sedang dia leka menikmati kopi panas, bahunya ditepuk dari belakang. Dia terkejut lantas berpaling ke belakang. Kelihatan Farah sedang tersenyum padanya.
“Pandai kau rahsiakan dari aku.” Kata Farah tiba-tiba.
“Rahsia? Rahsiakan apa?” Soal Zira kehairanan.
“Eleh! Buat-buat tanya pulak.” Kata Farah lagi.
“Apa dia kau nie? Aku tak fahamlah.” Balas Zira kembali. Dia mula rasa takut jika hal itu sudah terbongkar.
“Kenapa tak beritahu aku yang kau kawan dengan Zakuan.” Senyum memekar dari bibir Farah.
“Zakuan?” Berderau darah Zira apabila Farah menyebut nama lelaki itu. Fikirannya terus teringatkan kata-kata Zakuan pada malam itu.
“Hei, aku tanya kau nie?” Farah meninggikan suaranya pada Zira bila mendapati sahabatnya itu termenung.
“Oh! Kawan saja. Bukannya ada apa-apa.” Jawab Zira bersahaja. Dia meneguk minumannya.
“Bukan ada apa-apa? Tadi Hakim beritahu aku yang si Zakuan sibuk menyuruh maknya pergi meminang kau. Dan kalau boleh tak payah bertunang-tunang. Dia nak kawin terus dengan kau.” Terang Farah sambil tersenyum lebar.
Zira ternganga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Farah. Dia kaku di situ. Matanya tepat memandang Farah. Farah kemudiannya menepuk-nepuk bahunya dan sebelum berlalu dia sempat mengusik Zira.
“Nampaknya aku dapat makan nasi minyak di rumah kau dululah.”
Zira masih lagi terkedu. Dia tidak menyangka Zakuan begitu serius untuk mengambilnya sebagai isteri.
Tidak takutkah dia jika hal yang berlaku ke atas diriku diketahui oleh orang nanti? Apa kata keluarganya bila mengetahuinya nanti? Bagaimana pula penerimaan keluarga dia pada aku nanti jika mengetahui anaknya berkahwin dengan seorang gadis yang sudah ternoda? Apa pula kata ayah dan mak? Makin difikirkan makin aku jadi takut. Aku sendiri pun takut untuk mengadap ayah dan mak jika perkara ini terbongkar. Sanggupkah mereka mengaku aku sebagai anak mereka lagi?
Tiada satupun soalan-soalan itu dapat dijawab oleh Zira. Dia amat ketakutan sekarang ini. Dia perlukan seseorang untuk dia luahkan perasaannya itu. Tapi, dia malu untuk berterus-terang dengan Farah, sahabatnya.
Tapi dapatkah aku menerimanya sekiranya mak dan ayah menerima pinangan dari pihak Zakuan. Sedangkan hatiku ini amat terluka dengan perbuatan kaum sejenisnya itu. Oh, Tuhan! Berikanlah aku kekuatan dan petunjuk agar aku tidak tersilap langkah lagi. Zira menangis tersedu-sedu seorangan di coffee room tanpa diketahui oleh sesiapa.
Petang itu Zira nekad untuk berjumpa dengan Zakuan. Dia mahu mendengar dari mulut Zakuan sendiri mengenai berita yang dia ketahui dari Farah.
Ketika dia sampai di Café Indigo, kelihatan Zakuan sudah menunggu di satu sudut dalam café tersebut. Perlahan-lahan dia mendekati Zakuan.
“Zakuan.” Sapanya. Zakuan berpaling memandangnya kemudian mengorak senyuman. Dia mempersilakan Zira duduk semeja dengannya.
“Kita order minuman dulu. Kemudianlah baru makan.” Kata Zakuan. Zira hanya menganggukkan kepalanya tanpa banyak bicara.
Sementara menunggu minuman mereka dihantar, tiada kata yang terbit dari mulut mereka berdua. Zakuan asyik merenung wajah lembut Zira. Matanya tidak lepas-lepas memandang Zira.
Zira yang menyedari dirinya direnung oleh Zakuan, cuba membalas renungan Zakuan. Lama mereka asyik merenung antara sama lain. Seolah-olah hanya mata mereka yang berbicara. Dada Zira tiba-tiba berdebar lalu dia tertunduk malu.
Zakuan tersenyum apabila melihat Zira tunduk malu. Dirasakan kasihnya pada Zira semakin menggebu. Ingin rasanya dia meluahkan rasa kasih dan cintanya pada wanita di hadapannya ini.
“Aku sudah berbincang dengan keluargaku untuk meminang kau hujung minggu ini.” Lancar saja ayat yang keluar dari mulutnya.
Zira terkedu. Begitu cepat? Tanpa mendapatkan persetujuan dariku terlebih dahulu.
“Aku belum mengatakan aku bersetuju tapi kau sudah membuat keputusan bagi diriku.” Balas Zira tegas. Dia memalingkan wajahnya. Dia tidak dapat memandang wajah Zakuan kerana itu akan membuatkan perasaannya menjadi tidak menentu.
“Aku bukannya hendak membuat keputusan bagi pihak kau, tapi hendak berbincang. Sebab itulah kita di sini sekarang… untuk berbincang!” Jawab Zakuan serius.
“Kau tahu aku siapa, tapi kenapa kau sengaja hendak menempuh semua ini? Aku tak perlukan simpati dari kau. Aku boleh hadapinya seorang. Jangan pula kau nak jadi pak sanggup. Lagipun kita bukannya kenal rapat. Hanya beberapa kali berjumpa.” Kali ini Zira serius tapi dia seboleh-bolehnya dia tidak mahu menatap wajah Zakuan.
“Itu aku tahu. Tapi sebagai kawan aku rasa tak salah aku mengorbankan diri aku untuk membantu kau.”
“Kau bukan sahaja mengorbankan diri kau, malah maruah kau sekali jika berkahwin dengan aku!”
“Tak mengapa, aku sanggup menghadapinya.” Tenang sahaja wajah Zakuan.
“Jangan jadi bodoh Zakuan. Aku… aku bukan lagi seorang gadis. Aku sudah ternoda, masa depan aku sudah musnah. Maruah aku sudah dihinjak ke bumi. Tiada apa lagi yang tinggal pada aku, hanya jasad ini saja.” Air mata Zira mula mengalir laju membasahi pipi mulusnya. Nasib baiklah ketika itu tidak ramai pelanggan di café itu. Lagipun mereka duduk di tempat yang agak tersorok.
“Tak ada siapa yang tahu kecuali kita bertiga.” Zakuan menekan suaranya.
“Kau ingat Azahari akan membiarkan perkara ini begitu saja? Kau ingat dia akan lepaskan aku, lepaskan kau?” Bulat mata Zira memandang Zakuan.
“Aku cuba untuk membantu kau. Sekurang-kurangnya kau mempunyai seseorang untuk sama-sama menentangnya.”
“Kau ingat perkahwinan ini main-main? Ini soal hidup aku, maruah aku. Jika kau ingin mengahwini aku hanya kerana bersimpati dengan apa yang terjadi padaku… baik kita lupakan saja. Tak ada gunanya jika perkahwinan tanpa rasa cinta. Perkahwinan ini takkan berjaya!”
“Sekurang-kurangnya aku boleh melindungi kau. Dan kau mempunyai tempat untuk mengadu dan akulah orangnya.” Balan Zakuan pula.
“Kau tidak tahu erti perkahwinan bagi seorang perempuan yang sudah tercemar seperti aku. Aku bukan sahaja perlukan seseorang yang memahami keadaan aku sekarang, tapi aku juga perlukan seseorang yang benar-benar menyayangi aku dan dapat menerima keadaan aku. Dan yang pastinya bukan atas dasar simpati. Tak perlu kita berkahwin jika hanya pada nama saja.” Air mata Zira makin membanjiri pipinya. Dia tidak dapat menahan lagi air matanya. Di hadapan Zakuan dia terisak-isak.
Zakuan melihat Zira terisak-isak di hadapannya. Dia turut sedih melihat Zira. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengambil sapu tangan lalu dihulurkan kepada Zira. Zira tidak menyambutnya walaupun berkali-kali disuruh oleh Zakuan. Zakuan tidak berpuas hati lalu mengambil tempat di sebelah Zira. Dia memegang wajah Zira dan memaksa Zira memandangnya. Zakuan mengesat air mata Zira dengan tangannya sendiri.
Zira terkejut dengan tindakan Zakuan. Dia menatap mata Zakuan. Dia masih lagi tersedu-sedu. Apabila menyedari ada mata yang memandang gelegat mereka, dia mengambil sapu tangan dari Zakuan lalu mengesat sendiri air matanya.
“Selagi aku masih hidup, aku akan sentiasa berada di samping kau untuk membantu dan menyokong kau. Kau tidak perlu risau akan semua itu. Aku sanggup menghadapinya bersama-sama kau.” Pujuk Zakuan lembut.
Zira terharu dengan kata-kata Zakuan. Hatinya tersentuh setelah mendengar kata-kata yang terbit dari bibir Zakuan. Hatinya bertambah sebak. Zakuan tidak putus-putus memujuk Zira dengan kata-kata yang manis. Zakuan memeluk Zira untuk meredakan tangisannya agar dia rasa selamat berada di dalam pelukannya.
Kalaulah boleh aku ungkapkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi padamu, sudah lama aku nyatakan. Namun mulut ini bagaikan terkunci. Aku takut kau akan menolak hasrat hatiku ini. Biarlah aku kau anggap bodoh kerana sanggup menerima kau walaupun keadaan kau begini. Aku teramat sayangkan kau, Zira!
Keputusan Zakuan untuk mengahwini Zira mengejutkan ramai pihak. Semuanya bagaikan tidak percaya kerana mereka tidak pernah berkawan rapat apatah lagi bercinta. Utusan peminangan Zakuan pada mulanya ditolak. Ini kerana Zira masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang Zakuan mahu bertanggungjawab. Lagipun dia tidak mahu membebankan Zakuan.
Tapi setelah didesak oleh keluarganya sendiri, Zira terpaksa mengalah walaupun di hatinya enggan. Zira sendiri keliru dengan sikap ibu dan ayahnya yang begitu mendesak dia menerima peminangan dari keluarga Zakuan. Entah, berserabut fikirannya. Mungkin juga mereka tidak mahu Azahari terus menerus mengganggu anak mereka. Bagi Zira pula bukannya dia membenci Zakuan, tetapi dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lagipun dia takut jika Azahari kembali mengganggu kehidupannya jika diketahui yang dia mengahwini Zakuan.
Zakuan pada mulanya hampir menangis apabila diberitahu peminangannya ditolak oleh Zira tapi pihak Zakuan sendiri memberi tempoh pada Zira untuk memikirkannya semula. Kerana sebelum ini Zira telah memberi persetujuan untuk hidup bersamanya. Pada malam itu juga keluarga Zira menelefon dan memberitahu bahawa mereka menerima peminangan tersebut.
Keesokan harinya Zakuan membuat temujanji dengan Zira. Dia mahu membincangkan majlis yang bakal dilangsungkan nanti. Petang minggu itu Zira menanti Zakuan di sebuah taman rekreasi berhampiran perumahan tempat tinggal Zira. Sedangkan Zakuan pula mahu membawa Zira bertemu dengan ibu dan bapanya.
Tetapi Zira menolak dengan alasan tidak bersedia lagi. Kalau boleh biarlah dia hanya bertemu dengan bakal mertuanya di hari pernikahan sahaja. Sedang dia mengelamun seorang diri, dia ditegur dari belakang. Pantas dia menoleh.
“Zira!” Azahari berdiri tegak di sisinya sambil tersenyum sinis.
Zira terkejut dengan kehadiran Azahari. Dia tidak menyangka yang Azahari juga ada di sini. Mana Zakuan? Kenapa dia tak datang-datang lagi? Zira mula gelisah.
“Kau? Apa… apa kau buat di sini?” Soal Zira tergagap-gagap.
Azahari tidak menjawab sebalik terus tersenyum. Dia mengambil tempat di sebelah Zira.
“Saja. Nak menghirup udara petang yang segar.” Jawab Azahari sambil melemparkan pandangannya ke tasik di hadapan bangku yang mereka duduk.
“Tolonglah! Jangan ganggu aku lagi. Aku merayu pada kau.” Ucap Zira sebak. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya.
“Nampaknya kau sudah ada bodyguard.” Soal Azahari lalu tersenyum sinis.
“Bodyguard?” Soal Zira kehairanan.
“Jangan kau buat-buat tanya pada aku pula. Kalau tak kerana dia malam tu, sudah lama aku hantar kau ke rumah urut.” Selamaba sahaja Azahari menuturkan ayat tersebut.
“Kurang ajar. Pergi kau dari sini. Aku tak mahu melihat muka kau. Aku jijik melihat kau.” Suara Zira makin meninggi kerana terasa terhina dengan kata-kata Azahari.
“Jijik? Hah! Kau yang lebih jijik dari aku. Kau sudah tak ada apa-apa lagi. Semuanya sudah aku renggut, kau sudah menjadi milik aku!” Kata Azahari lalu mendepangkan tangannya.
Tanpa berlengah-lengah lagi Zira bangun dan mahu beredar dari situ tetapi Azahari pantas menangkap tanggannya. Dia menyentap tangan Zira sehingga Zira mengaduh kesakitan.
“Kau tak boleh lari dari aku. Kau tetap milik aku dulu, sekarang dan sampai bila-bila.”
“Lepaskan aku, Azahari! Sakit!!” Zira cuba melepaskan pegangan tangan Azahari yang begitu kemas di pergelangan tangannya.
“Kalau kau tak berdegil begini, aku takkan sakiti kau! Tapi kau yang memaksa aku buat begitu. Itu semua kerana keras kepala kau tu!”
“Aku tak peduli. Kau mesti kahwin dengan aku. Lagipun siapa yang mahukan kau lagi? Siapa yang hendak berkahwin dengan kau? Kau bukan lagi suci. Masa depan kau dalam tangan aku. Mahu tak mahu kau kena terima juga aku akhirnya. Hanya aku saja yang boleh bertanggungjawab ke atas kau.” Kata Azahari sedangkan tangannya masih memegang lengan Zira.
“Kau silap!” Tiba-tiba satu suara mencelah pertelingkahan mereka. Zira dan Azahari menoleh serentak. Kelihatan Zakuan sedang berdiri tak jauh dari mereka berdua.
“Zakuan!” Ucap Zira keriangan. Dia merasa lega dengan kehadiran Zakuan.
“Kau lagi? Kau sengaja cari nahas datang di sini!” Balas Azahari lalu melepaskan genggaman tangannya dari lengan Zira. Dia merapati Zakuan.
“Hal kita dulu belum lagi selesai. Tapi, tak mengapa. Aku takkan buat kecoh di sini.” Ucap Zakuan separuh berbisik.
“Baik kau pergi dari sini. Aku tak mahu melihat muka kau di sini. Dan satu lagi, jangan ganggu Zira lagi. Dia bakal menjadi isteriku.” Kata Zakuan serius. Matanya tepat menentang mata Azahari.
Azahari tersentak mendengar kata-kata Zakuan. Dia menoleh ke arah Zira. Zira hanya mendiamkan diri sambil menggosok-gosok lengannya yang merah akibat genggaman kuat dari Azahari tadi. Azahari berpusing dan merapati Zira pula.
“Kau hendak berkahwin dengan dia?” Soal Azahari keberangan.
Perlahan-lahan Zira menganggukkan kepalanya sambil tersedu-sedu. Tak semena-mena Azahari menampar pipi Zira. Zira menjerit kesakitan. Zakuan pantas menghampiri Zira dan berdiri di hadapan Azahari untuk melindungi Zira.
“Aku kata baik kau pergi dari sini!” Tegas Zakuan pada Azahari. Tapi, Azahari masih lagi tidak berganjak dari situ.
“Kenapa kau hendak kahwin dengan dia? Kau tahu tak yang dia nie bukannya suci lagi?” Azahari makin baran setelah melihat Zira memaut erat lengan Zakuan kerana ketakutan.
“Aku tahu dan aku tak kisah. Aku sanggup menerima dia walau apapun keadaan dia.” Ucap Zakuan lagi.
Azahari meludah ke rumput.
“Perempuan murahan! Tak tahu bersyukur. Aku yang sanggup bertanggungjawab atas perbuatan aku, tapi dia pula yang nak kahwini. Kenapa?” Tanya Azahari tidak puas hati.
Zira tidak mampu menjawab pertanyaan Azahari. Dia menggigil ketakutan di belakang Zakuan. Dia memaut erat-erat lengan Zakuan seperti tidak mahu melepaskannya lagi.
“Baik kau pergi dari sini sebelum aku telefon polis.” Ugut Zakuan apabila melihat Azahari tidak mahu berganjak dari situ.
“Kau ugut aku? Hahahahahhahahaa…” Azahari ketawa besar mendengar ugutan dari Zakuan.
“Baik aku pergi. Tapi jangan ingat aku akan lupakan perkara ini begitu saja. Dan kau Zira, kau jangan ingat dengan mengahwini dia, kau boleh lepaskan diri. No way!” Kata Azahari lalu beredar dari taman itu.
Zakuan menghela nafas lega. Zira masih lagi memaut lengannya. Dia memegang tangan Zira. Zira membatukan diri. Air matanya tak henti-henti mengalir. Dia terisak-isak.
“Mari, aku hantarkan kau pulang.” Ucap Zakuan lalu memimpin Zira ke keretanya.
Zakuan tahu dia tidak boleh membincangkan tentang majlis perkahwinan mereka kerana fikiran terganggu. Dia bersabar dan membiarkan Zira menenangkan fikirannya terlebih dahulu. Dia tidak mahu terlalu mendesak Zira kerana takut Zira akan berubah fikiran. Biarlah dia ambil masa dulu.
Setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak hanya majlis pernikahan sahaja dilangsungkan. Zira tidak mahu membuat majlis itu secara besar-besaran. Membazir katanya. Walaupun ibu dan bapanya tidak menyetujui dengan permintaannya kerana kalau boleh mereka ingin membuatnya secara meriah sekali. Tambahan pula hanya Zira sajalah anak mereka.
Tapi, apabila Zira mengugut untuk membatalkan pernikahan di antara dia Zakuan, barulah mereka bersetuju. Tapi, pihak Zakuan pula tidak kisah kerana mereka akan membuat majlis persandingan tiga bulan selepas majlis pernikahan kerana hendak melangsungkan sekali pernikahan di antara Farah dan Hakim.
Zira memandang wajahnya di dalam cermin. Wajahnya sudah siap disolek. Begitu juga dengan rambutnya sudah siap didandan. Walaupun sudah berkali-kali mak andam menyuruhnya supaya memaniskan muka, tapi dia tidak boleh melakukannya.
Hatinya serba-salah samada betul atau tidak tindakannya dengan mengahwini Zakuan. Walaupun mukanya murung, mukanya tetap berseri. Dia kelihatan amat jelita dengan sepasang kebaya putih melekat di tubuhnya. Veil dan tiara menghiasi kepalanya membuatkan dia bertambah cantik. Semua orang terpaku menatap wajahnya.
“Kau benar-benar cantik Zira.” Ucap Farah sambil memandang wajah Zira dari dalam cermin.
Zira tidak menjawab sebaliknya hanya melemparkan senyuman lemah.
“Janganlah begini. Tak elok kalau masam muka macam nie. Nanti hilang seri pengantin baru.” Usik Farah lagi. Zira tersenyum sedikit. Hatinya sedikit terhibur mendengar usikan Farah.
“Aku cuma berdebar-debar.” Kata Zira perlahan.
“Aku faham perasaan kau sekarang. Aku dulu masa bertunang dulu pun begini. Inikan pula kau yang akan dinikahkan sekejap lagi. Hmm… kau ingat tak masa aku bertunang dulu aku pernah tanya tentang perasaan kau sewaktu bertunang dengan Azahari dulu?”
“Ingat. Kenapa?” Soal Zira kehairanan.
“Apa yang kau jawab?” Soal Farah kembali.
Zira tunduk. Dia berfikir akan jawapan yang dia berikan pada Farah waktu itu.
“Takkan tak ingat. Aku masih ingat lagi. Kau kata kau tak rasa apa-apa sebab kau memang tidak menyukai Azahari. Tapi, berlainan dengan hari ini. Kau kata kau berdebar-debar, ini bermakna kau memang sukakan Zakuankan?” Duga Farah.
Muka Zira merah kerana malu. Dia tersipu-sipu.
“Entahlah Farah. Aku memang tak pernah kenal rapat dengan dia. Tapi, majlis hari ini pun berjalan sebab mak dan ayah aku menerima pinangan dari pihak Zakuan. Aku terpaksa menerimanya.” Ucap Zira lemah.
“Alangkah bertuahnya mak dan ayah kau kerana mempunyai anak yang lembut hati macam kau nie Zira. Kalau aku berada di tempat kau belum tentu aku setuju.” Balas Farah. Zira hanya tersenyum mendengar kata-kata Farah.
Tapi, benarkah aku menerimanya kerana aku sudah terpaut padanya? Ataupun aku benar-benar terpaksa menerima Zakuan dalam hidup aku semata-mata kerana dia sanggup bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku pada diri aku? Dan dia pula menerima aku kerana simpati dengan nasib aku? Nampaknya perkahwinan ini tidak lebih daripada sekadar nama sahaja.
Seketika kemudian tok kadi dan ayahnya datang masuk menjenguk dan menyoal Zira samada bersetuju dengan pernikahan ini. Dia terkedu, dia tidak menjawab. Dia hanya menundukkan wajahnya. Ibunya saja yang bersuara dan mengatakan Zira malu untuk menyatakannya sedangkan di dalam perasaannya berperang. Samada untuk menerimanya atau tidak.
Belum sempat Zira bersuara, pen dihulurkan kepadanya dan dia perlu menandatangani dokumen pernikahan. Dia terpinga-pinga sebentar. Ibunya menggesa dia menandatangani dokumen tersebut. Dengan separuh rela dia menurunkan tandatangan ke atas kertas itu. Ibunya tersenyum gembira.
Kemudian tok kadi dan ayahnya beredar. Dia kembali termenung. Fikirannya melayang-layang. Cuba membayangkan bagaimana keadaannya selepas pernikahan ini nanti. Dapatkah dia menyesuaikan diri di kalangan ahli keluarga Zakuan. Semakin dia memikirkannya, semakin kecut dirasakan.
Sedang dia melayan fikirannya, Zakuan di luar sedang mengadap tok kadi. Dia berpeluh-peluh walaupun kipas sudah sedia terpasang. Zakuan memakai sepasang baju melayu satin putih dan bersamping kain songket hitam. Dengan dua kali lafaz, maka sahlah Zira menjadi miliknya. Terasa bagai mimpi sahaja.
Seketika kemudian, Zakuan dibawa ke dalam kamar pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Zira sudah sedia menunggu di dalam kamar dengan ditemani Farah, ibunya dan beberapa saudara terdekat.
Kali pertama dia melangkah ke dalam bilik Zira, Zakuan terpegun dengan kejelitaan Zira. Dia terpegun sebentar melihat kecantikan isterinya itu. Waktu itu juga Zira memandang wajah Zakuan. Mata mereka masing-masing merenung. Zira agak gugup melihat ketampanan Zakuan, dia terpaku seketika. Mereka saling merenung seolah-olah hanya mereka berdua di situ.
Tiba-tiba ibu Zakuan berdehem. Zakuan tersentak. Dia tersipu-sipu malu. Zira cepat-cepat menundukkan mukanya. Mukanya merah diserbu perasaan malu.
Zakuan cepat-cepat mengambil rantai yang dihulurkan ibunya untuk dipakaikan pada Zira. Selepas memakaikan rantai di leher Zira, Zira menyalami tangan Zakuan dan mengucupnya lembut. Zakuan pula membalasnya dengan mengucup dahinya. Sekali lagi Zira segan kerana ia disaksikan oleh ramai orang. Tambahan pula kelipan lampu-lampu kamera yang entah berapa kali begitu merimaskannya.
Kemudian dia menyalami tangan ibu mertuanya, ibu Zakuan dan diikuti oleh saudara-saudara yang lain. Ibunya memeluknya kemas seperti tidak mahu melepaskannya. Hati Zira sebak apabila melihat air mata bergenang di kelopak mata ibunya. Ibunya mngucup pipinya berulang-ulang kali. Suasana agak muram tika itu.
Selesailah sudah majlis pernikahan mereka pada malam itu. Zakuan menghela nafas lega kerana majlis itu berjalan lancar tanpa gangguan. Tapi, Zakuan tidak bermalam di rumah Zira sebaliknya akan menjemput Zira pada keesokkan harinya.
Hampir tengah malam, rombongan dari pihak Zakuan meminta diri. Zira menghantar Zakuan sampai ke keretanya. Mereka yang ikut turut serta dalam rombongan itu sengaja membiarkan Zakuan berdua dengan Zira. Mereka tersenyum-senyum melihat gelagat pengantin baru itu.
“Aku harap kau gembira dapat berkahwin dengan aku.” Ucap Zakuan lembut. Dia tidak henti-henti menatap wajah isterinya itu. Terlalu sayang untuk ditinggalkan.
Zira tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku tak kisah kalau kau nak tinggal lebih lama lagi di sini. Aku faham perasaan kau. Dan aku tahu kau berat hati untuk meninggalkan rumah ini. Aku tidak akan memaksa kau untuk mengikutku walaupun tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.”
“Terima kasih kerana menerima aku sebagai isteri kau. Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan lagi. Walaupun kemungkinan perkahwinan ini tidak berjaya, aku akan cuba untuk mengharunginya. Berilah aku tiga hari lagi untuk mengemas barang-barangku.” Balas Zira perlahan.
Zakuan agak terkejut apabila Zira menyebut tentang perkahwinan mereka yang mungkin tidak berjaya. Tetapi dia kemudiannya mengangguk-anggukkan kepalanya memahami. Dia faham kerana berfikir Zira menerimanya hanya sebagai ‘pak sanggup’.
Walaupun pedih untuk dia terima hakikat itu, dia cuba sedaya upaya untuk bersikap bersahaja. Dapat hidup dengan Zira, sudah memadai baginya. Asalkan Zira tidak membencinya dan dapat menerima kehadirannya walaupun hanya seketika cuma.
“Baiklah, aku akan datang menjemput kau tiga hari lagi.” Zakuan bersetuju dengan permintaan Zira walaupun agak kecewa sedikit. Selepas Zira menyalami, dia dan rombongannya pulang ke destinasi.
Hari ini Zakuan datang menjemput Zira untuk ke rumahnya. Sejak pagi lagi dia datang untuk menjemput Zira, tapi ditahan oleh ibu Zira. Ibu Zira mahu menantunya itu makan tengahari sekeluarga sebelum pulang. Zakuan bersetuju dengan permintaan ibu mertuanya itu.
Zakuan mengadap makan tengahari itu dengan berselera sekali. Tambah-tambah lagi dia dilayan dengan mesra sekali oleh ibu dan ayah Zira. Zira pula agak gugup bila berhadapan dengan suaminya itu. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Hanya menjawab apabila bertanya.
Apabila hari beransur petang, Zakuan meminta diri untuk membawa Zira pulang ke rumahnya.
“Jaga diri baik-baik di rumah suami kau. Jaga nama baik suami. Jangan melawan kata-kata ibu mertua kau. Dia juga sudah jadi ibu kau, Zira.” Pesan ibu kepada Zira. Zira hanya menganggukkan kepalanya. Kelopak matanya sudah bergenang. Dia bukannya sedih sangat hendak meninggalkan rumah ini, lagipun Zakuan berjanji tidak akan menghalang jika dia ingin pulang ke rumah. Tapi dia sedih kerana terpaksa menyembunyikan peristiwa sial itu daripada pengetahuan ibu bapanya dan terpaksa menipu perasaan sendiri.
Zira menyalami tangan ibunya dan kemudian mendakap erat tubuh ibunya. Seketika kemudian dia beralih pada ayahnya pula. Sewaktu menyalami tangan ayahnya, ayahnya mengusap-usap kepala Zira. Ayahnya tidak berkata walau sepatah pun. Hanya senyuman hambar terukir di wajahnya. Dia memandang wajah bapanya. Walaupun tidak menunjukkan reaksi kesedihan, tapi Zira dapat mengagaknya.
Zakuan hanya memandang sahaja dan dia turut menyalami tangan mertuanya. Setelah mengangkat beg-beg Zira ke dalam kereta, lalu mereka berdua pun bertolak. Di dalam kereta tiada sepatah perkataannya terbit dari mulut Zira. Hanya kedengaran lagu dari corong radio kereta Zakuan.
Fikirannya menerawang. Bermacam-macam dia fikirkan. Bersediakah dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Bolehkah dia diterima di kalangan ahli keluarga Zakuan? Berbahagiakah hidupnya selepas ini? Bagaimana pula jika Azahari kembali mengganggu kehidupannya?
Kepalanya sarat dengan persoalan yang tidak mampu dijawab olehnya sendiri. Dia mengeluh panjang. Zakuan menoleh ke arah Zira.
“Mengapa kau mengeluh?” Soal Zakuan tiba-tiba. Zira sedikit terkejut.
“Tak ada apa-apa.” Balas Zira. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta.
“Kau menyesal menerima aku sebagai suami kau?” Bergetar suara Zakuan ketika menyoal.
Zira terkejut dengan pertanyaan Zakuan. Dia memandang wajah Zakuan. Dilihatnya wajah Zakuan sedikit muram, berbeza sewaktu di rumahnya tadi.
“Maafkan aku jika kau tidak menyenangi apa yang aku lakukan. Tapi, kau harus faham. Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Aku sendiri pun hampir tidak mempercayai yang aku sudah menjadi isteri kau. Aku… aku perlukan masa.” Balas Zira mengharap. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melukakan hati Zakuan. Dia terlalu baik.
Zakuan tidak menjawab. Dia menumpukan perhatiannya ke jalan raya. Kemudian dia menganggukkan kepalanya. Dia memandang Zira dan tersenyum sedikit. Zira lega apabila melihat senyuman di wajah Zakuan. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Zakuan tidak berkecil hati dengannya.
Tidak lama kemudian, Zakuan membelok masuk ke dalam perumahan dan kemudian terus membelok dan masuk di perkarangan banglo dua tingkat berwarna putih gading. Setelah Zakuan mematikan enjin keretanya, barulah Zira membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Di hadapannya tersergam indah banglo mewah. Terpegun sebentar dia melihatnya.
Dia tidak sedar apabila Zakuan sudah sedia berdiri di sisinya sambil tersenyum manis. Di kedua-dua belah tangannya, dia mengangkat beg-beg Zira.
“Mari.” Ajak Zakuan ceria.
Di dalam rumah Zakuan dia disambut mesra oleh ayah dan ibu Zakuan. Zakuan juga merupakan anak tunggal. Jadi hanya ada ayah dan ibu Zakuan bersama pembantu rumah sahaja.
Hati Zira lega apabila kehadirannya ke dalam rumah ini disenangi. Seketika dia melupakan masalahnya. Setelah menjamu minuman petang, Zakuan membawanya masuk ke dalam bilik mereka. Kelihatan bilik Zakuan kemas tersusun. Di hujung kepala katil, tergantung potret yang ditangkap pada malam pernikahan mereka. Besar sekali gambar itu dibingkaikan.
“Buatlah macam rumah sendiri. Aku turun sebentar. Kau kemaslah apa yang patut. Almari pakaian di sudut sana.” Ucap Zakuan sambil menunjuk ke arah kiri bilik itu. Zira hanya menganggukkan kepalanya.
“Kalau ada apa-apa hal, panggil aku di laman rumah.” Pesan Zakuan lagi. Kali ini Zira tersenyum manis.
“Kau akan bertambah cantik jika kau selalu tersenyum begini.” Kata Zakuan.
“Takkanlah aku nak senyum selalu. Nanti orang kata aku gila pula.” Balas Zira pula. Zakuan ketawa mendengar jawapan dari mulut Zira. Zira juga turut ketawa.
Zakuan senang hati apabila melihat Zira ketawa. Sekurang-kurangnya Zira tidak memikirkan sangat mengenai masalahnya. Kemudian Zakuan meninggalkan Zira seorang di dalam bilik.
Sepeninggalan Zakuan, Zira mengambil kesempatan untuk melihat keadaan bilik itu. Semuanya tersusun kemas. Meja solek tersusun pelbagai wangian, bedak, lipstik dan peralatan solekan yang lain. Nampaknya Zakuan sudah melengkapkan segala kelengkapan Zira di sini. Dia hanya perlu membawa pakaian sahaja.
Dia merebahkan badannya di atas tilam empuk. Hatinya terasa lapang apabila memikirkan dirinya begitu disenangi di sini. Aku harapkan aku semua ini akan berkekalan.
Malam itu mereka berkumpul di ruang tamu setelah selesai makan malam. Zira cuba sedaya upaya untuk turut sama berbual dengan keluarga Zakuan. Banyak yang ditanya oleh ibu dan ayah Zakuan. Zira pula dengan ramahnya menlayan setiap pertanyaan dari mereka. Zakuan senang hati melihat Zira yang dapat menyesuaikan diri dalam keluarganya.
“Senang hati mama dan ayah bila dapat tengok kau kahwin, Zakuan.” Ucap Puan Zaharah sambil tersenyum memandang wajah Zira. Zira membalasnya senyuman ibu mertuanya itu.
“Kami ingatkan kau tak nak kawin. Kalau kau tahu, Zira… Zakuan nie amat payah nak tengok dia kawan dengan orang perempuan. Tiba-tiba suruh kami pergi meminang. Pening kepala jadinya!” Kata Encik Roslan pula. Serentak dengan itu mereka semua ketawa.
“Apa la ayah nie, buat malu Wan saja.” Kata Zakuan lalu mengambil tangan Zira dan menggengam erat. Zira agak terkejut dengan tindakan Zakuan. Dia memandang ke arah mertuanya, mereka hanya tersenyum bahagia melihat keadaan itu.
“Kami rancang hendak melancong ke Eropah minggu depan. Kalau Wan dan Zira nak ikut sekali, bolehlah. Pergi honeymoon sekali. Kalau tak nak ikut, boleh pergi tempat lain.” Ujar ibu Zakuan mesra.
“Emm… bagus jugak. Lagipun dah lama Wan tak cuti!” Balas Zakuan. Zira tersentak dengan kata-kata Zakuan. Dia resah.
“Macam mana Zira, setuju?” Tanya ayah Zakuan pula.
“Err… saya… saya…” Tergagap-gagap Zira hendak menjawab. Dia cuba mencari alasan yang sesuai untuk mengelak dari mengikuti Zakuan sekeluarga ke laur negara.
“Kenapa Zira?” Zakuan pula menyoal. Dia memusingkan badannya agar dapat menatap wajah Zira dengan lebih jelas.
“Zira dah habis cuti tahun. Semua Zira dah ambil masa majlis pernikahan hari tu! So, Zira dah tak boleh cuti lagi kecuali ada emergency!” Terang Zira bersungguh-sungguh. Padahal cuti tahunnya masih berbaki tiga hari. Itu tidak cukup jika hendak ke luar negara.
Wajah Zakuan berubah tiba-tiba. Dia muram sahaja.
“Takkan sudah habiskan awal-awal lagi?” Tanya Zakuan tidak puas hati. Dia dapat merasakan yang Zira cuba mengelak daripada bersamanya.
“Ada tu ada laa… tapi cuma tinggal tiga hari saja. Tak cukup kalau nak ke luar negara. Kurang-kurang seminggu.” Terang Zira lagi.
Riak wajah Zakuan kembali seperti biasa. Dia tersenyum dan lantas memaut pinggang Zira.
“Ooo… tak cukup ya! Tak mengapa di mana-mana pun boleh honeymoon. Di rumah nie pun boleh!” Zakuan bergurau. Zira tersipu-sipu malu.
Mama dan ayah Zakuan ketawa besar mendengarnya. Zakuan juga turut ketawa. Hanya Zira saja yang tersipu-sipu malu. Mukanya terasa panas dan merah.
“Kau nie Wan, lain kali cakap tu tapis-tapislah sikit!” Mamanya bersuara, masih tersenyum-senyum lagi.
Zakuan hanya menganggukkan kepalanya dan kembali ketawa.
“Tak mengapalah. Kau berdua pergilah naik atas. Zira pun dah letih nampaknya. Mama harap Zira gembira tinggal di sini,ya!” Kata mama Zakuan. Zira hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.
Kemudian Zira meminta diri untuk masuk ke bilik dan bersembahyang. Hanya tinggal Zakuan dan mama serta ayahnya sahaja di ruang tamu. Mereka masih lagi berbual-bual kosong.
Di dalam bilik, Zira segera mengambil air sembahyang dan terus mengerjakan solat Isyak. Dia begitu kusyuk sekali. Sehingga tidak sedar yang Zakuan sudah lama memerhatikannya sedang berwirid di atas tikar sembahyang.
Setelah menghabiskan doanya, dia mengemaskan telekung dan menyangkut di ampaian. Apabila dia berpaling ke belakang, Zakuan sedang duduk di birai katil dan tersenyum memandangnya. Dia membalas senyuman Zakuan. Dadanya berdebar-debar.
“Zira, mari sini.” Panggil Zakuan. Zira mendekati katil dan duduk di sebelah Zakuan.
Zakuan menggenggam jemari Zira sekali lagi. Zira memandangnya kehairanan.
“Kenapa?” Soal Zira.
“Aku rasa bahagia sekali kerana dapat mengahwini kau. Aku harap kau dapat menerima aku seikhlas yang mungkin. Aku tidak mahu peristiwa lalu itu menjadi penghalang dalam perhubungan kita. Lupakanlah saja peristiwa itu, dan jangan fikirkan tentang Azahari lagi. Mulai saat ini aku akan pastikan kau tidak akan disakiti oleh sesiapa pun, percayalah.” Ucap Zakuan lalu mengucup tangan Zira.
Zira terkedu mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Zakuan. Dia lantas merenggangkan genggaman erat tangan Zakuan. Zakuan terkejut dengan tindakan Zira. Dia mengerutkan dahinya.
“Aku amat terhutang budi dan maruah aku pada kau kerana kau sanggup mengambil aku menjadi isteri kau walaupun tahu keadaan diri aku. Pernikahan ini berlaku apabila aku sendiri takut dengan bayangan Azahari. Aku takut jika dia akan mengganggu aku lalu aku bersetuju dengan permintaan keluarga aku agar menerima kau. Sekurang-kurangnya kau ada untuk aku percayai. Aku tidak mahu menipu diri aku sendiri dan menipu diri kau. Aku… aku masih belum dapat menerima kau dengan sepenuhnya dalam hidup aku. Aku tahu, aku tak sepatutnya berkata begini, tapi aku tidak mahu kau akan sering tertanya-tanya tentang tindakan aku nanti. Jadi, aku rasa lebih baik kau tahu tahu dari mulut aku sendiri.” Bicara Zira lemah saja. Dia tidak berani memandang wajah Zakuan. Dia takut jika Zakuan memarahinya setelah mendengar kata-katanya.
“Jadi, mengapa kau bersetuju untuk bernikah dengan aku?” Soal Zakuan serius. Di wajahnya ada rona-rona marah cuma tidak ditunjukkan dengan ketara saja.
“Sebab aku hanya menurut kata-kata ayah dan mak aku. Lagipun kau sendiri yang bersungguh-sungguh untuk bertanggungjawab pada aku. Aku... aku… tak ada haluan. Aku tak tahu pada siapa lagi aku hendak mengadu. Hanya kau saja yang tahu mengenai hal itu selain Azahari. Sebab itulah aku mengambil keputusan sebegitu.” Jawab Zira takut-takut.
“Jadi, kau menerima aku kerana mahu aku bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi pada kau?” Soal Zakuan lagi.
“Bukankah kau sendiri yang mengatakan begitu pada aku dulu? Walaupun sudah banyak kali aku menolaknya, kau masih mengatakan yang kau hendak melindungi aku dan sanggup bertanggungjawab.”
Zakuan terkedu mendengar kata-kata Zira. Dia sendiri terperangkap dengan kata-katanya dulu. Nampaknya di dalam hatinya hanya tersemat kata-kata bahawa pernikahan antara aku dan dia hanya kerana aku mahu bertanggungjawab ke atasnya. Tak lebih dari itu. Tidakkah dia mengetahui yang aku teramat sayangkannya? Tidakkan dia sedari aku juga amat mencintainya?
Tanpa berkata apa-apa Zakuan mengambil bantal dan selimutnya dan beredar ke bilik bacaan yang berada di sebelah bilik mereka itu. Terdapat pintu di dalam bilik mereka itu yang membolehkan untuk terus masuk ke bilik bacaan.
Zira terkejut dengan tindakan Zakuan. Dia cuba untuk memanggil Zakuan, tapi suaranya tidak keluar. Dia berasa amat bersalah kerana telah menyakiti hati Zakuan. Dia terduduk di birai katil dan menangis tersedu-sedu.
Maafkan aku Zakuan. Kau terlalu baik padaku. Aku tak layak untuk hidup bersama kau. Aku sudah tersalah membuat keputusan. Aku tidak sepatutnya membiarkan kau terlibat dalam permasalan aku ini. Aku sepatutnya pergi jauh-jauh dari sini. Maafkan aku Zakuan, mungkin jodoh kita takkan bertahan lama. Aku redha jika kau mahu melepaskan aku, aku rela!
Subuh itu Zira berimamkan Zakuan semasa menunaikan solat subuh. Tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Zakuan. Setelah mengaminkan doa, Zakuan berpusing untuk menyalami Zira.
“Maafkan Zira jika kata-kata Zira semalam telah menyinggung hati kau. Zira tidak berniat hendak menyakiti hati kau, tapi itu kenyataannya. Zira tak mahu terus-menerus menipu Zakuan.” Kata Zira sewaktu menyalami tangan Zakuan. Air mata Zira mudah saja mengalir membasahi pipinya.
“Tak mengapa, aku faham perasaan kau. Walau apapun yang terjadi, aku akan sentiasa berada di sisi kau untuk menemani dan sama-sama mengharunginya.” Balas Zakuan. Zira lantas mengangkat wajahnya dan memandang wajah Zakuan, terharu. Zakuan tersenyum sedikit dan mengucup perlahan dahi Zira.
Zira semakin sebak. Dia rasa amat bersalah kerana telah mengeluarkan kata-kata yang telah menyinggung hati Zakuan, tetapi Zakuan tetap tersenyum dan memahami serta mengikut kehendak hatinya. Terlalu tulus hatimu Zakuan membuatkan aku amat bersalah kerana menjebakkan kau dalam masalah aku. Kau seharusnya mendapatkan gadis yang lebih baik dari aku. Aku tak layak seiringan denganmu.
Pagi itu tanpa sarapan Zakuan keluar memandu ke pejabat. Dia terlupa yang Zira tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke pejabat. Mama Zakuan menyuruhnya untuk menelefon Zakuan supaya mengambil dia semula dan menghantarnya ke pejabat, tetapi Zira enggan menyusahkan Zakuan.
“Kenapa dengan Zakuan tu? Berdesup pergi ke pejabat sampai lupa isteri. Takkanlah dia tak tahu yang Zira nie tak ada kereta hendak ke pejabat? Zakuan… Zakuan…” Leter mama Zakuan. Zira hanya tersenyum mendengarnya. Sedangkan hatinya cemas dan takut jika Zakuan masih marahkan dia kerana kata-katanya semalam.
“Tak mengapalah mama. Mungkin dia urgent! Ada nak jumpa dengan client ke… ataupun ada meeting. Tak sempat nak beritahu.” Balas Zira untuk menyedapkan hati ibu mertuanya. Puan Zaharah mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
Seketika kemudian, ayah Zakuan turun sama menyertai mereka untuk bersarapan. Zira segera menuangkan kopi panas ke dalam cawan ayah mertuanya itu walaupun Mak Jah, pembantu rumah itu beria-ia menegah Zira. Tetapi Zira tidak peduli, dia terus menuangkan kopi ke dalam cawan dan dihulurkan pada ayah mertuanya. Encik Roslan hanya tersenyum memandang gelagat menantunya dan Mak Jah.
“Mana Zakuan? Takkan tak bangun lagi?” Tanya ayah Zakuan setelah meneguk sedikit kopi panas dari cawannya.
“Zakuan sudah pergi ke tempat kerja.” Jawab Zira perlahan.
“Dah pergi? Habis, Zira pergi kerja naik apa? Kereta tak ada.” Tanya ayah Zakuan kehairanan.
“Entah apalah mimpi Wan tu… pagi-pagi lagi sudah pergi kerja. Tak sempat sarapan pun. Itu tak apalah lagi, ini sampai lupa isteri di rumah.” Leter mamanya lagi.
“Itulah dia. Dari dulu sampai dah kahwin, asyik pentingkan kerja saja. Sekarang nie dah kahwin pun tak berubah lagi. Ini sampai tertinggal isteri nie… kes parah dah nie.”
Zira ketawa kecil mendengar kata-kata ayah Zakuan.
“Kau nasihatkanlah dia Zira. Zakuan tu memang gila kerja. Keluar pagi, tengah malam baru balik. Apa yang dia kerjakan pun… entahlah.” Kata ayah Zakuan lagi. Zira hanya menganggukkan kepalanya.
Tak lama kemudian kedengaran hon kereta di luar. Zira segera menjenguk. Kelihatan Farah sedang menantinya dari dalam kereta. Zira menunjukkan isyarat menyuruh Farah menunggu sebentar. Farah menganggukkan kepalanya. Zira pantas ke dapur semula. Dia mengambil beg tangannya dan mengepit beberapa fail.
“Saya pergi dulu mama, ayah.” Kata Zira lalu menyalami tangan mertuanya.
“Kau pergi dengan apa?” Soal ayah Zakuan.
“Saya tumpang kereta Farah.” Jawab Zira lalu beredar segera. Seketika kemudian dia sudah berada di sebelah Farah. Farah terus menekan pedal minyak dan keretanya meluncur laju di jalan raya.
“Mengapa Zakuan tak hantar kau ke tempat kerja?” Soal Farah sewaktu memberhentikan keretanya kerana lampu isyarat berwarna merah.
“Dia lupa!” Selamba sahaja Zira menjawab. Farah ketawa tak henti-henti. Zira turut ketawa setelah melihat Farah yang tidak henti-henti ketawa.
“Apa yang lucu sangat?” Soal Zira sambil tersenyum.
“Macam manalah sampai boleh lupa isteri. Zakuan… Zakuan…” Jawab Farah dan kembali menyambung tawanya.
Apabila lampu isyarat bertukar kepada warna hijau, Farah kembali memandu hingga ke tempat kerja mereka.
Di dalam kereta, fikiran Zira melayang. Dia teringatkan Zakuan. Mungkin dia tidak dapat menerima kata-kataku semalam. Sebab itulah dia terus keluar tanpa menunggu aku. Tak mengapalah. Aku yang bersalah! Tapi aku lakukan begitu supaya dia tidak berkecil hati nanti. Tapi, betulkah tindakan aku itu?
Setengah jam kemudian mereka sampai di ruang tempat letak kereta pejabat. Dia dan Farah beriringan masuk ke dalam pejabat.
"Morning," sapa Faris apabila melihat kelibat Zakuan pagi itu.
Zakuan tidak menjawabnya, hanya senyuman hambar dilemparkan pada Faris.
"Apa nie? Pagi-pagi lagi dah mendung. Pengantin baru mana boleh begini.." Usik Faris lagi. Dia mendekati Zakuan.
"Tak ada apa-apa." Balas Zakuan pendek.
"Ataupun kau sayang nak tinggal isteri di rumah?" Faris masih lagi menyakat Zakuan.
"Tak adalah... mengarut saja kau nie! dia pun dah mula kerja hari ini." Jawab Zakuan lalu menghidupkan suis komputernya.
Tiba-tiba Zakuan tersentak. Dia teringatkan yang dia lupa untuk menghantar Zira ke pejabat. Dia gelabah, dia mengambil kunci kereta di atas mejanya lalu menuju ke pintu.
Faris tercengang-cengang melihat gelagat rakannya itu.
"Kau nak ke mana pula?" Soal Faris kehairanan.
"Aku nak balik sekejap." Kata Zakuan.
"Baru sampai dah nak balik? Aii... rindu sangat pada isteri ke?" Usik Faris lalu ketawa besar.
"Aku lupa yang isteri aku tu tak ada kereta. So, aku sepatutnya hantar dia ke office.. tapi aku terus keluar macam tu aje!" Terang Zakuan cemas.
Faris ketawa besar apabila mendengar kata-kata Zakuan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Macam manalah kau nie Zakuan. Sampai lupa isteri... agaknya merajuklah Zira tu bila kau tinggalkan dia."
Faris menghabiskan sisa tawanya.
"Itulah aku nak balik ke rumah semula nie." Balas Zakuan.
"Better kau call dia di pejabat dulu. Manalah tahu dia dah sampai ke pejabat." Cadang Faris kepada Zakuan.
Zakuan diam berfikir. Kemudian dia menganggukkan kepalanya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan nombor telefon pejabat Zira. Dia menunggu seketika.
Sedang Zira asyik menikmati kopi panas di tepi tingkap biliknya, telefon di atas mejanya berdering.
Cepat-cepat dia menghampiri mejanya dan mengangkat ganggang telefon dan melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Hello... Syarikat Ixora. Boleh saya bantu anda?" Ucapnya sopan.
"Err.. hello! Zira... Zakuan sini." Kedengaran suara serba-salah Zakuan di hujung talian.
Zira tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Zakuan makin resah apabila Zira mendiamkan diri begitu.
"Sorry..."
"Tak mengapa." Pantas Zira menjawab sebelum Zakuan menghabiskan kata-katanya.
"Zira tumpang Farah pagi nie." Beritahu Zira tanpa ditanya.
"Tengahari nanti kita lunch sama-sama," ajak Zakuan. Mungkin cuba untuk menebus kesalahannya.
Zira dia berfikir. Hatinya masih lagi pedih. Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan Zakuan untuk hari ini.
"Emm.. saya ada meeting pukul 12 tengahari nanti... tak tahu bila baru habis." Balas Zira perlahan.
Zakuan mengeluh perlahan, tetapi cukup untuk didengari oleh Zira.
"Kalau begitu... kita balik sama-sama. Nanti boleh singgah di rumah mak, ambil kereta Zira."
"Okey." Jawab Zira. Kemudian dia meletakkan ganggang telefon. Dia kembali termenung. Memikirkan kata-kata Zakuan tadi.
Dia sedaya-upaya cuba menjaga hati aku walaupun aku sudah berterus-terang padanya mengenai tanggapan aku padanya. Kenapa dia terlalu baik pada aku? Kenapa dia sanggup berkorban dengan mengahwini aku? Mengapa dia terlalu bodoh kerana mahu bertanggungjawab ke atas aku? Mengapa?
Sewaktu Zira berjalan beriringan dengan Farah di tempat letak kereta, Zakuan sedang enak bersandar di tepi keretanya. Apabila terlihat sahaja kelibat Zira, dia cepat-cepat menghampiri mereka berdua. Farah menyedari kehadiran Zakuan, lantas memberitahu kepada Zira.
“Cik abang datang jemput!” Usik Farah lalu tersenyum.
Zira berpaling ke arah tepi. Kelihatan Zakuan menghampiri ke arahnya dengan tergesa-gesa. Dari jauh lagi Zakuan melemparkan senyuman pada Zira dan Farah.
“Amboi!!! Senyum lebar nampak, ada apa-apa ke?” Tanya Farah bergurau sebaik sahaja Zakuan sampai.
“Tak ada apa-apalah.” Jawab Zakuan tersipu-sipu. Dia memandang Zira di sebelahnya. Dia memberikan senyuman pada Zira. Zira membalasnya.
“Apsal senyap pulak?” Soal Farah lagi.
Zira dan Zakuan memandang wajah antara satu sama lain. Mulut masing-masing bagaikan terkunci. Hanya mata sahaja memainkan peranan. Mereka saling merenung antara satu sama lain. Agak lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah Farah berdehem. Mereka berdua tersentak.
Farah hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Okaylah. Aku tak nak kacau korang berdua. Aku balik dulu.” Kata Farah lalu menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari situ.
“Kita nak ke mana?” Soal Zakuan pada Zira.
“Emm… kata nak ambil kereta saya di rumah mak?” Zira pula menyoal Zakuan.
Zakuan mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia memandang ke arah lain. Mereka berdua kembali diam. Hanya kedengaran bunyi kereta-kereta lain yang sedang terperangkap dalam kesesakan jalanraya.
“Kita pergi makan dulu.” Ajak Zakuan. Kali ini dia memandang wajah Zira.
Zira tidak menjawab. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Kemudian mereka berdua beriringan menuju ke kereta Zakuan.
Di dalam kereta, mereka kembali terdiam. Hanya lagu sahaja yang berkumandang keluar dari corong radio kereta itu. Masing-masing melayan perasaan.
“Sorry…” Sepatah ayat keluar dari mulut Zakuan. Zira pantas menoleh. Dia mengangkat keningnya tanda tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Zakuan.
“Pasal pagi tadi!” Sambung Zakuan kembali. Perlahan sahaja suaranya.
Zira kembali mengalihkan pandangannya ke arah depan. Dia mengeluh perlahan tetapi tidak dapat didengari oleh Zakuan.
“It’s okay!” Balas Zira lemah.
“Aku betul-betul lupa.”
“It’s okay!” Jawab Zira sekali lagi. Suaranya bergetar. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya. Hanya menunggu masa sahaja untuk gugur.
Air mata yang dia tahan-tahan dari tadi akhirnya gugur juga menuruni pipi mulusnya. Dia cepat-cepat menyapu air matanya. Tetapi tindakannya itu disedari oleh Zakuan. Zakuan cemas. Dia gelabah apabila melihat Zira menangis.
“Aku… aku… aku tak sengaja. Aku betul-betul lupa. I’m sorry… I don’t mean to…”
“Malam ini aku minta izin dari kau untuk tidur di rumah mak!” Belum sempat Zakuan menghabiskan kata-katanya, Zira sudah memintas.
Zakuan terkejut dengan permintaan isterinya itu. Tetapi, dia cuba menenangkan hatinya. Di kepalanya seribu penyesalan berlegar-legar. Menyesal kerana terlalu mengikut perasaan sehingga mengguris hati Zira.
Tanpa menjawab kata-kata Zira, dia membelok ke arah jalan yang menuju ke taman perumahan Zira.
Setibanya mereka di rumah Zira, kelihatan ayah dan ibu Zira sedang berehat-rehat sambil minum petang di laman rumah.
Mereka tidak menyangka akan kehadiran Zira dan Zakuan. Tetapi mereka senang hati dengan kepulangan anak dan menantu mereka.
Zira dan Zakuan bergegas menghampiri Encik Sahak dan Puan Kamalia. Mereka menyalami tangan Encik Sahak dan Puan Kamalia.
“Kenapa tak beritahu dulu nak balik?” Soal Puan Kamalia pada Zira.
Zira tidak menjawab, hanya tersenyum sahaja. Kemudian dia meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Zakuan hanya memandang saja Zira yang berjalan perlahan menuju ke dalam rumah lalu hilang dari pandangan matanya.
“Duduklah Zakuan. Mari minum sekali.” Ajak Encik Sahak lalu duduk kembali di kerusi.
Zakuan menganggukkan kepalanya lalu melabuhkan punggungnya di satu kerusi yang bersebelahan dengan ibu mertuannya. Puan Kamalia menuang air teh ke dalam cawan yang kosong lalu dihulurkan pada Zakuan. Tanpa berkata apa-apa Zakuan terus meminum air teh itu.
“Kau berdua datang ke sini sebab nak ambil kereta Zira ke?” Soal Encik Sahak.
“Iya ayah. Tapi, Zira kata dia nak bermalam di sini.” Jawab Zakuan teragak-agak.
“Habis, kau?” Soal ayah mertuanya lagi.
“Saya balik ke rumah saya.” Balas Zakuan perlahan.
“Kenapa pula? Kau pun tidur di sini sekalilah. Kau tak pernah lagi tidur di sini.” Kata ibu mertuanya pula.
Zakuan mula serba-salah. Dia cuba memberikan alasan untuk mengelakkan dari bermalam di situ, tetapi ayah dan ibu Zira beria-ia menyuruhnya bermalam di situ juga. Mahu tak mahu, dia terpaksa bersetuju. Kalau boleh dia tidak ingin mengganggu Zira. Dia mahu membiarkan Zira bersendirian.
Setelah di kaki langit sudah bertukar warna, mereka bertiga beriringan masuk ke dalam ke rumah. Di dalam fikiran Zakuan, bermacam-macam yang dia fikirkan.
Apa pula kata Zira jika dia melihat aku masih di sini sedangkan dia seperti tidak mahu melihat wajahku? Memang salah aku kerana terlalu mengikut perasaan. Aku tidak boleh memaksa dia menerima aku kerana pernikahan kami bukan kehendak dirinya. Aku yang memaksa dia membuat keputusan begini. Aku yang harus dipersalahkan jika apa-apa yang berlaku. Kenapa aku terlalu terburu-buru?
Dalam dia berperang dengan perasaan sendiri, tanpa sedar dia sudah sampai di hadapan bilik Zira. Dia mengangkat tangannya untuk mengetuk pintu bilik, tetapi niatnya itu terbantut.
Dia mundar-mandir seorangan di luar bilik. Ketika dia hendak mengangkat tangan untuk mengetuk pintu kali kedua, tiba-tiba sahaja pintu bilik dibuka. Kelihatan Zira yang sudah siap bersiram. Dia memandang wajah Zakuan dengan pandangan yang lembut.
“Masuklah.” Ucapnya perlahan lalu membuka pintu dengan lebih luas lagi untuk memberi laluan pada Zakuan masuk.
Perlahan-lahan Zakuan melangkah masuk ke dalam bilik. Ini adalah kali kedua dia melangkah masuk ke dalam bilik itu selepas malam penikahan mereka dulu.
“Saya dah sediakan tuala dan kain pelikat untuk awak. Awak pergilah mandi dulu. Kemudian kita berjemaah sama-sama.” Kata Zira sambil tangannya lincah membantu Zakuan yang terkial-kial membuka tali leher. Zakuan agak terkejut dengan perlakuan mesra Zira. Tetapi dibiarkan sahaja malah hatinya senang dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Zira. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Zira sudah tidak marahkannya lagi. Tidak sampai seminit, Zakuan sudah menghilang ke dalam bilik air.
Zira sudah melelapkan mata selepas solat Isyak. Dia tidak menjamah makan malam dengan alasan tidak berselera. Kira-kira pukul dua pagi, dia terjaga. Dikerling ke sebelah. Tiada Zakuan. Di mana dia tidur malam ini? Bantal dan gebar tiada di sebelah. Tiba-tiba dia terdengar dengkuran kecil. Dia menjengukkan kepalanya ke bawah.
Zakuan! Suaranya hanya bergema di dalam hati. Kelihatan suaminya itu sedang tidur mengerekot kesejukan di atas lantai. Tiba-tiba sahaja hatinya digamit rasa pilu yang teramat sangat. Air mata menitis laju menuruni pipi mulusnya.
Pantas dia turun dari katil lalu mendekati Zakuan yang sedang lena. Dia memegang tangan Zakuan lalu diusapnya perlahan. Kemudian dia menggerakkan tangan Zakuan perlahan sambil memanggil nama Zakuan. Sekali dipanggil, Zakuan masih lena. Kali kedua Zira memanggil, barulah Zakuan bergerak sedikit lalu mencelikkan matanya.
“Kenapa tidur atas lantai. Katilkan ada?” Tanya Zira. Zakuan tidak menjawab, sebaliknya terus bangun lalu bersila. Dia kelihatan mamai sedikit.
“Tidurlah atas katil.” Pinta Zira perlahan. Tidak sanggup dia melihat Zakuan tidur tanpa beralas di atas lantai. Tanpa banyak bicara, Zakuan bangun lalu mengambil bantalnya dan menyambung tidurnya yang terganggu tadi. Tak sampai beberapa ketika, kedengaran kembali dengkuran. Zira juga turut merebahkan dirinya setelah menyelimutkan Zakuan dengan gebar. Dia mengiring ke arah Zakuan. Dia menatap wajah Zakuan dalam kesuraman cahaya lampu tidur. Walaupun sudah hampir seminggu dia bernikah dengan Zakuan, tidak pernah sekalipun Zakuan menyentuhnya. Kadang-kadang dia rasa amat bersalah kerana mengekang nafsu suaminya itu. Tapi dia sendiri amat takut untuk disentuh. Bagaikan terbayang-bayang Azahari yang menodainya dulu. Dia gerun!
Wajah Zakuan ditatap lagi. Pertama kali dia dapat memerhatikan dengan lebih dekat wajah suaminya. Keningnya yang lebat dan hampir bertemu kedua-duanya. Kulitnya sawo matang dan mempunyai sedikit kumis. Perlahan matanya beralih ke bibir yang merah tanda Zakuan bukanlah seorang perokok. Zira mengeluh perlahan. Memang suamiku amat tampan dan bisa mengegarkan perasaan perempuan lain. Tapi, mengapa dia mengorbankan dirinya untuk perempuan yang sudah tidak suci seperti aku ini? Apa istimewanya aku ini di matanya? Tanpa disedari, tangannya sudah mengelus-elus pipi Zakuan dengan lembut.
Maafkan aku Zakuan. Kau terseksa dalam pernikahan kita ini. Aku tak mampu untuk menjadi seorang isteri yang baik buatmu. Aku juga sebenarnya tak layak untuk menjadi isterimu sekalipun. Tapi, aku sendiri pun tidak mengerti mengapa aku begitu lembut hati mengikut kehendak ayah dan mak. Aku tak sepatutnya menyeksa batin kau. Cuma…
Tiba-tiba Zakuan membuka matanya apabila terasa lenanya terganggu dengan usapan lembut jemari Zira di pipinya. Dia memandang wajah Zira yang sudah banjir dengan air mata. Zira tergamam seketika. Dia pantas menarik tangannya dari pipi Zakuan dan mengalihkan badannya lalu membelakangi Zakuan.
“Tak baik tidur membelakangkan suami.” Perlahan sahaja suara Zakuan menerpa ke telinga. Apabila mendengar kata-kata Zakuan dia pantas baring menelentang. Matanya tepat memandang siling bilik tidur itu. Zakuan pula tersenyum melihat kelakuan Zira. Walaupun Zira tidak dapat menerima dirinya sebagai seorang suami, sekurang-kurangnya Zira tidak pernah membantah kata-katanya.
Perlahan-lahan Zakuan memaut pinggang Zira. Hati Zira berdebar kencang. Pertama kali Zakuan cuba memesrainya di tempat tidur. Kalau di rumahnya, dia tidak berpeluang untuk memesrai Zira kerana dia sendiri tidur di bilik bacaannya. Bukan Zira yang menghalau, tapi dia sendiri yang membuat keputusan begitu. Akhirnya dia sendiri yang menyesal. Hendak menarik semula perbuatannya, terasa malu.
Melihat tiada reaksi dari Zira, Zakuan memberanikan diri dengan menarik Zira rapat kepadanya. Pelukannya makin erat dan kemas. Zira hanya mendiamkan diri, cuma jantungnya berdegup dua kali lebih pantas dari biasa.
“Jangan risau, aku hanya mahu memeluk kau sahaja.” Bisik Zakuan perlahan di telinga Zira. Dalam melayan perasaannya, Zira merasa begitu selesa berada dalam pelukan suaminya. Tapi dia tidak berani membalas pelukan Zakuan. Tidak lama kemudian, dia sendiri terlena di dalam pelukan hangat Zakuan.
Semalam mama dan ayah Zakuan bertolak ke Paris selama dua minggu setelah sebulan Zira menjadi menantu mereka. Walaupun telah dipujuk beberapa kali oleh mertuanya agar ikut serta, Zira menolaknya dengan alasan tiada cuti dan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Zakuan yang memahami perasaan Zira, turut menyokong keputusan isterinya itu dan berjanji akan membawa Zira berbulan madu setelah mereka bersanding kelak. Mama dan ayah Zakuan akur dengan keputusan anak dan menantunya.
Memandangkan hari ini hari minggu, Zira bercadang mahu memasak sahaja di rumah. Zakuan pula lebih suka jika mereka pergi bersiar-siar sahaja untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Zira berkeras mahu memasak dan mengajak Zakuan menemaninya ke pasaraya untuk membeli barang untuk hidangan tengahari nanti. Mak Jah awal-awal lagi sudah keluar melawat anak saudaranya yang terlantar di hospital akibat kemalangan. Mungkin petang baru pulang.
Pagi itu selepas menikmati sarapan, Zakuan menemani Zira ke pasaraya. Setelah hampir sejam mereka berkurung dalam pasaraya, barulah mereka pulang ke rumah. Zira membawa masuk barang-barang ke dalam rumah sementara Zakuan pergi menutup pintu pagar.
Sebaik sahaja sampai ke dapur, Zira terus menyinsing lengan bajunya lalu memunggah barang-barang yang dibelinya tadi bersama Zakuan.
Dia mengeluarkan ayam untuk dipotong-potong dan dibersihkan. Ketika dia sedang memotong ayam, Zakuan baru sahaja menjengahnya di dapur. Dia tersenyum kepada isterinya lalu duduk di kerusi. Zira membalas senyuman suaminya.
“Awak nak minum?” Soal Zira sambil tangannya lincah memotong kaki ayam.
Zakuan menggelengkan kepalanya lalu tersenyum lagi. Dia sebenarnya bersyukur kerana Zira tidak lagi membahasakan dirinya ‘aku’ dan memanggil dia ‘kau’. Satu perubahan yang amat menyenangkan hatinya. Dia sebenarnya takut kalau-kalau mama dan ayahnya terdengar panggilan Zira buatnya seperti itu. Tentu mereka berasa seperti sesuatu yang berlaku antara dia dan Zira. Sebenarnya dia ingin sekali mendengar Zira memanggilnya ‘abang’ atau panggilan yang lebih mesra dari itu. Namun, buat masa sekarang nampaknya tidak ada harapanlah untuk mendengar Zira memanggilnya sebegitu.
“Boleh saya tolong?” Zakuan menawarkan khidmatnya untuk membantu Zira.
“Tak mengapalah. Biar saya buat.” Jawab Zira lalu mengangkat ketulan-ketulan kecil ayam ke sinki untuk dicuci.
“Biarlah saya tolong awak. Sekurang-kurangnya awak tak penat nanti nak siapkan seorang diri.” Balas Zakuan lalu bangun mengambil pisau dari dalam laci di sudut tepi kabinet dapur.
“Baik. Awak nak kupas bawang atau nak potong sayur?” Soal Zira senang hati dengan sikap ringan tulang suaminya itu.
“Ermm… biar saya kupas bawang sajalah.” Jawab Zakuan lalu menarik bakul bawang merah di hadapannya.
“Awak potong sayur sajalah. Nanti pedih mata bila kupas bawang.”
“Tak apa.” Zakuan sudahpun mengambil bawang lalu dikupasnya dengan menggunakan pisau. Zira membiarkan sahaja Zakuan. Dia kemudiannya beralih ke sinki untuk mencuci ayam. Sedang dia leka membuang kulit dan lemak ayam, kedengaran suara Zakuan seperti orang kesakitan. Pantas dia menoleh. Dilihatnya zakuan sedang memejamkan matanya.
“Kenapa dengan awak? Luka?” Soal Zira cemas. Dia bergegas mendapatkan Zakuan. Dibeleknya jari Zakuan. Tak ada darah pun, luka pun tak ada.
“Pedihlah mata saya.” Perlahan sahaja Zakuan berkata-kata. Zira berpaling pada wajah Zakuan yang masih memejamkan matanya lalu ketawa kecil.
“Itulah… tadi sayakan dah beritahu. Degil, nak kupas bawang juga. Kita dah kasi choice lagi. Nak tunjuk terrorlah tu.” Zira menyambung kembali tawanya. Zakuan bingkas bangun dari kerusi lalu menuju ke sinki dan membasuh mukanya. Agak lama dia membasuh mukanya.
Zira mendekati Zakuan lalu memegang bahunya dan menghulurkan tuala kecil. Zakuan menoleh. Kelihatan matanya merah. Zira ketawa lagi. Zakuan juga ketawa.
“Gelak saja, bukannya nak tolong saya.” Rungut Zakuan sambil mengambil tuala kecil itu dari tangan Zira. Zira tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum.
Sebenarnya Zakuan amat senang hati apabila melihat Zira ketawa. Paling tidak pun tersenyum. Dia tidak mahu melihat wajah orang yang dicintainya itu muram dan tidak bermaya.
“Sudahlah. Tak payahlah awak tolong saya. Ini kerja perempuan, awak pergilah ke depan. Tengok tv ke… baca paper ke.” Suruh Zira. Zakuan menganggukkan kepala lalu menghulurkan kembali tuala kecil itu kepada Zira. Sesaat kemudian, dia berpaling dan beredar dari kawasan dapur. Zira pula menyambung kerjanya kembali.
Sedang Zira sibuk mengacau ayam masak merah dalam kuali yang bertenggek di atas dapur, terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia menoleh. Zakuan tersenyum memandangnya.
“Wanginya… perut saya dah nyanyi lagu rock nie. Bila boleh makan?” Gurau Zakuan.
“Sekejap lagi.” Jawab Zira. Dia cuba melonggarkan pelukan tangan Zakuan di pinggangnya. Tapi Zakuan semakin mengeratkan pelukannya. Seketika Zira merasa malu.
“Awak nie…” Rungut Zira.
“Bukannya ada orang nampak. Kita berdua saja dalam rumah nie.” Kata Zakuan yang menyedari ketidakselesaan Zira diperlakukan begitu. Akhirnya Zira membiarkan sahaja Zakuan memeluknya.
“Apa menu awak masak hari nie?” Soal Zakuan lalu melepaskan rangkulannya. Dia berdiri di sebelah Zira.
“Hari ini saya masak ayam masak merah, kailan goreng ikan masin, labu masak lemak cili padi dan sambal belacan. Opss… lupa ada ulam timun dan kacang botol.” Terang Zira bersemangat.
“Sedap tu. Kecur air liur saya.” Balas Zakuan. Zira hanya tersenyum mesra.
Setelah ayam masak merah masak. Zira menghidangkan masakan tersebut di atas meja di dapur itu. Sebelum itu dia sudah menyiapkan hidangan sayur campur, ikan masin gorang dan sambal belacan bersama ulaman. Begitu juga dengan air minuman. Semuanya sudah terhidang.
“Jemputlah duduk. Kita makan sekarang.” Zira mula menyendukkan nasi ke dalam pinggan lalu menghulurkannya kepada Zakuan yang sudah duduk menghadap hidangan. Dia kemudian menuangkan air sirap ke dalam gelas dan diletakkan di tepi pinggan Zakuan.
“Awak tak nak makan sekali?” Tanya Zakuan apabila melihat Zira hanya menyendukkan nasi buatnya.
“Awak rasa dulu masakan saya nie. Kalau awak rasa OK, baru saya makan .” Balas Zira lalu duduk di kerusi.
“OK. Biar pakar rasa merasa dulu hidangan hari ini.” Zira berdebar menanti reaksi dari Zakuan. Selama dia tinggal di situ, tidak pernah sekali pun Mak Jah membenarkannya memasak. Walaupun puas dirayu, Mak Jah tetap berkeras. Dia hanya berkata bahawa dia diberi gaji untuk melayan orang dalam rumah ini dari segi makan dan minum serta mengemas. Tak perlu menyusahkan diri hendak membantunya memasak sedangkan dia dibayar untuk membuat kerja tersebut. Tambahnya lagi,dia masih mampu untuk memasak buat orang dalam rumah ini. Ada-ada saja Mak Jah nie!
“Hmmm… not bad! Setanding dengan Mak Jah. Kalau tiap-tiap hari Zira masak macam nie, alamatnya gemuklah abang.” Zakuan memberhentikan suapannya. Dia sebenarnya terperanjat dengan kata-katanya sendiri. Entah kenapa ringan sahaja mulutnya membahasakan dirinya ‘abang’. Dia memandang wajah Zira.
Zira hanya tersenyum seperti tidak terperasan akan kata-kata Zakuan tadi. Sebenarnya dia juga terperanjat mendengar Zakuan membahasakan dirinya begitu. Dia tahu, dia begitu berat untuk memanggil Zakuan dengan panggilan yang lebih mesra dari ‘awak’. Tapi, entah kenapa setiap kali dia cuba untuk menyebutnya, lidahnya seakan kelu.
“Kalau saya masak macam nie selalu, alamatnya Mak Jah kena resignlah.” Zira bergurau untuk menutup rasa debar di dalam hatinya. Zakuan ketawa besar setelah mendengar kata-kata isterinya. Zira juga sekarang sudah pandai bergurau. Rasanya dia tidak silap membuat keputusan menikahi Zira. Dirasakan hidupnya sudah sempurna dengan kehadiran Zira di sampingnya.
Kemudian Zira menyendukkan nasi ke dalam pinggannya dan sama-sama menikmati hidangan tengahari itu dengan berselera sekali.
“Mak Jah!!!” Zira menjerit memanggil Mak Jah yang sudah bersiap sedia untuk ke pasar pagi itu. Mak Jah yang mendengar laungan Zira, terkocoh-kocoh menghampiri Zira yang sedang berdiri di ambang pintu.
“Ada apa Zira?” Soal Mak Jah termengah-mengah. Zira ketawa kecil di samping sedikit kekesalan di hatinya kerana membuatkan Mak Jah seperti sesak nafas.
“Mak Jah dah hendak ke pasar ke?’ Soal Zira sambil tangannya memeluk mesra lengan orang tua itu. Mak Jah hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“Zira ada hendak pesan apa-apa?” Giliran Mak Jah pula menyoal Zira seakan mengerti perasaan Zira.
“Ada. Nanti Mak Jah tolong belikan epal merah, anggur, oren dan buah pir ye! Teringinlah nak makan buah. Beli banyak-banyak ye Mak Jah.” Ucap Zira sambil menelan air liur apabila terbayangkan keenakan buah-buahan yang disebutnya tadi.
“Baiklah, nanti Mak Jah belikan. Ada apa-apa lagi?” Soal Mak Jah semula. Zira hanya menggelengkan kepalanya lalu tersenyum. Tidak lama kemudian Mak Jah berlalu dengan dihantar oleh pemandu ayah mertuanya.
Sementara menunggu Mak Jah pulang dari pasar, Zira mengambil kesempatan memasak puding kentang. Waktu Mak Jah tiada di rumah beginilah dia dapat memasak di dapur. Hmmm… bila Mak Jah balik nanti, pasti dileternya. Zira ketawa seorang diri. Zakuan pula tiada di rumah kerana dihantar bertugas ke luar daerah selama seminggu hari. Selepas subuh tadi dia bertolak.
Hari ini Zira mengambil cuti. Pagi-pagi lagi dia berasa sedikit pening kepala. Pada mulanya memang dia mahu ke pejabat, tapi Zakuan menghalang dan menyuruhnya berehat saja di rumah. Setelah menelan dua biji panadol, peningnya itu agak berkurangan. Setelah memasak puding kentang, Zira berehat sambil menonton tv di ruang tamu. Entah bila mana dia tidak sedar yang dia terlelap di atas sofa sehinggalah dikejutkan oleh Mak Jah yang baru pulang dari pasar.
“Mengapa tidur di sini?” Tanya Mak Jah. Zira yang baru bangun dari lenanya sedikit terpinga-pinga.
“Bila Mak Jah balik?” Zira menggosok-gosok matanya dan membiarkan pertanyaan Mak Jah begitu sahaja.
“Baru balik. Masuk saja tengok pintu tak bertutup. Tv pula terpasang. Tuan rumah, lena beradu di pembaringan.” Zira ketawa mendengar kata-kata Mak Jah. Sindir akulah tu, desis Zira di dalam hati.
“Ada Mak Jah belikan buah-buahan yang saya kirim tadi?” Soal Zira tidak sabar. Kecur liurnya apabila melihat bungkusan buah-buahan di tangan Mak Jah. Lantas dia bangun dan membantu membawa barang-brang yang dibeli oleh Mak Jah ke dapur. Mereka beriringan ke dapur.
Zira tanpa berlengah-lengah lagi mengeluarkan kesemua buah-buahan itu dan dimasukkan ke dalam sinki. Kemudian dia memulas paip sinki dan membasuh buah-buahan tersebut. Mak Jah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tangannya membuka pintu peti sejuk. Dia ketawa geli hati melihat perangai Zira yang seperti tidak sabar-sabar menjamah buah-buahan yang dibelinya itu.
“Zira, apa nie?” Suara Mak Jah kedengaran seperti terkejut.
“Apa dia Mak Jah?” Soal Zira agak terkejut lalu mendekati Mak Jah.
“Ini?” Jari Mak Jah memegang bekas yang berisi puding kentang yang Zira masak tadi.
“Puding kentang. Zira masak tadi.” Selamba sahaja Zira menjawab. Dia tahu Mak Jah pasti akan memarahinya kerana memasak semasa ketiadaannya.
“Bukankah Mak Jah dah kata…”
“Jangan cuba-cuba memasak semasa ketiadaan Mak Jah, kan?” Zira cepat-cepat memotong percakapan Mak Jah. Dia ketawa kecil. Dia sudah hafal dengan kata-kata itu kerana setiap kali dia memasak tanpa pengetahuan Mak Jah, pasti ayat itulah yang keluar dari mulut pembantu rumah itu.
“Habis tu, kenapa buat juga?” Mak Jah masih tidak berpuas hati. Sudah acap kali dia menegur Zira dan melarangnya daripada memasak, tapi wanita itu degil.
“Mak Jah, perempuan nie walaupun setinggi manapun kedudukannya dalam syarikat atau setinggi manapun jawatannya, dia tetap perlu ke dapur. Memasak untuk suami dan anak-anaknya. Biar suami dan anak-anaknya merasa makan ‘air tangan’ dia.” Ucap Zira sambil tangannya lincah menyusun buah-buahan ke dalam bakul di hadapannya itu.
Mak Jah tersenyum mendengar kata-kata Zira. Dia tidak menjawab kata-kata Zira. Yang sebenarnya, dia sudah tak kuasa untuk melarang isteri anak majikannya itu. Biarkanlah dia.
Zira pula sedang enak menikmati buah anggur. Sebiji-sebiji dimasukkannya ke dalam mulut. Segugus anggur itu dihabiskannya tidak sampai sepuluh minit. Kemudian dia mengambil buah pir pula. Berderap bunyinya ketika dia menggigit buah itu. Begitu lahap sekali dia makan buah itu sampai tidak menyedari Mak Jah sedang memerhatikannya dengan penuh minat.
Apabila dia mahu mengambil epal, barulah dia terperasan akan renungan Mak Jah terhadapnya. Dia berhenti mengunyap.
“Kenapa Mak Jah tengok Zira begitu?” Soalnya kehairanan.
“Tak ada apa-apa. Mak Jah tengok berselera sungguh Zira makan buah tu. Selalunya, tak begini.” Balas Mak Jah sambil tersenyum.
“Entahlah. Sedap pulak rasanya buah-buah nie. Selalunya biasa saja. Mak Jah tahu, sejak semalam lagi saya teringin nak makan buah-buah nie. Tapi, lupa pula hendak belinya semalam. Nasib baiklah Mak Jah pergi pasar hari ini, itu yang saya kirim pada Mak Jah.” Jawab Zira ramah. Dia kembali menyambung kunyahannya.
“Hai… tak lama lagi riuh-rendahlah rumah nie nanti.” Mak Jah kembali bersuara. Dia bangun lalu memunggah barang-barang yang dibelinya dari pasar tadi. Zira kembali kehairanan. Tidak memahami maksud kata-kata Mak Jah.
“Mengapa pula Mak Jah?”
“Kau tu, tak lama lagi jadi ‘mak buyung’.” Mak Jah ketawa besar lalu menyambung tugasnya. Apabila melihat Zira yang terpinga-pinga, bertambah besar ketawanya.
‘Mak buyung’? Tak mungkin. Zira yang memahami maksud kata-kata Mak Jah itu terdiam. Dia berlari-lari anak ke biliknya. Dia membuka diarinya di bahagian kalendar. Dia melihat bulatan merah yang sentiasa ada pada setiap bulan kecuali bulan lepas. Adakah aku…? Tak mungkin… takkanlah…
Dia berdebar-debar. Peluh dingin terbit di dahinya segera dikesat. Aku mesti buat pemeriksaan. Mesti!
“Tahniah Zira! Kau bakal menimang cahaya mata enam bulan lagi, insyaallah!” Ceria sekali Doktor Kalsom yang juga sahabatnya mengkhabarkan berita baik itu kepada Zira. Sedangkan wajah Zira pucat lesi tidak berdarah.
“Aku… aku mengandung?” Tergagap-gagap pertuturan Zira meminta kepastian dari Doktor Kalsom.
“Iya… kau pregnant! Hey… cheer up! Kau akan jadi seorang ibu. Come on… janganlah gelabah begini. Aku tahu, ini kali pertama kau mengandung. Normallah bagi seorang perempuan yang sedang mengandung nak sulung. Don’t worry, aku dengan senang hatinya akan menjadi doktor buat kau. Bolehlah aku menumpang jadi mama angkat pada anak kau nie” Ucap Doktor Kalsom dengan wajah yang berseri-seri.
Zira hanya membisu. Tiada apa yang dapat dikatakan buat masa sekarang. Lidahnya kelu. Dunia seakan gelap seketika. Ya Allah, mengapakah dugaan demi dugaan yang kau berikan kepada hamba-Mu yang lemah ini. Sedangkan peristiwa hitam dahulupun masih menghantui tidur malamku. Sekarang, di dalam rahimku terdapat satu nyawa yang tidak berdosa sedang menunggu masa untuk lahir ke dunia ini. Dan kehadirannya bukan aku nantikan selama ini.
Tiba-tiba dia teringatkan Zakuan. Hatinya baru terbuka untuk menerima lelaki itu di dalam hidupnya. Tapi, musibah lain pula yang datang. Mahukah dia menerima aku yang kotor ini bersama-sama dengan kandungan yang bukan dari darah dagingnya sendiri. Perkahwinan aku dengannya belumpun menjangkau dua bulan sedangkan kandunganku sudah pun berusia tiga bulan. Ya Allah, aku tidak sanggup untuk menghadapinya seorang diri. Kepada siapa untukku mengadu nasib? Tidak sekali-sekali kepada ayah dan emak. Sudah tentu mereka tidak dapat menerima kenyataan ini.
Tapi, kandungan ini semakin hari akan semakin membesar. Aku tidak akan dapat menyembunyikannya lagi. Bagaimana aku mahu berhadapan dengan Zakuan dan keluarganya? Jika perkara ynag sebenarnya terbongkar, sudah tentu mereka sekeluarga akan menanggung malu. Begitu juga dengan keluargaku!
“Hey, Zira! Apa yang kau menungkan?” Suara Doktor Kalsom tiba-tiba mematikan lamunannya. Dia memberikan senyuman hambar.
“Mana Zakuan? Takkanlah dia tak datang temankan kau. Takkanlah sibuk sampai tak ada masa nak temankan isteri ke klinik.” Sindir Doktor Kalsom secara bergurau. Zira tersenyum hambar.
“Dia out station. Ermm… kau jangan hebahkan kepada orang lain ya!” Ujar Zira sambil menggengam tangan sahabatnya itu.
“Nak buat surprise ya?” Pantas dia memintas kata-kata Zira.
Zira tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk lalu tersenyum kelat. Surprise? Aku mahu menyembunyikannya dari semua orang. Aku tidak mahu sesiapa pun yang mengetahui tentang kehadiran anak ini. Aku juga tidak mahu orang lain tahu bahawa aku sedang mengandungkan anak orang lain walaupun aku sudah berkahwin. Ini bukan anak Zakuan, bukann!!!! Dia seakan mahu bertempik. Tidak sanggup untuk menghadapi dugaan seperti ini.
“Aku minta diri dulu, Som. Terima kasih dan janji dengan aku yang kau takkan beritahu sesiapa pun.” Zira kembali mengingatkan Doktor Kalsom. Sahabatnya itu mengangguk tanda faham. Setelah mengambil ubat dan membuat pembayaran, dia beredar dari Klinik Semarak dengan hati yang sayu.
Ke mana arah tujuanku kini? Ke mana harus aku pergi? Bersembunyi atau berterus terang sahaja tentang kandungan ini pada Zakuan. Ya Allah… berikanlah aku kekuatan!
Pintu bilik tidur ditolak perlahan-lahan. Zira melangkah longlai lalu merebahkan badannya ke katil. Fikirannya betul-betul kusut. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di fikirannya, namun tiada jawapan yang dapat menyelesaikan segala persoalan tersebut.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan. Zira mendongak sedikit lalu berpaling ke belakang. Kelihatan Mak Jah sedang mengatur langkah sambil menatang dulang yang berisi segelas jus oren. Dengan malas Zira bangun lalu bersandar di kepala katil.
“Buat susah-susah saja Mak Jah nie. Zira boleh ambil sendiri.” Ujar Zira lalu melemparkan senyuman hambar.
“Tak ada susahnya Zira. Zirakan baru pulang, tentu penat. Lagipun Zakuan dah pesan pada Mak Jah supaya menjaga Zira sepanjang ketiadaannya.” Balas Mak Jah lembut. Sejuk hati Zira mendengar butir kata Mak Jah.
“Zira ke mana tadi? Pagi-pagi lagi keluar.” Mak Jah menyoal ramah. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil mengunjukkan jus oren kepada Zira. Zira menyambutnya lalu meneguk sedikit. Kemudian dia meletakkan gelas tersebut di meja kecil bersebelahan dengan katilnya.
“Tak ke mana… saja ambil angin. Bosan di rumah.” Bohong Zira. Mak Jah tersenyum melihat gelagat isteri kepada anak tuan rumahnya.
“Rindu pada Zakuan ya?” Usik Mak Jah lalu tersenyum lebar. Pipi Zira merona merah menahan malu. Terdetik hatinya apabila perkataan ‘rindu’ disebut. Rindukah aku padanya? Dan rindukah dia pada diriku?
“Taklah, Mak Jah nie… pandai menyakat saya.” Balas Zira turut tersenyum.
“Manalah tahu ada orang rindu. Lagipun mana pernah kena tinggal sorang-sorangkan.” Usik Mak Jah lagi sambil ketawa.
“Tak adalah… Mak Jahkan ada temankan Zira.” Pintas Zira memeluk Mak Jah dengan erat. Mak Jah membalas pelukan Zira dengan mengusap-usap belakang Zira. Seketika Zira merasa selamat di dalam pelukan Mak Jah yang sudah dianggap bagai ibunya sendiri.
“Mak Jah ada masakkan tomyam. Zira sukakan? Mari makan panas-panas, sedap!” Ajak Mak Jah sambil memegang tangan Zira.
“Tom yam? Sedapnya… lama Zira tak makan tom yam.” Seleranya tiba-tiba sahaja terbuka. Kecur air liurnya pabila membayangkan keenakan tom yam yang dimasak oleh Mak Jah.
“Kalau begitu, biar Mak Jah hidangkan nasi. Sekejap lagi Zira turun makan ya!” Balas Mak Jah bersemangat. Suka benar dia apabila masakannya disukai oleh Zira.
“Okey. Tapi Zira nak mandi dan sembahyang dulu. Nanti bila dah selesai, Zira turun makan. Kita makan sekalilah Mak Jah.” Pantas Zira mengucup pipi Mak Jah. Terpempan seketika Mak Jah dengan tindakan Zira. Tapi, hanya seketika dan akhirnya Mak Jah ketawa mengenangkan perangai Zira akhir-akhir ini yang agak manja. Pembawaan budak agaknya, teka Mak Jah di dalam hati sambil tersenyum senang.
Mak Jah memerhatikan gelagat Zira yang sedang enak menghirup kuah tom yam, masakannya. Begitu berselera! Tidak pernah dia melihat Zira begitu berselera menghadap makanan. Diperhatikan pula wajah Zira yang begitu berseri-seri sejak akhir-akhir ini. Seperti orang sedang berbadan dua. Ingin sekali dia bertanya kepada Zira. Namun, kerongkong bagaikan tersekat.
“Kenapa Mak Jah tak makan? Dari tadi asyik pandang Zira makan saja. Nanti habis semua lauk nie, jangan marah Zira pulak.” Zira bersuara apabila melihat nasi di pinggan Mak Jah tidak luak. Sebaliknya Mak Jah begitu kusyuk memerhatikan dirinya.
“Emmm… sedap Mak Jah masakkan tom yam tu Zira?” Soal Mak Jah sambil tersengih.
“Sedap sangat!! Apa saja yang Mak Jah masak, semuanya sedap.” Kata Zira bersungguh-sungguh.
“Sebelum ini, Mak Jah tengok Zira selalu tak berselera nak makan. Tapi, sekarang nie Mak Jah rasa macam sikit sangat Mak Jah masak.”
“Iya ke? Entahlah Mak Jah, saya pun hairan dengan selera saya. Asyik nak makan saja. Lama-lama kalau begini, montellah Zira!” Meledak tawa Zira. Mak Jah turut ketawa bersama.
“Agaknya montel bahagian depan kot?” Duga Mak Jah. Spontan ketawa Zira terhenti. Dadanya berdegup kencang. Mak Jah sudah dapat meneka apa yang terjadi padaku?
“Ma… macam mana Mak Jah tahu?” Terketar-ketar bibir Zira menyoal Mak Jah. Wajahnya pucat dan seleranya mati tiba-tiba.
“Zira… Zira… Mak Jah nie sudah makan garam terlebih dulu dari Zira tau! Lagipun Mak Jah sendiri ada dua orang anak. Mestilah Mak Jah tahu tanda-tanda orang sedang berbadan dua.” Balas Mak Jah lalu tersenyum simpul.
Zira tersenyum kelat. Tiada guna lagi dia mengelak. Mak Jah terlebih dahulu mengetahuinya. Bagaimana harus dia lakukan sekarang. Berterus-terang atau hanya mendiamkan diri. Jika dia berterus-terang, bagaimana pula tanggapan Mak Jah terhadap dirinya. Mungkin Mak Jah akan menganggap dia seorang perempuan yang tidak bermoral. Dan mungkin menganggap dia memaksa Zakuan bertanggungjawab pada dirinya. Bagaimana harus aku lakukan sekarang?
“Dah berapa bulan?” Suara Mak Jah menyentak lamunannya. Matanya tepat memandang wajah Mak Jah yang sedang tersenyum.
“Hampir dua bulan, Mak Jah.” Jawabnya perlahan. Arghh… maafkan Zira Mak Jah. Zira terpaksa berbohong.
“Ini bunting pelamin. Alhamdulillah… dapat juga Puan Zaharah dan Encik Roslan menimang cucu. Dah lama mereka berdua tu menanti kedatangan cucu pertama dalam keluarga ini. Nanti, Mak Jah bolehlah tumpang bermanja.” Zira tersenyum kelat mendengar kata-kata Mak Jah. Terasa bagaikan duri menyusup masuk ke dalam gegendang telinganya.
“Nampaknya Mak Jah kena masak makanan yang berkhasiat untuk Zira. Jangan risau, Mak Jah akan masakkan yang sedap-sedap untuk Zira makan.” Mak Jah begitu gembira apabila mengetahui Zira sedang hamil. Di fikirannya sudah tergambar resepi-resepi yang akan dimasakkan untuk Zira.
“Zakuan sudah tahu berita gembira nie? Dia mesti tak sabar-sabar nak pulang bila dapat tahu yang dia bakal menjadi ayah tak lama lagi. Tuan dan puan pun mesti suka!” Mak Jah tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Sedang Zira bagaikan sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Ayah dan ibu mertuanya mungkin dia dapat menyembunyikan apa yang telah berlaku kepada dirinya. Tetapi, pada Zakuan… mahukah dia menerima aku dalam keadaan aku yang kini sedang mengandungkan benih dari lelaki jahanam itu? Tegakah dia menerima aku dalam keadaan ini? Ya ALLAH, aku begitu takut untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan datang…
“Zira… Zira…” Panggil Mak Jah beberapa kali apabila melihat Zira bagaikan sedang mengelamun.
“Ya Mak Jah…?” Terkebil-kebil matanya memandang wajah Mak Jah yang sedang kehairanan melihat kelakuan Zira.
“Kenapa dengan Zira? Tadi Mak Jah tengok Zira gembira saja, sekarang tiba-tiba saja…” Kata-kata Mak Jah tergantung begitu sahaja. Zira mengorak senyuman hambar.
“Tak ada apa-apa Mak Jah. Emmm… jangan kalau mama atau ayah call, jangan beritahu tentang hal ini ya. Zakuan pun begitu.” Perlahan saja tutur Zira tanpa menatap wajah Mak Jah. Matanya hanya memandang pinggan nasinya yang masih bersisa.
“Yalah… ini mesti hendak suprisekan mereka, kan?” Mata Mak Jah bersinar ceria.
Hendak tak hendak, Zira terpaksa menganggukkan kepalanya. Mak Jah tersenyum simpul.
Mak Jah… maafkan Zira kerana membohongi Mak Jah. Bukan Zira sengaja, tapi keadaan yang memaksa. Zira sayangkan Mak Jah. Namun begitu, Zira bukanlah seorang perempuan yang baik. Zira ini sebenarnya kotor. Zira tak layak tinggal di rumah ini. Malah langsung tak layak menjadi menantu mama dan ayah. Zira yang bersalah kerana menyeret Zakuan dalam permasalahan Zira. Zira tak sepatutnya menyetujui pernikahan ini. Zira sepatutnya pergi… pergi jauh dari sini…
Angin petang berpuput lembut menyapa tubuhnya yang sedang berehat di kerusi taman. Zira mengelamun jauh sambil memikirkan nasib diri. Fikirannya benar-benar kusut. Zakuan… haruskah aku berterus-terang kepada kau? Sanggupkah engkau menerima aku dengan kandungan ini? Tegakah kau untuk menerima kenyataan ini?
Sejenak, terlintas wajah tampan Azahari. Mengapakah Azahari tidak sebaik Zakuan? Di saat hati ini sudah mula mahu menerima kehadirannya walaupun sudah puas aku bajai dan kupupuk, dia pula membuat onar. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Jika tidak, mungkin sekarang aku sudah bergelar Puan Azahari. Zira berkata-kata seorang diri. Tersenyum sumbing dia apabila memikirkan dia bergelar Puan Azahari. Alamatnya, setiap hari berendam air matalah aku melihat perangai kasanova lelaki itu. Silap-silap gaya, tak sampai setahun aku akan menyandang gelaran janda!
Namun begitu, Zira bersyukur kerana tekad memutuskan pertunangan dengan Azahari dan dapat melarikan diri dari terus dikuasai oleh lelaki itu. Tetapi, dirinya tidak habis-habis diuji. Walaupun dia berjaya melepaskan diri dari Azahari, namun dengan kehadiran orang baru di dalam rahimnya, dia seakan semakin terikat dengan lelaki itu. Bayangkanlah jikalau Azahari mengetahuinya…
Bagaimana jika Azahari mengetahui bahawa kandungan ini adalah zuriatnya? Bagaimana pula jikalau dia menghebahkan kepada keluarga aku dan keluarga Zakuan bahawa aku sudah tidak suci sewaktu Zakuan mengahwini aku? Dan kandungan ini, pastinya miliknya! Dan bagaimana pula jika dia cuba untuk menuntut haknya iaitu bayi dalam kandungan ini? Bagaimana kesudahannya nanti? Akan terputuskah ikatan perkahwinan antara aku dan Zakuan? MasyaALLAH, jauhnya aku membuat andaian… Zira meraup wajahnya dengan tapak tangannya lalu mengeluh perlahan.
Setitis air mata jatuh membasahi pipi mulusnya. Dadanya begitu sebak. Tidak sanggup rasanya untuk menghadapi kenyataan andainya ia terbongkar. Tetapi, di mana harus aku menyembunyikan diri? Aku kini isteri orang. YA ALLAH, sesungguhnya aku buntu… Terisak-isak dia seorang diri di atas bangku di taman.
Sedang dia berteleku, telinganya menangkap enjin kereta memasuki perkarangan banglo itu. Hatinya berdetik, Zakuankah? Awalnya dia pulang, sepatutnya esok! Cepat-cepat dia menyeka sisa air mata di mata dan pipinya.
“Hai, sayang!” satu suara menyapanya dari tepi dan suara itu memang agak asing dari pendengarannya. Pantas dia berpaling ke kiri sambil melemparkan senyuman mesra. Namun, senyuman itu hanya seketika apabila dia melihat gerangan lelaki di sebelah. Dadanya berdebar kencang. Perlahan-lahan dia bangun.
“Kau??” ucapnya perlahan namun cukup untuk didengari oleh lelaki yang sedang berdiri dengan kedua-dua belah tangannya menyeluk kocek seluar.
“Ya, aku! Hmmm… besar juga rumah mertua kau.” Ucap lelaki itu sambil melemparkan pandangan ke arah banglo mewah yang tersergam indah sambil bercekak pinggang.
“Apa yang kau mahu dan bagaimana kau tahu aku tinggal di sini?” Tanya Zira cemas. Matanya meliar ke arah banglo mencari kelibat Mah Jah. Dia risau jika lelaki itu mahu mengapa-apakannya. Dadanya berdegup semakin deras.
“Aku Azahari, peguam terkenal. Satu bandar kenal siapa aku. Aku banyak contact. Bukannya susah mahu menjejak kau.” Terpamer riak bangga di wajah Azahari. Dia tersenyum sinis. Kemudian perlahan-lahan berjalan mengelilingi Zira yang sedang berdiri tegak bagaikan patung.
“Kau semakin cantik sejak bergelar Puan Zakuan.”Azahari berbisik begitu hampir hingga terasa hembusan nafasnya di cuping telinga Zira. Zira mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya. Hatinya semakin berdebar. Entah apa tujuan Azahari datang ke banglo itu.
“Tolonglah, jangan ganggu aku lagi. Antara kau dan aku, sudah tiada apa-apa hubungan. Aku kini isteri orang.” Zira bersuara perlahan dan sayu. Azahari hanya tersengih mendengar kata-kata Zira.
“Sepatutnya kau menjadi isteri aku. Tapi, kau yang tolak aku mentah-mentah dan sanggup berkahwin dengan jantan yang bodoh tu!” Suara Azahari meninggi. Matanya sengaja dibeliakkan kepada Zira. Zira semakin gugup dan air matanya sudah bergenang.
“Aku mempunyai hak untuk menentukan siapa pasangan hidup aku. Kau yang memaksa aku membuat keputusan begitu.” Zira memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Azahari yang sedang merenungnya tajam.
Wajah Azahari kelihatan begitu tegang walaupun dia cuba berlagak tenang. Dia menggaru-garu pangkal keningnya.
“Kau sendiri tahukan betapa dalamnya cinta aku terhadap kau, Zira.” Suaranya kembali mendatar.
“Tetapi, kau berkali-kali menyakitkan hati aku… mengecewakan perasaan aku!”
“Itu aku akui. Aku sendiri tak dapat mengubah diri aku. Kau seharusnya faham. Walaupun aku ada affair dengan perempuan lain, tetapi kau tetap aku utamakan. Aku cintakan kau, Zira. Aku… aku tak boleh hidup tanpa kau. Please… tinggalkan lelaki itu. Aku sanggup menerima kau walau apa keadaan sekalipun. Dan aku berjanji akan berubah, demi kau. Please…”
Zira tersenyum sinis mendengar rayuan Azahari.
“Sudah beribu kali kau berjanji dengan aku dan beribu kali jugalah kau memungkirinya. Kau ada segalanya Azahari. Lupakanlah aku. Kita memang tiada jodoh. Walaupun aku amat membenci kau setelah apa yang kau lakukan pada diri aku, tetapi aku merayu… jangan ganggu aku lagi. Aku bahagia bersama Zakuan.”
Bahagia? Bahagiakah aku bersama Zakuan? Mengapa lidahku begitu lancar menyebut perkataan itu? Sedangkan aku tahu masing-masing sedang menderita memendam perasaan sendiri. Sampai hari ini aku masih tertanya-tanya, mengapa Zakuan sanggup mengahwini aku? Adakah kerana simpati ataupun hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia? Atau mungkinkah… tapi tak mungkin. Tidak mungkin perasaan itu wujud di hatinya. Kami tidak pernah rapat apatah lagi mahu menyemai perasaan itu.
“Kau bahagia? Hahahahaaaa…” Tersentak Zira mendengar ketawa yang sengaja dibuat-buat oleh Azahari. “Kau sayangkan dia?” Azahari menyoal kembali dengan renungan yang tajam.
Bibir Zira seakan kelu. Bibirnya bergerak-gerak untuk membalas pertanyaan lelaki di hadapannya itu namun tidak terkeluar. Sayangkah aku kepadanya? Serasa aku tiada wujud apa-apa perasaan di dalam hati ini buatnya cuma satu, perasaan bersalah kerana menyeret Zakuan dalam permasalahan aku ini. Namun, sejak akhir-akhir ini, aku seakan sedar ada satu perasaan halus yang hadir di dalam jiwa aku. Apakah itu?
“Kau sayangkan dia?” Azahari menyoal buat kali kedua apabila soalannya pertamanya tidak berjawab.
“Aku… aku… aku sayangkan dia.” Begitu sukar untuk dia ucapkan ayat itu. Azahari tersenyum sinis kerana tahu, Zira tidak mudah untuk jatuh cinta apatah lagi kepada lelaki itu walaupun dia sanggup menyelamatkan Zira dengan perkahwinan mereka.
“Bagaimana dengan dia pula? Dia sayangkan kau?” Azahari seakan mahu menguji hati dan perkahwinan Zira dan Zakuan. Tiba-tiba sahaja hati Zira mendidih. Bengang dengan telatah Azahari yang menyoal bagaikan peguam menyoal pesalah di mahkamah.
“Kenapa kau mahu tahu semua itu? Kau tidak ada hak untuk mencampuri urusan peribadi kami berdua. Bahagia atau tidak perkahwinan aku, biarlah aku saja yang tahu. Samada dia sayangkan aku atau tidak, itu kau tanyalah sendiri pada dia. Tetapi, tidakkah kau terfikir… kalau dia tidak sayangkan aku, masakan dia sanggup mengahwini aku!” tegas sekali Zira membalas kata-kata Azahari. Nafasnya turun naik menahan kemarahan yang menggila di dalam hatinya.
Azahari terdiam mendengar kata-kata itu. Wajahnya kelat tanda tidak berpuas hati. Dia mundar-mandir di hadapan Zira. Masing-masing membisu. Zira pula seakan mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan Azahari.
“Kau takkan terlepas daripada aku. Aku akan pastikan kau kembali ke sisi aku!” Ugutan Azahari kembali melemahkan semangat Zira. Belum pun sempat Zira membalas, Azahari sudah berpaling dan menapak ke keretanya. Seketika kemudian enjin kereta menderum dan Azahari membelok keluar dari perkarangan banglo itu. Zira pula terduduk di atas kerusi dengan linangan air mata.
Zira merenung jauh di tepi tabir tingkap bilik tidurnya. Langit agak kelam kerana hujan sedang turun mencurah-curah ke bumi. Dia memeluk tubuhnya erat bagi mengurangi kesejukan yang mencengkam tulang. Kemudian jemarinya yang runcing menari-nari di cermin tingkap yang dibasahi titisan hujan.
Sudah dua hari Zakuan tidak menelefonnya. Terasa seperti satu kekurangan. Tidak lengkap harinya jika tiada panggilan dari suaminya yang masih lagi bekerja di luar daerah. Entah mengapa terdetik satu perasaannya yang begitu sukar untuk ditafsirkan. Di matanya terbayang-bayang wajah tampan suaminya yang sentiasa tenang dan mendamaikan. Agaknya sudah berapa ramai yang jatuh cinta dengan wajah tampan itu? Adakah aku juga salah seorang dari mereka itu? Bibir Zira tersenyum sedikit.
Entah mengapa hatinya berdebar-debar apabila mengingati suaminya dan senyuman mesra yang diberikan oleh Zakuan setiap kali mereka berbicara. Walaupun tiada kata yang terlafaz di bibir, Zakuan tetap murah dengan senyuman.
Mengapa aku berperasaan begitu? Apa yang berlaku kepada diri aku sebenarnya? Sudah jatuh sayangkah pada dirinya? Tak mungkin… tapi kadang kala aku seakan rindu padanya. Rindu? Sayang? Eh, kenapa dengan aku nie? Zira menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersengih. Apalah aku nie… fikir yang bukan-bukan! Katanya seorang diri lalu menepuk dahinya.
“Zakuan…” Keluhan kecil terbit dari rekahan bibirnya. Terlayar wajah Zakuan di fikirannya. “Awak rindu tak pada saya?” Kali ini Zira ketawa sendiri sambil melarikan pandangannya ke bingkai gambar di hujung kepala katilnya. Gambar perkahwinan mereka. Zira sungguh ayu dengan baju songket warna marroon. Begitu juga dengan Zakuan yang segak berbaju songket warna senada dengan Zira lengkap dengan tanjak dan keris kecil.
Sedang dia leka menatap gambar perkahwinan mereka, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Tersentak dia seketika. Zira segera berlari ke arah beg tangannya yang terletak di atas meja solek. Tangannya pantas menyelongkar ke dalam beg tangannya. Dia meraba-raba seketika dan akhirnya dia dapat mencapai telefon bimbitnya. Pantas jarinya menekan butang hijau.
“Hello!” Ucapnya pantas.
“Assalamualaikum Zira…” Lapang dadanya apabila dapat mendengar suara yang dinanti-nantikannya selama dua hari ini. Dia tersenyum gembira. Kalaulah Zakuan dapat melihat wajahnya tika ini…
“Waalaikummussalam… kenapa lama tak call?” Zira terkejut lantas menekup mulutnya. Terkejut! Kenapa mulut aku nie? Apalah punya bodoh tanya soalan macam tu? Zira mengutuk-ngutuk dirinya.
Zakuan hanya senyap di hujung talian. Hati Zira berdebar dan gelisah apabila tiada jawapan dari Zakuan. Aku tersalah cakapkah? Atau dia…
“Err… hello? Awak masih di sana?” Zira memberanikan diri bersuara.
“Awak rindukan saya ke?” Zira terkedu. Dia tidak menyangka Zakuan akan menyoalnya begitu. Kali ini dia pula yang kehilangan kata-kata.
Rindu? Zira menyebut perkataan itu di dalam hatinya. Rindukah aku pada Zakuan? Bukankah selama ini aku terasa kehilangan tanpa Zakuan di sisi? Ya… saya sangat rindukan awak, Zakuan. Ingin sekali dia meluahkan kata-kata itu, namun ianya hanya bergema di dalam hati saja. Tiba-tiba air mata mengalir tanpa disedari. Mengapa perasaan ini hadir? Aku tak seharusnya berperasaan begini. Semakin deras air matanya mengalir.
“Zira?” Terdengar Zakuan memanggil namanya.
“Ya…” Kedengaran suaranya serak kerana sebak.
“Are you okay?” Zakuan cemas apabila telinganya dapat menangkap perubahan terhadap suara isterinya.
“Ya, I’m fine.” Jawab Zira pantas sepantas jarinya menyeka air mata di pipinya.
Masing-masing membisu. Tiada siapa yang cuba untuk bersuara. Hanya kedengaran nafas masing-masing di corong telefon. Zira menggigit bibirnya hingga berbekas. Entah kenapa perbualan mereka dirasakan begitu asing hari ini. Jika sebelum ini, Zakuan begitu bersemangat bercerita tentang perjalanan hidupnya seharian di sana. Tapi, hari ini… semuanya seperti serba tidak kena. Mengapa?
“Zakuan…” Setelah sekian lama akhirnya Zira mengalah dan bersuara perlahan.
“Ya?” Pantas Zakuan menyahut. “Ada apa-apa yang Zira nak beritahu?” Sambungnya kemudian.
“Saya… saya…” Tergagap-gagap Zira. Hatinya berbelah bagi. Perlukah aku berterus-terang kepadanya sekarang atau perlu menanti dia kembali ke rumah? Tapi, aku sudah tidak sanggup untuk merahsiakannya. Makin disimpan, makin terasa berat dada ini menanggungnya.
“Ya…?” Zakuan masih menanti butir bicara dari mulut Zira.
“Ermm… tak ada apa-apa. Saya harap awak selamat di sana.” Lain yang difikir, lain pula yang diucapkan.
Terdengar ketawa halus dari mulut Zakuan. Zira kehairanan. Apa yang lucunya kata-kataku tadi?
“Kenapa?” Soal Zira kebingungan.
“Tak ada apa-apa. Cuma rasa seronok bila tahu Zira ambil berat tentang saya.”
Terkedu Zira. Ini satu pujian atau satu sindiran? Adakah selama ini aku tidak mempedulikan dirinya? Adakah aku terlalu mengikut perasaan sehingga aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri di sisinya? YA ALLAH jika benar, betapa berdosanya diri ini…
Aku akui kadang-kadang aku tidak mengendahkan kehadirannya. Aku cuma berpura-pura ceria dan bahagia apabila di hadapan ayah dan ibunya. Aku hidup dengan penuh kepura-puraan!!!
Sedangkan Zakuan, aku rasakan seperti dia benar-benar tulus dan ikhlas menyayangi aku. Diriku dilayan dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Adakah dia lakukan semua ini hanya semata-mata tanggungjawab atau dia benar-benar sayangkan aku? Mengapa aku seolah-olah mengharapkan dia menyayangi aku? Adakah ini tandanya aku sendiri yang sebenarnya sudah jatuh hati pada dia, suamiku sendiri? Oh, tidak…
“Maafkan saya. Saya tahu, saya bukanlah seorang isteri yang baik.” Bisik Zira dalam sendu. Belumpun sempat Zakuan berkata-kata, dia terus mematikan talian telefonnya. Akhirnya Zira terisak-isak seorang diri.
Zakuan terpinga-pinga sambil memandang telefon digenggamannya. Aku tersalah cakapkah? Tiba-tiba saja dia putuskan talian.
Pantas jari Zakuan menekan-nekan nombor telefon bimbit Zira. Dia menunggu seketika. Namun, operator yang menjawab.
“Dia offkan handset pula…” Keluh Zakuan dalam. Dia menggaru-garu lengannya. “Tak sempat aku nak beritahu yang aku akan balik lusa. Tak mengapalah, mungkin boleh suprisekan dia.” Sambungnya lagi sambil merebahkan diri di atas katil dengan senyuman terukir di bibir.
Sepatutnya Zakuan akan pulang tiga hari lagi, tetapi kerja yang diuruskannya telah dapat diselesaikan lebih awal dari yang dijadualkan. Hatinya tidak sabar-sabar untuk kembali ke rumah dan menatap wajah isterinya yang sudah hampir seminggu ditinggalkan.
Fikirannya melayang teringatkan wajah mulus Zira. Ada tikanya wajah itu kelihatan serba salah dan terpinga-pinga terutamanya jika terpaksa berlakon dan berpura-pura mesra dengannya di hadapan ayah dan mama. Sememangnya dia amat kekok dengan keadaan itu. Sebaliknya aku pula, memang menantikan saat-saat seperti itu kerana aku dapat bermesra dengannya. Hmmm… teruk betul aku nie! Nak bermesra dengan isteri sendiri pun kena tunggu sampai berhadapan dengan mama dan ayah. Zakuan ketawa kecil.
“Zira… abang sayangkan Zira.” Ingin sekali dia meluahkan kata-kata keramat itu. Namun, setiap kali dia ingin meluahkannya, terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Sampai bila aku harus memendamkan perasaan ini terhadapnya?
Jika aku meluahkan perasaan aku, adakah dia akan menerimanya? Adakah dia juga turut sama berperasaan seperti yang aku rasa? Tetapi, jika dia menolaknya… bagaimana harus aku lakukan? Tak sanggup rasanya aku untuk berhadapan dengannya. Malu… aku malu…
Zakuan mendengus perlahan. Di matanya asyik terbayangkan wajah jelita Zira. Dia terlalu cantik namun sayang,dia menjadi mangsa kebuasan nafsu binatang Azahari. Lelaki itu telah memusnahkan hidup Zira. Dan aku pula, yang bertindak seolah-olah penyelamat dengan mengahwininya. Zira menganggap aku mengahwininya hanya sebagai satu tanggungjawab. Sedangkan dia tidak tahu aku menyintainya sepenuh hati sejak pertama kali aku bertemu dan bertentang mata dengannya.
Tak mengapalah. Masih banyak masa untuk memupuk kasih sayang. Akan aku pastikan dia turut merasa apa yang aku rasa. Suatu hari nanti dia sendiri yang akan jatuh cinta padaku… Zakuan mengulum harapan.
Hari-hari yang dilaluinya begitu lesu dan tidak bermaya. Zakuan masih bekerja di luar daerah. Tinggal Zira bertemankan Mak Jah di banglo mewah milik ayah dan ibu mertuanya. Rasa bosan memang tidak dapat digambarkan. Zira menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat. Kadang kala hingga lewat malam baru dia pulang.
Mak Jah semakin risau melihat tabiat Zira. Dia takut kandungan Zira akan terjejas. Lagipun kandungan Zira masih di peringkat awal. Perlu penjagaan yang rapi. Takut keguguran pula nanti. Apabila Mak Jah mengutarakan kebimbangannya, Zira hanya tersenyum sahaja dan memujuk Mak Jah dan menyatakan bahawa dia menjaga kandungan itu dengan sebaiknya. Dia cuba untuk berlagak gembira seperti tidak sabar-sabar untuk menantikan kelahiran anak di dalam kandungannya itu. Hakikatnya, dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Pernah terlintas di benaknya untuk menggugurkan sahaja kandungan itu, tetapi cepat-cepat dia beristighfar. Dia tidak mahu dilaknat dan dimurkai oleh ALLAH. Lagipun, bayi itu tidak berdosa.
Semakin difikirkan, semakin sakit kepalanya. Sejak mengetahui dirinya hamil, Zira tidak lagi mengambil aspirin yang menjadi penawarnya sebelum ini. Takut memberi kesan sampingan kepada janin di dalam rahimnya. Perlahan-lahan dia mengusap perutnya yang sedikit membonjol ke hadapan. Perasaan kasih datang dengan sendirinya. Semakin hari, dirasakan hatinya begitu dekat dengan anak yang sedang dikandung.
“Kasihan baby mama. Kehadiran kau tidak pernah mama impikan. Dan mungkin juga tiada siapa yang akan menyambut kelahiran baby. Tapi jangan bimbang, mama tetap sayangkan baby. Mungkin hanya baby saja yang mama ada. Nanti baby temankan mama ya…” Ucapnya perlahan dengan deraian air mata membasahi pipinya.
Sedang dia melayani perasaan, pintu biliknya ketuk perlahan. Zira hanya menyahut. Mesti Mak Jah yang mengetuknya. Perlahan-lahan pintu bilik dikuak perlahan. Terjengul wajah Mak Jah yang sedang tersenyum.
“Ada apa Mak Jah?” Soal Zira sambil membalas senyuman wanita itu.
“Ada kawan Zira datang. Dia sedang menunggu Zira di taman.” Jawab Mak Jah.
Kawan? Siapa pula yang datang malam-malam begini? Ermm… Farah agaknya. Kenapa pula dia datang. Bukankah baru tadi saja berjumpa di pejabat? Mungkin ada sesuatu yang dia mahu bincangkan. Al-maklumlah tarikh perkahwinannya semakin hampir.
Zira berlari-lari anak menuruni tangga. Apabila sampai di muka pintu, langkah kaku. Azahari? Apa lagi yang dia mahu? Dia mahu berpatah semula tetapi langkah terhenti apabila Azahari menyeru memanggil namanya. Dia berpaling semula. Lemah langkahnya menghampiri Azahari yang sedang menantinya di halaman rumah.
“Apa lagi yang kau mahu?” soal Zira sambil memeluk tubuh. Azahari tersenyum sinis sambil mata galaknya memerhatikan Zira dengan pandangan yang sukar ditafsirkan oleh Zira.
Azahari kemudiannya tersenyum lebar menatap wajah ayu Zira. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Zira lalu dikucup lembut. Zira terkejut dengan gelagat Azahari, pantas menarik kembali tangannya.
“Kau tak malukah, hah? Aku ini isteri orang! Kalau suami aku nampak apa yang kau lakukan pada aku tadi, nahas kau dikerjakan!” Zira tidak dapat mengawal kemarahannya. Dia bertempik kepada Azahari. Tetapi, sedikit pun tidak memberi kesan kepada lelaki itu. Sebaliknya dia tetap tersenyum.
“Baik kau pergi sekarang sebelum suami aku balik.” Zira semakin berang.
“Ehem…” Azahari berdehem lalu ketawa kecil. “Orang yang sedang berbadan dua, tak boleh marah-marah. Nanti turun perangai tu pada baby…” Sambungnya lagi sambil matanya tepat menatap wajah wanita pujaannya.
Jantung Zira seakan berhenti berdegup. Nafasnya sesak tiba-tiba. Matanya berpinar-pinar.
“Ya ALLAH…” Lafaznya dengan bibir yang bergetar.
Beg pakaian sudah penuh disumbat dengan beberapa helai pakaian. Zira nekad untuk keluar dari rumah itu. Jam di dinding tepat menunjukkan angka satu pagi. Hujan baru saja turun mambasahi bumi. Ke mana harus aku tuju dalam hujan-hujan begini? Desisnya di dalam hati. Fikirannya betul-betul buntu. Pertengkarannya dengan Azahari masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
“Ini bukan anak kau!!” Ucap Zira dengan perasaan tidak keruan. Bibirnya menggeletar. Badannya turut menggigil.
Azahari tidak menjawab sebaliknya hanya ketawa berdekah-dekah. “Sewaktu aku bersama kau di hotel dulu, kau masih suci Zira. Akulah lelaki pertama buat kau, kan? Hmmm… lagipun, usia perkahwinan kau belum mencecah dua bulan sedangkan kandungan kau sudah berusia tiga bulan. So, tak perlu kau nafikan kenyataan itu. Anak yang sedang kau kandungkan itu adalah anak aku… anak kita!” tersenyum lebar Azahari sewaktu menuturkan kata-katanya. Zira keliru dengan reaksi wajah lelaki itu. Senyuman itu samada satu sindiran atau senyuman kegembiraan seorang lelaki yang bakal bergelar seorang ayah. Dia bertambah-tambah keliru kerana Azahari tahu tentang usia kandungannya.
“Bagaimana kau tahu kandungan ini berusia tiga bulan?” Begitu sukar untuk Zira bersuara, namun digagahinya juga. Dia tidak boleh mengalah kepada lelaki ini. Dia mesti kuat untuk melawan.
“Doktor Kalsom, kawan kau bukan? Takkan kau sudah lupa yang dia juga merupakan doktor panel bagi firma guaman aku. Dan dia juga yang memberitahu berita baik ini kepada aku.” Wajah Azahari begitu angkuh sewaktu menuturkan kata-kata itu.
Kalsom… kenapa kau memberitahu Azahari tentang kandungan aku ini? Kenapa kau khianati aku? Tahukah kau bahawa aku akan semakin terikat dengan lelaki jahanam ini. Rintih Zira di dalam hati.
“Kenapa senyap?”
Zira dan Azahari berbalas pandang. Air mata Zira sudah lama membanjiri pipinya. Perlahan-lahan Azahari mendekati Zira lalu mengelus lembut pipinya.
“Tinggalkan Zakuan dan kembali kepadaku. Kita bina hidup baru bersama-sama anak kita. Aku janji akan menjaga kau dan anak yang bakal lahir ini dengan penuh kasih sayang. Aku takkan menyakiti hatimu lagi. Please… I love you!” Bisik Azahari dengan wajah penuh kesalan. Azahari cuba merapatkan bibirnya ke pipi Zira, tetapi cepat-cepat Zira berundur ke belakang.
“Please Azahari… aku merayu pada kau, jangan ganggu aku lagi. Kau yang memusnahkan hidup aku. Cukuplah sekali. Aku sudah melupakan tragedi itu. Aku tak ingin hidup bersama kau. Tidak sekali-kali aku mahu bersama dengan orang yang telah merosakkan hidup aku tanpa kerelaan dari aku sendiri. Kau tak perlu mempunyai rasa bertanggungjawab pada kandungan ini. Kau sepatutnya memikirkan tentang tanggungjawab itu sebelum kau melakukan perkara terkutuk terhadap aku dulu. Kau ingat, setelah kau lakukan perkara itu, kau dapat ‘mengikat’ aku? Kau silap Azahari… kau silap. Memandang wajah kau pun aku tak ingin, inikan pula mahu hidup bersama kau. Lupakanlah aku… biarlah aku dengan cara hidup aku sekarang dan jangan ganggu rumahtangga aku. Aku sayangkan suami aku.” Pertama kali Zira begitu berani menyuarakan apa yang tersirat di hatinya selama ini dan pertama kali juga Zira pasti dengan kasihnya pada Zakuan. Azahari terkedu, seakan terpaku mendengar bicara dari Zira. Wajahnya murung.
“Tetapi, mahukah Zakuan mengaku anak di dalam kandungan kau sekarang sebagai anaknya?”
Pertanyaan yang keluar dari mulut Azahari menyentakkan perasaan Zira kembali. Dia menggenggam erat beg pakaiannya yang sudah penuh. Aku mesti keluar dari sini malam ini juga. Zakuan akan pulang esok. Aku tak mahu berhadapan dengannya. Aku malu… aku takut…
Zira menarik nafas lalu menghembusnya. Sempat dia memandang sekeliling bilik tidur itu. Mungkin ini kali terakhir aku berada di sini dan aku sendiri tidak pasti samada aku berpeluang menjejakkan kaki ke rumah ini lagi tau tidak. Perlahan-lahan dia bangun dan mencapai beg pakaiannya. Dia mengatur langkah ke pintu. Belum sempat dia mencapai tombol pintu, pintu sudah pun terbuka sendiri. Matanya terpaku pada wajah yang basah di ambang pintu bilik tidur.
“Zakuan!!??” Dadanya tiba-tiba sahaja menjadi sesak.
Zakuan berasa hairan bercampur pelik melihat keadaan Zira yang begitu kusut dan tidak terurus sewaktu dia membuka pintu bilik. Dia bertambah-tambah hairan apabila melihat Zira sedang menjinjit sebuah beg pakaian. Hatinya tertanya-tanya ke mana Zira mahu pergi malam-malam buta begini?
Zakuan mundar-mandir di ruang bilik. Sekejap-sekejap Zakuan memandang ke wajah Zira yang sedang terisak-isak di birai katil sambil menundukkan wajah. Sejak dia menjejakkan kaki ke dalam bilik itu, masih belum keluar walau sepatah pun perkataan dari mulutnya. Begitu juga dengan Zira yang begitu sugul sekali wajahnya tika ini. Kalau diikutkan hati, ingin sekali Zakuan memeluk dan memujuk isteri kesayangannya itu. Namun, dia teragak-agak. Takut jika akan memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula dia tidak tahu apa sebabnya Zira menangis sedemikian rupa!
Perlahan-lahan dia menapak mendekati Zira yang masih bersisa tangisnya. Tangan Zakuan sempat menarik kerusi meja solek lalu dia melabuhkan punggungnya ke kerusi itu duduk berhadapan dengan Zira. Tangannya mencapai jari-jemari Zira yang kelihatan mengigil. Dia meramas-ramas lembut. Tersentak seketika Zira apabila terasa sentuhan hangat dari Zakuan. Dia mengangkat wajahnya lalu beradu pandangan dengan Zakuan di hadapannya. Seketika mereka berpandangan. Tetapi tidak lama, hati Zira kembali sayu apabila melihat wajah tenang Zakuan dan bibirnya yang sentiasa basah dengan senyuman. Dia kembali terisak-isak.
“Kenapa? Apa yang sudah terjadi?” Suara Zakuan begitu lembut menyapa telinganya.
Zira tidak menjawab sebaliknya esakannya kembali memenuhi ruang yang sunyi sepi. Zakuan sedikit panik. Hatinya turut sama sedih apabila melihat keadaan Zira. Tanpa berfikir panjang, dia terus memeluk Zira erat. Zira turut membalas pelukan erat Zakuan dan menghamburkan tangis di dada bidang suaminya itu. Seketika dia berasa tenang berada di dalam pelukan lelaki itu.
“Syhh… jangan menangis begini. Cuba bawa bertenang, beristighfar banyak-banyak…” Pujukan Zakuan sedikit menyejukkan hati Zira yang tak keruan.
Kau terlalu baik Zakuan. Aku tidak layak menjadi isterimu. Aku akan membebankan diri kau nanti. Dalam sendu Zira berkata-kata di dalam hati.
“Maafkan Zira… maafkan Zira…” Mendayu-dayu suara bisikan Zira. Zakuan mengerutkan dahi. Mengapa pula perlu meminta maaf? Apa yang telah dia lakukan semasa ketiadaan aku? Getusnya di dalam hati.
“Kenapa nie sayang? Apa yang sudah terjadi? Abang tak faham?” Kali kedua Zakuan membahasakan dirinya begitu tanpa disedarinya. Dia sendiri tergamam. Dadanya berdebar menanti reaksi dari Zira tetapi tiada. Dia menarik nafas lega. Zakuan membelai-belai rambut Zira yang panjang melepasi bahu. Haruman syampu yang diguna oleh Zira untuk rambutnya menusuk ke dalam hidung. Sedikit menggetarkan naluri kelakiannya. Tambahan pula, Zira kini erat berada dalam pelukannya.
Zira melepaskan pelukan erat mereka berdua. Tangannya menyapu air mata yang masih merembes keluar dari kolam air matanya. Tangisnya semakin reda, namun masih terisak-isak sekali sekala. Dia menarik nafas lalu menghembus dengan perlahan.
“Maafkan Zira, Zakuan.” Sekali lagi Zira menuturkan kata maafnya.
“Kenapa perlu meminta maaf? Zira tak ada buat apa-apa kesalahan pun pada saya.” Balas Zakuan lembut.
“Ada… cuma Zakuan saja yang tak mahu mengakuinya.” Zira cuba bertenang. Namun begitu, dia begitu sukar untuk menatap wajah Zakuan, apatah lagi bertentang wajah lelaki. Rasa bersalah dan sesalnya datang bertimpa-timpa apabila melihat wajah Zakuan.
“Saya tak faham Zira. Boleh awak terangkan apa yang sebenarnya yang berlaku?” Zakuan mencapai dagu Zira dan mengangkatnya. Dia dengan tenang merenung anak mata Zira yang bergenang dengan air mata. Melihat wajah hiba Zira, dia turut merasa sayu.
Zira tidak terus menjawab. Dia turut merenung ke dalam anak mata Zakuan. “Perkahwinan kita…” Jawabnya perlahan dengan suara yang bergetar.
Hati Zakuan menjadi tidak enak. Mengapa soal perkahwinan pula timbul? Apakah dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan aku dan memutuskan ikatan suci ini? Hati Zakuan dipagut risau.
“Apa salahnya dengan perkahwinan kita?” soal Zakuan bodoh. Cuba untuk menduga Zira. Selebihnya dia mahu Zira berterus terang.
“Perkahwinan antara kita tak sepatutnya berlangsung. Zira akan membebankan Zakuan. Keluarga kita tidak tahu apa yang telah terjadi pada Zira. Cuba awak bayangkan, jika Azahari membocorkan rahsia ini pada keluarga kita, apa akan terjadi kita nanti? Apa pula nasib Zira?”
Hati Zakuan kembali tenang. Dia tersenyum nipis. Tentang hal itu yang mengganggu fikirannya. Tapi, takkanlah sampai mahu lari dari rumah. Mata Zakuan melirik ke arah beg pakaian yang berada di hujung kaki Zira.
“Tiada apa yang membebankan saya, Zira. Awak tak perlu risau tentang semua itu. Awak isteri saya sekarang, dia takkan berani kacau awak lagi. Lagipun, dia kena jaga reputasi dia sebagai seorang peguam yang berkaliber di bandar ini.” Balas Zakuan untuk menenangkan Zira. Sedangkan dia sendiri langsung tidak yakin dengan kata-katanya itu. Lelaki seperti Azahari, tidak dapat dijangka apa yang bakal dilakukan.
“Awak tak kenal siapa Azahari, Zakuan. He’s crazy! Dia takkan berdiam diri jika haknya dirampas.” Suara Zira sedikit keras. Dia geram melihat sikap selamba Zakuan.
“You’re mine, Zira. Always mine! Forever…” tenang sekali Zakuan menangkis kata-katanya tetapi tegas.
Zira terkedu mendengar bait-bait yang keluar dari bibir Zakuan. Alangkah bahagianya dia mendengar kata-kata itu. Sayangnya semakin melimpah-ruah terhadap lelaki itu. Ingin sekali diraihnya tubuh sasa itu ke dalam pelukannya. Namun, mustahil dia sanggup berbuat begitu.
Suasana kembali sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Air mata kembali merembes keluar dari kelopak matanya. Aku perlu berterus-terang. Aku yakin, Zakuan dapat menerimanya. Aku tahu, dia juga sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. YA ALLAH, berilah aku kekuatan… rintih Zira di dalam hati.
“Sekiranya saya beritahu sesuatu, mahukah awak maafkan saya?” Soal Zira tiba-tiba. Zakuan terpinga-pinga seketika.
“Apa maksud Zira?”
“Cakap dulu, sanggup tak awak maafkan saya dan menerima saya seperti sekarang?” Desakan Zira semakin membuat Zakuan bingung. Apa yang cuba dia katakan ini? Namun begitu, Zakuan tetap menganggukkan kepalanya.
“Yang sebenarnya saya… saya…” Zira tergagap-gagap. Dia ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya. dia memandang wajah Zakuan yang penuh tanda tanya.
“Sebenarnya apa Zira?” Zakuan semakin tidak sabar untuk mengetahuinya. Dadanya semakin berdebar-debar. Pelbagai kemungkinan berlegar-legar di benaknya.
“Sebenarnya… Zira… Zira sedang me.. mengandungkan anak Azahari. Hampir tiga bulan.” Zira terus menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia melepaskan tangisnya di bantal.
“MasyaALLAH… astaghfirullahalzimmm….” Mulut Zakuan terlopong. Dadanya pula bagai dihempap dengan batu besar. Pandangannya terasa berbalam. Dia terus berdiri.
Bibirnya bergetar. Tanpa sebarang pesanan, dia terus beredar dan keluar dari bilik itu. Seketika kemudian, kedengaran enjin kereta menderum membelah kepekatan malam bersama titisan hujan yang masih belum reda.
Esakan Zira semakin meninggi di dalam bilik yang suram. Seorang diri…
Zakuan memecut keretanya dengan laju. Dia memandu tanpa arah tujuan. Haluannya menuju ke luar kota. Dia tidak dapat berfikir dengan rasional. Mengapa? Mengapa? Berkali-kali perkataan itu muncul di benaknya. Namun, tiada jawapan yang dapat mengusaikan kekusutan yang melanda fikirannya. Tiba-tiba dia menekan brek hingga berkeriut bunyi tayar. Dia menghantukkan dahinya ke stereng kereta beberapa kali. Keadaan begitu sunyi ketika itu. Jalan raya begitu lengang. Hanya sekali-sekala kereta melintasi kereta Zakuan yang diberhentikan di tepi jalan raya. Hujan masih lagi renyai-renyai.
“Zira…” Bisiknya perlahan namun penuh emosi.
Mengapa saat-saat bahagia ini dicemari dengan berita yang tidak pernah dijangka olehku? Dia sekarang sedang mengandungkan benih Azahari sedangkan aku kini yang menjadi suaminya. Sanggupkah aku menerima anak orang lain sebagai anakku? Tegakah diriku untuk menerima semua ini? Ya ALLAH, sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah lagi tak berdaya.
Aku sanggup mengahwininya walaupun aku tahu dia sudah ternoda. Aku sanggup menyelamatkan dia dari terus dibelenggu oleh lelaki jahanam itu, namun inikah balasan yang aku dapat setelah apa yang aku lakukan? Aku buntu… aku buntu!!! Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan…
Sesungguhnya aku amat menyintai wanita itu. Sejak kali pertama aku bertemu dengannya lagi. Dan perasaan itu tidak pernah berkurang walaupun sedikit hingga hari ini. Tapi, mengapa pula aku melarikan diri setelah mendengar pengakuan darinya tadi? Apa sebenarnya yang aku rasa sekarang? Sedih? Marah atau kecewa? Aku tak tahu… aku tak tahu!!!
Ya ALLAH, aku telah melukakan hatinya. Aku telah meninggalkannya seorang diri di saat dia memerlukan seseorang. Apa yang telah aku lakukan?
Tapi… anak yang sedang dikandungnya itu… sanggupkah aku seorang lelaki yang bergelar suaminya, menerima isteriku yang sedang mengandungkan benih lelaki lain dan menerima benih itu sebagai bayiku sendiri? Ya Tuhan… dugaan apakah yang sedang Kau uji padaku?
Aku amat membenci lelaki itu dan kini isteriku sedang mengandungkan benih dari lelaki jahanam itu! Tidak… tidak… aku tidak boleh menyalahkan Zira mahupun bayi itu. Bukan pintanya untuk dilahirkan sebagai anak kepada Azahari. Dan juga bukan pinta Zira untuk mengandungkan benih dari lelaki itu. Semuanya telah ditakdirkan. Aku harus menerima kenyataan itu!
Aku sayangkan dia. Teramat sayangkan dia sebenarnya. Tapi, apa yang sudah aku lakukan sekarang? Pergi begitu saja. Bagaimana dengan keadaannya sekarang? Tentunya dia teramat sedih kerana aku pergi tanpa pesan. Sedangkan sebelum ini aku melafazkan janji bahawa akan menjaganya walau apapun yang akan terjadi. Bodohnya kau Zakuan! Kau telah menyakiti hatinya!
Zakuan bermonolog seorang diri di dalam kereta. Dia menekup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Demimu Zira, aku sanggup terima segala dugaan yang datang. Semuanya demimu Zira…
Tanpa berlengah-lengah lagi, dia kembali memecutkan kereta menuju ke banglo.
Sinar mentari memancar terik dari cermin tingkap yang terdedah sehingga mengganggu lena Zira. Terpisat-pisat dia seketika sebelum membuka mata. Cahaya mentari begitu menyilau pandangannya. Langsir tingkap itu tersingkap, patutlah cahaya yang begitu terik boleh menembusi bilik yang berhawa dingin ini. Zira melirik jamnya di pergelangan tangannya. Hmm… hampir pukul 12 tengahari. Patutlah… Keluhnya sambil menggeliat lemah.
Agaknya pukul berapalah aku tertidur setelah check-in di hotel ini? Mungkin hampir subuh baru aku terlena. Melepaslah subuh aku hari nie… Gumam Zira seorang diri.
Dia bingkas lalu menapak ke meja solek bercermin yang begitu cantik diwarnakan dengan warna biru lembut. Begitu juga dengan bilik ini. Semuanya serba biru. Tampak sejuk dan mendamaikan, namun tidak dapat menenangkan ombak yang sedang bergelora di dalam jiwa Zira. Matanya terpaku pada cermin. Melihat imbasan dirinya di dalam cermin di hadapannya itu. Dia meraba-raba wajahnya kelihatan comot dengan sisa air mata. Matanya bengkak dan sedikit sembab. Bahana menangis semalaman, sejak Zakuan keluar dari rumah itu.
“Zakuan…” Zira tersenyum hambar namun lama kelamaan senyuman itu bertukar menjadi esak tangisan yang sayu.
“Memang patut kau tinggalkan aku. Aku bukan perempuan yang baik. Aku sudah ternoda dan kini sedang menghamilkan anak Azahari pula. Sejak awal lagi aku tahu… aku perlu menghindari perkahwinan ini. Tapi, apa boleh buat. Kau mendesak aku menerimamu sebagai suami dan keluarga juga mendesak. Akhirnya kau yang menjadi mangsa. Aku yang menyebabkan semua ini terjadi. Nasi sudah menjadi bubur… aku sudah hilang segala-galanya. Kebahagiaan, kasih-sayang, maruah dan juga kau, suamiku…” Esakannya semakin tinggi. Hatinya begitu sayu apabila teringatkan nasib yang menimpa dirinya. Mengapa semua ini harus terjadi kepada diriku? Zira tidak henti-henti mengeluh nasib diri yang begitu malang pada fikirannya.
“Suami? Layakkah aku memanggilnya sebagai suami? Dia tidak pernah menerima layanan yang sepatutnya seorang suami dapat dari isterinya. Aku ini nama sahaja isteri, tetapi segalanya keperluannya Mak Jah yang uruskan. Isteri apakah aku ini? Memang aku layak mendapat hukuman seperti ini…”
“Emak… lihatlah apa yang telah terjadi pada anakmu ini. Zira telah hilang segala-galanya… segala-galanya emak. Zakuan tidak mungkin dapat menerima Zira dalam hidupnya setelah mengetahui ada satu nyawa sedang bernafas di dalam perut Zira. Darah yang mengalir dalam badan itu bukanlah darinya, tetapi lelaki lain. Mana mungkin Zira dapat bertahan di dalam rumah itu jika dia sendiri sudah tidak sudi menerima Zira lagi. Zira tidak sanggup untuk menjejakkan kaki ke rumah itu lagi. Biarlah perhubungan kami berakhir begini. Zira rela jika Zakuan melepaskan Zira… Zira rela. Emak juga tak mungkin dapat menerima Zira jika emak mengetahui hal ini. Mengapa Zira diduga sebegini rupa? Tidakkah ada secebis kebahagiaan yang dapat Zira kecap? Zira tak sanggup begini selamanya…
Air mata kembali menitis laju menuruni pipi mulusnya. Tersedu-sedu dia di hadapan cermin.
“Mak… Zira rindukan emak..” Rintihnya. Akhirnya dia jatuh terjelepuk di hadapan meja solek itu, tersedu-sedu.
Zakuan termenung di birai katil. Bilik itu begitu sunyi dan seolah-olah kosong. Tanpa disedarinya, Mak Jah sudah berdiri di sisinya. Perlahan-lahan Mak Jah mendaratkan tangannya di atas bahu kiri Zakuan. Tersentak seketika Zakuan lalu mendongak.
“Maafkan Mak Jah kerana mengejutkan Zakuan. Cuma Mak Jah nak tanya sesuatu pada Zakuan.” Lembut bicara wanita separuh abad itu. Sedikit menenangkan jiwanya yang begitu kusut.
“Ada apa Mak Jah?” Soal Zakuan sambil menarik Mak Jah duduk di sisinya. Mak Jah akur.
“Ke mana Zira? Dari pagi tadi Mak Jah tak nampak dia. Dia ke pejabatkah hari nie? Setahu Mak Jah, semalam dia beritahu yang dia cuti hari ini sebab nak tunggu Zakuan balik.”
Zakuan sedikitpun tidak menoleh kepada Mak Jah. Hatinya tiba-tiba saja menjadi sayu. Ke mana kau pegi, Zira?
“Saya tak tahu Mak Jah.” Jawab Zakuan jujur.
“Tak tahu?” Mak Jah terkejut. Bulat matanya menatap wajah anak majikannya itu. Di wajah pemuda itu bagaikan tergambar kekecewaan. Tapi, mengapa?
“Ya, saya tak tahu. Dia keluar tanpa memberitahu saya. Dia dah pergi Mak Jah… dia dah pergi tinggalkan saya. Semua ini salah saya. Kalau saya tak tinggalkan dia semalam, semua ini takkan terjadi. Di mana saya perlu cari dia Mak Jah? Saya sayangkan dia… sungguh! Saya cuba telefon handsetnya, tapi dia tutup. Saya tak tahu apa lagi yang perlu saya buat untuk mengesannya di mana!” Ucap Zakuan bersungguh-sungguh. Dengan mata yang berkaca dia menatap wajah Mak Jah. Mak Jah kebingungan. Apa sudah terjadi pada pasangan ini?
“Apa Zakuan cakapkan ini? Mak Jah tak faham. Kenapa Zira keluar dari rumah ini? Kamu berdua bergaduhkah?”
“Tak…” Serak suara Zakuan membalas.
“Habis tu? Mak Jah tak fahamlah…”
Perlukah aku berterus-terang pada Mak Jah tentang rahsia ini? Bolehkah Mak Jah menerima Zira setelah mengetahui kebenarannya? Aku tidak mahu Zira tersisih apabila semua rahsia telah terbongkar. Tapi, aku sendiri sudah tidak sanggup untuk menanggungnya seorang diri. Bagaikan mahu pecah dadaku memendam rahsia ini.
“Ada rahsia di sebalik perkahwinan kami sebenarnya Mak Jah…” Zakuan bersuara berhati-hati. Mak Jah tekun mendengar. “Saya harap, Mak Jah tidak akan menganggap yang bukan-bukan pada Zira setelah mendengar apa yang akan saya ceritakan. Dia seorang perempuan yang baik, cuma dia menjadi mangsa keadaan.” Sambungnya kembali sebelum menarik nafas panjang lalu menghembusnya. Mak Jah semakin pelik dengan kelakuan Zakuan, namun dia mendiamkan diri dan menanti sahaja butir kata yang akan terbit dari mulut Zakuan.
“Sewaktu saya menikahi Zira, dia bukanlah seorang gadis yang suci lagi. Dia telah diperkosa oleh bekas tunangnya.” Amat berat bagi Zakuan untuk meluahkan apa yang menjadi rahsia di antara dia dan Zira selama ini.
Mak Jah beristighfar lalu menekup mulutnya. “Macam mana boleh jadi begitu? Mama dan ayah Zakuan tahu tentang hal ini?”
Dia menggelengkan kepalanya. “Hanya kami berdua saja yang tahu. Zira tak bersalah, dia diberi pil khayal sehingga tidak sedarkan diri. Dan ketika itulah bekas tunangnya melakukan perkara terkutuk itu!” Zakuan menumbuk tapak tangannya. Perasaan marahnya terhadap Azahari tidak dapat dibendung lagi.
“Kasihan Zira. Tapi, macam mana kamu berdua boleh berkahwin?”
“Saya yang mendesak dia agar menerima saya dan saya juga menabur janji bahawa saya akan menjaganya. Tapi, Mak Jah lihatlah sekarang. Saya sudah mungkir janji hingga dia keluar dari rumah kita.” Air mata lelaki itu tumpah jua akhirnya. Terpempan seketika Mak Jah melihat Zakuan menangis.
Dia teramat sayangkan Zira, tapi apa yang membuatkan Zira keluar dari rumah ini? Bisik Mak Jah di dalam hati.
“Apa yang sebenarnya berlaku semalam? Cuba Zakuan beritahu Mak Jah.” Pujuk Mak Jah perlahan. Diusap-usapnya belakang tubuh lelaki sasa itu.
Zakuan menekup dahinya dengan telapak tangan kiri. Dia mengeluh. Nafas yang keluar dari kerongkongnya dirasakan begitu sesak. Jari-jemari tangan kanannya pula menyapu air mata yang menitis dari kelopak matanya.
“Dia sedang mengandungkan anak lelaki itu…”
“MasyaALLAH… Zira!!” Keluh Mak Jah dan dengan tidak semena-mena air matanya pula gugur. Amat hebat dugaan yang menimpa dirimu, nak! Bagaimana dapat kau menghadapinya tika ini?
“Ya, Mak Jah. Dia sedang mengandungkan anak lelaki itu. Dia beritahu saya semalam, sebaik sahaja saya pulang. Saya terkejut… saya… saya tak tahu apa yang perlu saya katakan. Dan tanpa saya sedari, saya terus melangkah keluar dari rumah dan memandu tanpa arah tujuan. Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya meninggalkan dia semalam. Dan bila saya kembali ke rumah, dia sudah tiada. Almarinya juga sudah kosong. Dia dah pergi Mak Jah… Zira sudah pergi tinggalkan saya. Mungkin dia fikir saya membencinya kerana dia sedang mengandungkan anak lelaki itu. Tapi, bukan itu yang tersirat di hati saya. Cuma saya tergamam dan tak menyangka yang perkara seperti itu akan terjadi. Saya betul-betul sayangkan Zira. Kalau saya tak sayangkan dia, masakan saya sanggup mengahwininya walaupun saya tahu dia sudah tidak suci lagi.” Zakuan menggoyang-goyangkan badan Mak Jah, menunjukkan kesungguhannya.
“Mak Jah faham. Bukan salah Zira. Dia hanya mangsa seperti kata Zakuan tadi. Anak itu juga tidak bersalah. Dia tidak pernah meminta untuk jadi begitu.” Air mata merembes keluar dari mata Zakuan diusap lembut oleh Mak Jah. Begitu kasihnya dia pada Zakuan yang dipeliharanya sejak dari kecil lagi, sejak dia bekerja di banglo itu.
“Itu yang ingin saya katakan padanya. Tetapi, bila saya kembali ke rumah… dia dah tiada. Zira sudah pergi. Di mana saya nak cari dia? Apa yang saya nak jawab bila mama bertanyakan tentang Zira? Dan bagaimana pula jika emak dan ayah Zira pula yang bertanya? Saya betul-betul buntu sekarang! Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan.” Suara Zakuan begitu lantang. Dia betul-betul dalam keadaan tertekan.
“Sabarlah Zakuan, mungkin dia menumpang di rumah kawan-kawannya.” Mak Jah cuba untuk mententeramkan perasaan Zakuan.
“Siapa Mak Jah? Siapa? Saya sendiri tidak kenal kawan-kawan Zira!” Soal Zakuan dengan suara sebak.
“Cuba tanya pada Farah?” usul Mak Jah membuahkan sedikit harapan kepada Zakuan. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Zakuan bingkas bangun lalu menuju ke ruang tamu dengan satu tujuan.
“Tak ada. Mengapa?” Suara Farah kedengaran sayup di pendengarannya. Jawapan yang diberikan oleh Farah amat menghampakan Zakuan.
“Tak ada apa-apa.” Jawab Zakuan teragak-agak. Kepalanya ligat berfikir. Ke mana Zira pergi? Ke rumah Farah pun tidak.
“Kau berdua ada masalah?” Duga Farah.
“Sedikit salah faham…” Balas Zakuan lambat lalu mengeluh kecil. “Tak mengapalah, tapi kalau dia ada call… beritahu dia yang aku sedang mencari dia.” Pesan Zakuan penuh harapan.
“Erm… OK. Tapi sebentar tadi dia ada call yang dia bercuti selama seminggu.” Zakuan tersentak. Seminggu? Lamanya… ke mana dia hendak pergi?
“Ada dia beritahu dia di mana?” soal Zakuan pantas.
“Tak ada pula. Actually, aku tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku antara kamu berdua. Tapi, selama aku mengenali Farah, dia jarang menimbulkan masalah pada orang. Dia seorang wanita yang baik, harap kau jangan mensia-siakannya.” Farah seakan memberi amaran kepada Zakuan. Terpinga-pinga Zakuan mendengar kata-kata Farah seakan menuduhnya tanpa usul periksa.
“Kau menuduh aku tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku antara kami.” Suara Zakuan kedengaran kurang senang dengan tuduhan Farah.
“Aku minta maaf jika kata-kataku tadi menyinggung perasaan kau, Zakuan. Aku hanya memberitahu apa yang aku tahu. She’s a nice girl! Aku tak menuduh kau yang menyebabkan dia keluar dari rumah. Dan aku tak tahu apa yang menyebabkan dia bertindak sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Aku tahu, kau seorang suami yang baik. Zira selalu bercerita tentang dirimu yang sentiasa memahami serta menyayangi dirinya sepenuh hati.” Terharu hati Zakuan mendengar penjelasan Farah. Terdiam dia tidak berkata-kata. Lidahnya kelu.
“Terima kasih Farah. Maaf menyusahkan kau.” Suara Zakuan kembali mendatar. Dia mengusap rambutnya lalu mengurut dahinya. Terasa kesakitan mencucuk di situ.
“It’s OK. Cuma, beri dia masa.” Ucap Farah lagi sebelum memutuskan talian. Zakuan termangu seorang sambil memandang telefon di genggamannya.
Ambillah seberapa banyak masa yang kau mahukan, tapi tolonglah hubungi aku... Bisiknya di dalam hati.
Sudah tiga hari Zira menyembunyikan diri di hotel yang berdekatan dengan bandar. Segala keperluannya dihantar ke dalam bilik penginapannya. Tidak pernah sekali pun dia melangkah keluar dari biliknya itu. Kebosanan merajai di dalam dirinya, namun untuk keluar dari situ tidak sekali-kali. Dia takut jika terserempak dengan Zakuan ataupun Azahari.
Perbualannya bersama Farah semalam masih terngiang-ngiang di telinganya. Zakuan sedang mencarinya. Untuk apa? Setelah apa yang berlaku, mengapa perlu mencariku lagi. Aku tidak sanggup untuk menatap wajah Zakuan. Dan dia sudah tentu tidak mahu menerimaku lagi. Mungkin dia mencari aku semata-mata untuk memberitahu bahawa dia mahu melepaskan aku. Benarkah begitu?
Ya ALLAH… aku sayangkan dia. Aku mahu hidup bersamanya. Tapi, tak mungkin dengan adanya anak ini di dalam rahimku. Dia tak mungkin menerima anak Azahari sebagai anaknya. Apa yang harus aku lakukan?
Terasa ingin dia menjerit melepaskan sesak di dada. Namun yang mampu hanya menangis dan terus menangis. Meratapi nasib diri yang begitu malang.
Bangun pagi itu, kepalanya berat. Apabila dia membuka mata, terasa seluruh bilik itu berpusing. Badan Zira lemah dan tidak bermaya. ‘Morning sickness’ yang dihadapinya agak teruk. Dia memicit-micit sekitar dahinya. Tiba-tiba terasa isi perutnya bergelodak hingga menunjal ke anak tekak. Rasa mual dan loya bertambah-tambah. Tanpa berlengah-lengah lagi dia terus berlari ke bilik air. Di singki, dia memuntahkan segala isi perutnya. Tercungap-cungap dia seketika.
“Aku perlu ke klinik. Dah tak tertanggung lagi kesakitan ini. Tapi, bagaimana dengan keadaan aku yang lemah begini? Hendak melangkah pun tidak berdaya…” keluhnya sambil mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuk dan sedikit membonjol.
Setelah selesai, dia kembali berbaring di katil dengan mata yang terpejam, fikirannya melayang mengingati Zakuan. Sedang dia mengelamun sendiri, loceng pintu biliknya berbunyi.
“Hmm… room service agaknya.” Bisiknya lalu perlahan-lahan bangun dan menapak perlahan-lahan ke daun pintu. Setelah tombol dipulas dan ditarik, wajah manis gadis awal 20-an sedang berdiri di hadapan troli berisi sarapan pagi. Zira melemparkan senyuman hambar kepada gadis itu sambil mempersilakan dia masuk.
“Puan tidak sihat?” Sapa gadis manis itu sambil memandang ke wajah Zira yang pucat.
“Ya. Biasalah, morning sickness…” balas Zira mesra. Matanya melirik pada tanda nama gadis itu yang tersemat di dada kirinya. Terpapar perkataan ‘Dalila’.
“Iya? First baby?” matanya memancar ceria. Zira memandang dengan perasaan sedikit pelik namun pertanyaan gadis itu dijawab dengan menganggukkan kepala sekali saja.
“Kalau puan mahu ke klinik, saya boleh panggilkan teksi.” Ucap gadis itu bersungguh-sungguh. Matanya tepat memandang mata Zira sehingga memaksa Zira berpaling ke arah lain.
“Niatnya memang hendak ke klinik, tapi badan saya terlalu lemah. Takut ‘tumbang’ tengah jalan pula.” Zira cuba bergurau. Dalila tersenyum sedikit.
“Saya pun tengok puan lemah saja. Kalau puan mahu, saya boleh temankan tapi shif saya tamat pukul lima petang. Lambat lagi…” ucapnya sambil menjeling ke jam tangannya.
Zira tersenyum. Baiknya gadis ini sampai mahu menemani aku ke klinik. Masih adakah anak-anak muda semurni dan sejujur hati gadis ini? Sempat dia bertanya di dalam hati.
“Tak mengapalah. Cuma, saya rasa bawakan saya panadol pun boleh juga. Bila sakit kepala nie dah kurang sedikit, saya akan pergi sendiri.” Zira menolaknya dengan lembut. Wajah Dalila sedikit hampa walaupun riak kerisauan lebih terserlah di wajahnya.
“Betul puan hanya mahu panadol?” Gadis itu masih memancing Zira untuk ke klinik.
“Betul. Jangan risau.” Zira meyakinkan Dalila sambil tangannya menggenggam erat tangan gadis itu.
Setelah berbicara seketika, Dalila meminta diri dan berjanji akan kembali dengan panadol yang diminta oleh Zira. Tidak beberapa lama kemudian, Dalila kembali dengan sepapan panadol diserahkan kepada Zira. Zira tersenyum kelegaan sewaktu menyambutnya.
Petang itu, Zira keluar bersiar-siar dari hotel penginapannya. Sekadar mengambil angin. Tetapi kepalanya ligat berfikir.
Cutiku hampir tamat dan aku akan kembali bekerja. Dan di mana aku harus tinggal? Takkan pula bersama Farah. Dia tidak tahu menahu kemelut yang melanda antara aku dan Zakuan. Pulang ke rumah keluarga? Mungkin menambahkan kekusutan yang melanda. Dan mungkin aku terpaksa berterus terang dengan mereka. Mahukah mereka menerima aku jika pekung di dada sudah kubuka kesemuanya? Bagaimana dengan maruah mereka apabila mengetahui keadaan aku sebenarnya?
Terlalu banyak yang perlu aku fikirkan. Dan aku tidak tahu apa akan terjadi pada nasib diri ini. Aku merasa seperti dalam buangan pada hakikatnya aku sendiri yang membuang diri. Tapi, ke mana lagi boleh aku mengadu nasib? Pada Mak Jah? Tak mungkin… tak mungkin aku mahu memijakkan kaki ke rumah itu lagi. Zakuan sudah membuang aku dari hidupnya. Aku terkapai-kapai seorang diri.
Emak dan ayah juga sudah lama tidakku jenguk. Apa khabar agaknya mereka sekarang? Tiba-tiba saja perasaan rindu begitu membuak-buak dalam dada pada emak dan ayahnya. Tanpa berlengah-lengah lagi Zira terus kembali ke hotel untuk check out.
Dia nekad! Dia perlu berterus terang dengan emak dan ayahnya. Dia tidak peduli dengan apa yang bakal dia terima apabila rahsia itu dibuka. Dia berserah kepada ALLAH. Jika dengan pengakuannya itu dia akan dihalau dari rumah kelahirannya itu, dia rela asalkan dia tidak terus menerus menipu emak dan ayahnya tentang sejarah hitam dia bersama Azahari.
Biar emak dan ayah tahu siapa Azahari yang sebenarnya! Bisiknya di dalam hati sambil menumpukan perhatian pada jalan raya yang sesak.
Dari kejauhan dia melihat pintu pagar rumahnya terbuka. Dadanya berdebar di samping sarat dengan pelbagai kemungkinan. Apa agaknya reaksi emak dan ayah jika mengetahui hal yang sebenar? Dia menghela nafas yang berat.
Sebaik sahaja dia membelok masuk ke halaman rumah, dia terus terpandangkan tiga wajah yang sedang duduk berehat di meja. Tersentak Zira apabila melihat wajah itu. Zakuan! Ya, Zakuan bersama-sama dengan ayah dan emaknya. Mengapa pula dia datang ke sini? Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Perlahan-lahan dia memakir keretanya berhampiran dengan kereta Zakuan dan mematikan enjin kereta. Sebelum dia membuka pintu kereta, Zira menarik nafas yang panjang lalu dihembusnya perlahan. Hatinya berdebar dengan kencang. Tangannya menggigil.
Tiba-tiba pintunya terbuka dengan sendiri. Tersentak dia seketika lalu menoleh ke kanan sambil mendongak.
“Zira…” ucap Zakuan perlahan tetapi ada nada kelegaan pada suaranya.
Zira terkejut dengan kehadiran Zakuan di sisi keretanya. Dia hanya memandang ke dalam anak mata Zakuan. Begitu juga Zakuan yang turut merenung mata Zira. Tiada kata-kata yang terbit dari celahan bibir Zira sebaliknya dia melangkah keluar dari keretanya dengan tenang. Tangannya dihulur kepada Zakuan untuk bersalaman. Zakuan pada mulanya terkejut dengan tingkahlaku Zira tetapi dihulurkan juga tangannya untuk bersalaman dengan Zira. Perlahan-lahan Zira menundukkan wajahnya lalu mengucup tangan suaminya. Hatinya Zakuan tiba-tiba menjadi sayu.
“Maafkan saya…” Bisik Zakuan sebaik sahaja Zira mengangkat wajahnya. Dia dapat melihat air mata sudah bergenang di kelopak mata Zira.
Zira sedikit terkejut dengan ucapan Zakuan namun dia gagahi juga mengukir senyuman tetapi hambar. Mengapa pula meminta maaf padaku? Getusnya kehairanan.
“Zira yang sepatutnya minta maaf pada awak.” Serak sahaja suara yang keluar dari mulut Zira.
“Tidak, saya yang sepatutnya minta maaf pada Zira kerana meninggalkan Zira pada malam itu. Sepatutnya saya melindungi Zira kerana Zira sedang hamil tika ini.” Lembut suara Zakuan seakan memujuk. Dada Zira yang berdebar kencang tadi surut tiba-tiba.
“Tapi…”
“Marilah ke sini Zira, Zakuan!!” tiba-tiba emak melaung dari meja di taman. Perbualan antara Zira dan Zakuan terhenti.
“Mari kita join emak dan ayah.” Ajak Zakuan lantas menarik tangan Zira. Zira yang masih terpinga-pinga hanya menurut langkah Zakuan.
“Emak dan ayah tak tahu lagi yang Zira pregnant! Nanti kita suprisekan mereka ya!” ucap Zakuan dengan wajah berseri-seri.
Zira semakin hairan dengan telatah Zakuan. Apa yang mahu dia lakukan
Genggaman erat tangan Zakuan hanya dibiarkan saja. Zira membatu di sisi Zakuan. Riak wajahnya begitu gusar dan cemas. Dadanya seakan mahu pecah menantikan kata-kata yang bakal terbit dari rekahan bibir suaminya itu. Jika diturutkan hati, dia mahu segera meninggalkan rumah itu. Tapi, dengan tangannya berada dalam genggaman Zakuan, mustahil dia dapat lari.
“Mak, ayah… kami ada berita baik untuk mak dan ayah.” Zakuan memulakan bicara.
Ayah dan emak Zira memandang mereka dengan kehairanan. “Apa dia?” soal Puan Sarah sambil mengerutkan dahinya.
Zakuan tidak segera menjawab sebaliknya tersenyum lebar sambil melirik kepada Zira yang berdiri di sebelah kanannya. Dia mengemaskan genggaman tangannya. Zira segera menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali tanda membantah. Wajahnya berkerut, hampir menangis.
“Don’t worry…” bisik Zakuan perlahan lalu menarik nafas panjang. Tangan kirinya menepuk-nepuk tangan kiri Zira yang berada dalam genggamannya.
“Zira sudah berbadan dua.” Akhirnya terurai juga rahsia yang cuba disembunyikan selama ini. Cuma mereka belum mengetahui siapa bapa kepada anak yang bakal lahir itu nanti.
Bagai mahu terkeluar terkeluar jantungnya apabila mulut Zakuan begitu lancar mengeluarkan butir bicaranya. Pantas dia memandang ke arah kedua-dua orang tuanya untuk melihat reaksi mereka. Ternyata berita itu menggembirakan hati tua mereka. Senyuman menghiasi wajah masing-masing.
“Alhamdulillah… akhirnya tercapai juga hasrat ayah dan emak nak menimang cucu. Dah berapa bulan?” wajah Puan Sarah begitu berseri-seri. Wajah Zira ditatap dengan penuh gembira. Pipi Zira sudah beberapa kali dikucup. Gembira sungguh hatinya.
“Dua bulan mak…” jawab Zakuan apabila melihat Zira hanya mendiamkan diri.
”Dua bulan? Bunting pelamin nie…!!!” Balas ayah mertuanya lalu ketawa besar. Hati tuanya juga turut bahagia apabila menerima perkhabaran itu.
Tetapi tidak pada Zira. Dia hanya tersenyum hambar. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Masalah yang dihadapinya semakin sulit. Semakin membelit dirinya. Fikirannya begitu bercelaru.
“Ayah dan mama Zakuan dah tahu berita gembira nie?” soal Puan Sarah kepada Zakuan yang sentiasa mengukirkan senyuman.
“Belum lagi emak. Insyaallah, dalam masa yang terdekat nie saya akan beritahu mereka.” Jawab Zakuan lalu menggenggam erat tangan Zira. Zira hanya membiarkan sahaja perlakuan Zakuan.
Zakuan membantu Zira untuk duduk di kerusi. Zira menuruti tanpa banyak bicara.
“Kenapa muka kau pucat Zira?” Suara ayahnya menerobos masuk ke gegendang telinganya.
“Ermm… Zira selalu pening dan kadang-kadang loya.” Jawab Zira perlahan tanpa memandang wajah ayahnya yang bertanya.
“Biasalah tu. Orang mengandung… insyaallah dua atau tiga bulan lagi eloklah.” Ibunya mencelah. Zira hanya menganggukkan kepala.
Selepas itu Zira membiarkan Zakuan berbual-bual dengan ayah dan ibunya tanpa menyampuk sedikitpun perbualan mereka. Zakuan yang berada di sebelahnya agak gelisah. Kalau boleh dia mahu berdua-duaan dengan Zira. Banyak yang mahu diperkatakan kepada Zira. Mungkin juga banyak persoalan yang menantikan jawapan dari isterinya itu.
“Ermm… kepala Zira pening. Zira masuk berehat dulu ya…” Zira terus bangun lalu meninggalkan ayah, emak dan Zakuan.
“Saya masuk temankan Zira ya mak, ayah.” Peluang yang dinanti-nantinya akhirnya tiba jua.
“Baiklah…” Jawab emak dan ayah mertuanya serentak. Tanpa berlengah-lengah lagi dia mengatur langkah membuntuti langkah Zira yang lemah longlai lalu menghilang ke dalam rumah.
Ketukan di pintu tidak dihiraukan. Zira berteleku di atas katil. Air mata sudah membanjiri pipi mulusnya. Sekali sekala kedengaran esakannya yang perlahan.
Pintu perlahan-lahan terbuka dari luar. Zakuan melangkah masuk dengan berhati-hati. Seketika dia berdiri dan memandang Zira yang sedang duduk memeluk lutut. Dahinya diletakkan di atas lutut. Bahunya terhinggut-hinggut, seiring dengan nada tangisan.
Rasa bersalah menerpa ke jiwanya. Dengan langkah yang berat, dia menghampiri Zira lalu duduk di birai katil. Mulutnya berat untuk berbicara. Hanya mata memandang tubuh isterinya.
“Zira…” Panggilnya hampir berbisik.
Zira mengangkat wajahnya. Air mata sudah membanjiri kedua-dua pipinya. Mata pula merah dan bengkak.
“Kenapa?” Zakuan tersentak dengan pertanyaan Zira. Terpinga-pinga dia sebentar.
“Kenapa apa?” Dia menyoal Zira pula.
Zira mengeluh panjang sambil tangan lincah mengesat air mata. “Kenapa perlu menipu ayah dan emak?”
“Menipu? Saya tak faham. Bila pula saya menipu?” Zakuan semakin kehairanan dengan pertanyaan dari Zira.
“Tentang kandungan saya…” balas Zira perlahan. Tangan kanannya mengusap-usap kandungannya.
“Memang Zira pregnantkan. So, saya bercakap benar.” Tegas Zakuan walaupun di fikirannya masih berteka-teki.
“Tapi anak ini bukan anak awak!” suara Zira meninggi.
Zakuan tidak segera menjawab. Bibirnya tersenyum sedikit. “Zira… saya hanya memberitahu tentang kandungan awak pada emak dan ayah. Bukannya memberitahu tentang siapa ayah kepada kandungan awak. Walaupun hakikatnya kandungan itu bukan dari benih saya, saya sanggup mengakuinya walaupun terpaksa menipu pada emak dan ayah malah satu dunia sekalipun.”
Hati Zira digamit rasa sayu. Air matanya kembali mengalir. Mengapa lelaki ini terlalu bodoh??? Sanggup mengakui anak orang lain sebagai anak sendiri!!!
“Awak tak perlu buat semua itu. Tak perlu, Zakuan. Kenapa awak baik sangat, hah?? Saya macam tak percaya ada orang yang sebaik awak dalam dunia ini. Sudah tahu saya diperkosa, tapi sanggup untuk menikahi saya. Sekarang saya sedang hamil, itu pun awak sanggup untuk menerimanya. Please, tell me… apa yang awak mahu sebenarnya? Apa yang awak cuba lakukan? Apa yang sedang awak buktikan pada saya? Tolonglah… awak buat saya rasa… amat bersalah terhadap awak. Awak baik… bukan saja baik… tapi teramat baik sebenarnya. Awak tak sepatutnya melibatkan diri ke dalam kehidupan saya. Awak boleh mendapat isteri yang lebih baik dari saya. Tapi, kenapa awak sanggup merosakkan masa depan awak dengan hidup bersama saya. Kita tak pernah kenal rapat sebelum ini. Apatah lagi bercinta! Lantas awak membuat keputusan mahu menikahi saya walaupun awak tahu peristiwa hitam yang berlaku pada saya, tapi awak masih sanggup untuk menikahi saya. Kenapa? Kenapa?”
Terpaku Zakuan menatap wajah Zira yang memerah. Mungkin terlampau marah atau akibat tangisan yang tak henti-henti. Tiada lagi suara lembut dan lunak ketika menuturkan kata-kata.
“Saya akui… apa yang saya lakukan pada awak selami ini mungkin dianggap bodoh ataupun merosakkan kebahagiaan sendiri tapi saya buat semua ini kerana tidak mahu awak seorang diri mengharunginya.” Zakuan mempertahankan diri.
“Itu bukan jawapan tapi alasan!” Zira sudah turun dari katilnya. Dia sedang mundar-mandir di tepi katil. Telepak tangan kanannya mula memegang dahinya.
“Bukan alasan, tapi itulah yang sebenarnya.” Tegas Zakuan. Dia juga turut berdiri. Suasana dirasakan semakin tegang. Zira bukanlah seperti yang dikenalinya dulu. Zira yang berada di hadapannya ini lebih agresif dan emosinya tidak terkawal.
“Awak bohong. Bukan itu yang sebenarnya ingin awak katakan. Kalau awak kata itu jawapannya, mengapa pula saya yang menjadi pilihan sedangkan ada orang lain yang lebih menderita dari saya?” Zira seakan menguji hati Zakuan.
Zakuan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa pula yang jawapan yang patut diberikan pada Zira? Mengapa susah sangat untuk aku ungkapkan kata-kata itu? Atau aku takut sekiranya perasaan aku ini tidak berbalas?
“Zira… saya ikhlas terhadap awak. Please, jangan tanya mengapa. Yang penting, saya menerima awak walau apa keadaan sekalipun. Sebab saya… saya…” Bicaranya terhenti di situ. Amat sukar untuk dia meluahkan perasaannya kepada Zira. Dia tidak yakin Zira dapat menerimanya.
“Sebab apa?” Zira bertanya tidak sabar. Matanya bulat menatap wajah Zakuan yang berdiri agak jauh darinya kerana dipisahkan oleh katil.
Lidah Zakuan kelu. Lidahnya tidak dapat menuturkan kata-kata. Hanya bibirnya bergerak-gerak. Zira masih setia menantikan jawapan dari Zakuan.
“Awak sendiri pun tidak tahu, kan…” keluh Zira lalu ketawa kecil lalu mengeleng-gelengkan kepalanya. “Atau ada yang awak rahsiakan dari pengetahuan saya?” Sambungnya setelah diam seketika.
“Saya rasa cukup sampai di sini saja. Saya tidak mahu menyiksa awak dalam perkahwinan kita. Tiada maknanya perkahwinan kita ini. Awak sebenarnya telah melakukan satu kesilapan yang besar kerana mengahwini saya. Bebaskanlah saya…” ucap Zira dengan tenang.
Jantung Zakuan seakan berhenti berdegup. Matanya tepat merenung pada Zira. Bebaskan Zira? Bercerai??
Sepanjang malam Zira mengurungkan diri di dalam bilik. Sementara Zakuan pula secara senyap-senyap menyelusup keluar dari rumah. Dia menghala ke pejabatnya. Hari sudah jauh malam, dia tidak tahu ke mana harus ditujuinya. Pulang ke rumah, hanya bisa mengundang gundah di dalam hatinya. Akhirnya, dia menghala ke pejabatnya.
Sebaik sahaja sampai di pejabat, dia memetik suis lampu. Terang benderang biliknya. Dia bergerak ke kerusi lalu menghempaskan badannya ke kerusi. Bergegar kerusi itu menampung berat badan Zakuan. Tangan kanannya mengurut-urut dahinya. Terasa berdenyut-denyut di sekitar kawasan itu. Perlahan-lahan keluhan dilepaskan.
Salahkah aku? Salahkah aku cuba membantu dia? Apakah semua yang aku lakukan terhadap dia, sedikitpun tidak memberi kesan di dalam hatinya? Bodohkah aku yang masih setia hanya kerana perasaan cinta yang begitu mendalam kepadanya?
Melepaskan Zira? Tak mungkin aku lakukan. Aku pasti Azahari tidak akan membiarkan Zira. Tambah-tambah lagi bila mengetahui aku sudah melepaskan Zira. Dia tidak layak untuk Zira. Bukan sahaja pada Zira, malah pada semua perempuan. Lelaki itu hanya bertuankan nafsu berajakan syaitan!!!
Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dia menyeluk koceknya. Skrin telefon diperhatikan. Tertera nombor telefon Zira. Hatinya dicuit rasa hairan. Selama berkahwin, tidak pernah sekalipun Zira menelefonnya. Entah apa mimpi dia menelefon aku? Mungkin sudah sedar ‘kehilangan’ aku dari rumah agaknya. Biarlah… aku perlukan masa untuk bersendirian. Lagipun, kehadiran aku tidak memberi apa-apa makna pada dirinya. Getus Zakuan sendirian.
Dia meletakkan telefon bimbitnya yang masih berbunyi di atas meja. Acapkali dia melirik ke arah telefon bimbitnya. Jawab ke tidak? Jawab… tidak… jawab… tidak…
Hampir lima minit deringan masih lagi berbunyi. Zakuan mengeraskan hatinya tidak mahu menjawab panggil dari Zira. Tak lama kemudian, deringan berhenti. Zakuan menghela nafas lega. Huh… sekali sekala aku pun nak merajuk… bisiknya lalu ketawa kecil.
Aku merajuk, ada ke orang nak pujuk? Mungkin Zira nak pujuk aku, sebab itulah dia cuba call aku banyak kali. Bertuahnya badan kalau Zira pujuk aku. Tapi, rasanya nak tunggu Zira pujuk aku, kucing bertanduk pun belum tentu agaknya. Zakuan memujuk hatinya yang rawan.
Dia melayan hatinya yang sedikit tercalar akibat perbuatan Zira yang seperti tidak menghargai apa yang dilakukan olehnya. Bukannya dia minta balasan atas kebaikan dan pengorbanannya. Cuma dia menginginkan tempat di dalam hati Zira buatnya. Itu saja… terlalu sukarkah?
Sedar tak sedar hampir sejam dia mengelamun seorang diri di dalam pejabat. Ketenangannya terganggu apabila deringan telefonnya kembali berbunyi. Pantas tangannya mencapai telefon. Diamati skrin telefon. Nombor siapa pula nie? Detiknya di dalam hati.
“Err… hello?” Zakuan menjawab juga panggilan itu walaupun di hatinya masih tertanya-tanya.
“Hello, Zakuan?” kedengaran suara itu termengah-mengah. Mungkin kepenatan.
“Ya… saya. Siapa yang bercakap tu?”
“Ayah…!!”
“Ayah?” Zakuan semakin kehairanan. Suara ayah mertuanya kedengaran begitu asing di telinganya.
“Iya… ayah nie. Kau ke mana?” suara ayah mertuanya seakan marah kepadanya. Zakuan kebingungan.
“Saya… saya… keluar sekejap beli barang.” Dalihnya dengan nada tersekat-sekat. “Kenapa ayah?”
“Zira pengsan dalam bilik air. Ayah cuba call kamu sejam yang lepas. Tapi kamu tak jawab.” Suara ayah mertuanya masih tidak puas hati dengan alasan Zakuan.
“Apa??? Zira pengsan? Ma… macam mana boleh jadi begitu?” alangkah terkejutnya Zakuan menerima berita itu. Tidak dia menyangka panggilan dari telefon Zira tadi adalah dari ayah mertuanya. Sesalan mula menular ke dalam dirinya. Matanya panas.
“Entahlah… emak kamu mahu mengajak kamu berdua turun makan. Mak kamu ketuk pintu tapi tak berjawab. Dia terus masuk dalam bilik tapi tak ada sesiapa. Tiba-tiba mak kamu dengar ada benda jatuh dalam bilik air. Bila dia ketuk pintu bilik air, tak ada siapa menyahut. Mak kamu mula rasa cuak. Kemudian mak kamu cuba buka pintu bilik air tapi tak boleh. Mak kamu panggil ayah suruh panggil kamu. Bila ayah cari-cari kamu, kamu tak ada… kereta pun tak ada. Ayahpun terus kopakkan pintu bilik air. Alih-alih tengok Zira dah terbaring dalam bilik air.” Bersungguh-sungguh ayah mertuanya bercerita. Zakuan mula tidak senang duduk. Dia mundar-mandir sambil telefon melekap di telinganya.
“Habis tu, macam mana Zira sekarang?” soalnya cemas.
“Masih dalam bilik kecemasan. Kamu datanglah segera ke HUKM.” Gesa ayah mertuanya.
“Baiklah ayah… saya datang sekarang.”
Tanpa berlengah-lengah lagi Zakuan terus meluru keluar dari biliknya. Dia harus segera sampai ke sana untuk berada di samping isteri tersayang.
Macam mana boleh jadi begitu? Mengapa malang datang bertimpa-timpa pada kami berdua? Adakah kami berdua memang tidak ditakdirkan untuk hidup bahagia sebagai sepasang suami isteri. YA ALLAH… aku amat menyintai Zira. Selamatkanlah Zira…
Suasana sepi ketika Zakuan sampai di wad kecemasan. Kelihatan emak dan ayah mertuanya sedang duduk menanti di depan bilik pembedahan. Apa yang sedang berlaku di sebalik pintu itu? Langkahnya semakin pantas mendekati Encik Sahak dan Puan Kamalia.
“Mak… ayah… macam mana dengan Zira?”
Encik Sahak agak terkejut dengan kedatangan Zakuan yang secara tiba-tiba terpacul di hadapannya. Dia mendongak seketika dan kemudiannya bangun mengadap Zakuan.
“Entahlah… ayah tak tahu. Zira masih di dalam.” Ujarnya sambil matanya terarah ke pintu bilik pembedahan. Mata Zakuan turut melirik ke arah pintu.
“Maafkan saya ayah kerana meninggalkan Zira seorang diri tadi.” Ucapnya penuh kesalan di dada.
“Sudah… tak payah nak difikirkan lagi. Benda dah nak terjadi, bukannya boleh dihalang.” Balas ayah mertuanya perlahan.
Puan Kamalia hanya mendiamkan diri dengan wajah yang keruh. Zakuan memandang wajah emak mertuanya yang sedang termenung. Perlahan-lahan dia mendekati Puan Kamalia.
“Harap-harap Zira tak apa-apa…” serak sahaja suara yang terbit dari celahan bibir emak mertuanya. Zakuan hanya menganggukkan kepalanya.
Detik yang berlalu dirasakan begitu lambat. Zakuan keresahan. Mengapa malang datang bertimpa-timpa menimpa Zira? Mengapa dia diuji sebegini?
Sejam kemudian, pintu bilik terkuak. Seorang wanita keluar dari celahan bukaan pintu itu. Bergegas mereka bertiga mendekati doktor wanita tersebut.
“Bagaimana dengan keadaan anak saya?” soal Encik Sahak pantas. Doktor wanita itu agak terkejut tetapi segera dia mengorak senyuman hambar.
“Encik ayahnya?” dia menyoal balas. Encik Sahak segera menganggukkan kepalanya.
“Ya… saya ayahnya dan ini isteri saya dan itu pula suami anak saya…” ujar Encik Sahak sambil tangannya menunding ke arah Zakuan.
“Saya Doktor Zaharah. Baiklah, tentang anak encik… kandungannya selamat walaupun begitu dalam keadaannya sekarang dia perlu dijaga dengan rapi. Rahimnya tidak kuat dan takut akan berlaku keguguran.” Berita yang dibawa oleh Doktor Zaharah itu amat melegakan hati Zakuan, begitu juga kedua-dua mertuanya.
“Alhamdulillah…” ucap mereka serentak.
“Boleh kami jumpa dengan dia?” Puan Kamalia pula menyoal.
“Boleh, tapi biarkan dia berehat. Sekejap lagi dia akan dipindahkan ke wad.” Balas Doktor Zaharah dan kemudiannya meminta diri.
“Mujur tak ada apa-apa yang berlaku pada Zira. Risau saya kalau-kalau kandungannya tak dapat diselamatkan.” Zakuan hanya memandang wajah emak mertuanya. Lidahnya kelu. Fikirannya tak dapat berfungsi dengan baik. Pelbagai soalan menerpa di benaknya. Tetapi, sekarang hanya satu yang bermain di fikirannya. Adakah Zira cuba menggugurkan kandungan itu? Astagfirullahal’azim… takkanlah fikiran Zira secetek itu…
“Zakuan, kau baliklah dengan ayah. Biar mak jaga Zira. Pagi-pagi esok Zakuan datang bawa pakaian Zira, ya?” suara emak mertuanya menerjah masuk ke dalam telinga. Dia tidak membalas kata-kata itu sebaliknya hanya mengangguk sahaja. Seketika kemudian, dia beriringan keluar bersama ayah mertuanya.
Jambangan bunga di tangannya dicium beberapa kali. Sedozen mawar merah telah digubah dengan cantik menjadi sebuah jambangan bunga yang amat menarik semua mata yang memandang. Di celah-celah kuntuman mawar itu diselitkan bunga-bunga kecil dan halus berwarna putih. Zakuan tersenyum menantikan reaksi Zira apabila menerima jambangan mawar merah itu nanti. Dia bersiul-siul kecil melalui koridor wad untuk melawat isterinya.
Sebaik sahaja dia membuka pintu wad, matanya tertancap pada satu pasangan yang sedang berbual mesra dengan Zira dan kedua-dua mertuanya. Mereka berpaling melihat Zakuan yang sedang berdiri tegak di ambang pintu. Zakuan melemparkan segaris senyuman kepada mereka semua sambil bibirnya mengucapkan salam. Salamnya disambut serentak.
“Itulah Zakuan, suaminya Zira.” Puan Kamalia bersuara memperkenalkan Zakuan pada pasangan itu. Zakuan segera mendekati mereka. Sempat juga dia memandang wajah Zira yang kelihatan pucat. Dia juga turut berbalas pandangan dengan Zakuan.
“Zakuan, mari ayah kenalkan. Ini Encik Hamzah dan ini pula Puan Mastura, isterinya. Mereka berdua nie kawan baik keluarga kita. Dah lama kami kenal.” Zakuan menganggukkan kepalanya lalu menghampiri pasangan suami isteri itu lalu menghulurkan tangan bersalaman.
“Inilah menantu kami Hamzah, Mastura.” Lebar senyuman Encik Sahak sambil menepuk mesra bahu Zakuan. Zakuan tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Encik Hamzah dan Puan Mastura membalas senyuman Zakuan dengan mesra.
Zakuan kemudiannya mendekati Zira yang terbaring lemah di atas katil hospital bercadar putih bersih. Dia mengorak senyuman lalu menghulurkan jambangan mawar merah kepada Zira. Zira menyambutnya lalu tersenyum lemah. Hati Zakuan lega melihat senyuman di bibir Zira walaupun ianya hampir tidak kelihatan. Tangannya segera menggenggam tangan Zira dengan erat. Perbuatannya diperhatikan oleh kedua-dua mertuanya dan juga Encik Hamzah serta Puan Mastura. Mereka tersenyum sesama sendiri.
“Bertuah Zira dapat suami yang penyayang macam Zakuan. Walaupun kami terkilan hendak bermenantukan Zira, sekurang-kurangnya kami gembira melihat Zira bahagia dan disayangi oleh suaminya.” Suara Puan Mastura memecah kesunyian. Hati Zakuan tiba-tiba berkocak mendengar bicara Puan Mastura. Terpinga-pinga dia memandang wajah wanita itu seolah-olah meminta penjelasan yang lebih lanjut.
“Sudah tiada jodoh antara Azahari dan Zira.” Balas Puan Kamalia perlahan lalu tangannya menyentuh tangan Puan Mastura yang berada di sisinya. Puan Mastura hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum hambar. Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan fikiran.
Sementara Zakuan tidak senang duduk mendengar kata-kata ibu mertuanya dan Puan Mastura. Azahari? Jadi mereka ini ibu dan ayah Azahari? Hatinya berkocak hebat. Rasa cemburu dan gelisah bersilih ganti mengganggu fikirannya. Hatinya tidak senang dengan keadaan ini. Jika emak dan ayah Azahari tahu tentang keadaan Zira, sudah tentu lelaki itu juga tahu. Jika dia tahu, apa yang bakal dia lakukan? Aku terasa seperti sesuatu yang buruk akan terjadi pada dia dan Zira. Aku harus berwaspada!
Tidak lama kemudian Encik Hamzah dan Puan Mastura meminta diri untuk pulang. Encik Sahak dan Puan Kamalia juga turut ingin pulang kerana mereka sudah lama berada di situ sambil memberi peluang kepada Zakuan untuk menemani Zira. Setelah bersalam-salaman, mereka berempat segera beredar lalu meninggalkan Zira dan Zakuan di dalam bilik wad. Suasana sunyi menyelebungi mereka berdua.
Apabila ditinggalkan berdua-duaan begitu, tiada sepatah katapun yang terbit dari mulut mereka. Masing-masing seperti sedang melayani fikiran sendiri. Zira gentar untuk berhadapan dengan Zakuan setelah apa yang berlaku antara mereka semalam. Peristiwa semalam masih terlayar di ruang matanya. Bagaikan melekat di mindanya dan sentiasa berulang-ulang serta menari-nari di ruang matanya.
Dahi Zakuan berkerut-kerut seolah-olah sedang menghadapi masalah yang terlalu berat untuk dipikul. Sedikitpun tidak memandang wajah isterinya yang sedang terbaring. Matanya membuang pandang ke luar tingkap. Seolah-olah rohnya tiada di situ hanya jasad yang menemani Zira tika ini. Apa yang sedang dia fikirkan? Adakah fikirannya terganggu setelah mengetahui bahawa Encik Hamzah dan Puan Mastura itu adalah ibu dan bapa kepada Azahari? Ingin sekali aku bertanya apa yang sedang difikirkannya tika ini. Detik Zira di dalam hati.
Bosan dengan kebisuan Zakuan, Zira yang berada dahaga cuba bangun. Melihat keadaan Zira itu, pantas Zakuan memberi bantuan. Bantal ditegak dan disandarkan pada kepala katil. Zakuan memaut pinggang Zira untuk membantu Zira untuk bersandar dengan selesa. Sentuhan Zakuan di pinggangnya membuatkan debaran di dada Zira tiba-tiba kencang. Namun riak wajahnya bersahaja.
“Terima kasih…” ucapnya perlahan.
“Tak perlu berterima kasih pada suami sendiri.” Balas Zakuan penuh makna. Zira hanya mendiamkan diri.
Kemudian tangannya segera mencapai gelas di atas meja kecil di tepi katilnya.
“Zira haus?” soal Zakuan apabila melihat perbuatan Zira. Zira mengalihkan pandangan matanya pada Zakuan yang setia di sisi katil.
Zira tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala sambil tangannya cuba mencapai jag air yang berada agak jauh.
Zakuan pantas bangun lalu mengambil gelas dari genggaman jemari isterinya lalu tangan kirinya mengangkat jag air lalu menuang isinya ke dalam gelas kaca. Gelas yang berisi separuh air masak didekatkan pada bibir Zira. Terkejut Zira dengan layanan yang diberikan pada Zakuan padanya. Namun begitu perlahan-lahan dia membuka mulut lalu meneguk air sedikit demi sedikit. Terasa payau air yang menuruni kerongkongnya. Tidak sampai separuh air masuk ke dalam mulutnya, dia sudah menolak perlahan gelas dari bibirnya.
“How are you feeling today?” soal Zakuan dengan matanya tepat memandang wajah Zira dan bibir mengorak senyuman. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil, bersebelahan Zira. Mereka berada dalam keadaan setentang. Kesempatan itu diambil dengan mengamati wajah isterinya yang sedang memandang ke arah lain. Kelihatan wajah itu amat pucat. Namun, kejelitaannya tetap terserlah. Cuma matanya bundarnya tidak lagi bersinar seperti dulu. Ingin sekali dia membelai wajah itu namun takut ditolak oleh Zira.
“Fine…” balas Zira antara dengar dengan tidak. Wajahnya ditundukkan, tidak berani menentang pandangan Zakuan kerana setiap kali dia memandang mata itu, hatinya akan berdebar dengan hebat.
“Yang tadi itu, ayah dan ibu Azahari?” Zira agak tersentak dengan pertanyaan itu. Tiba-tiba rasa cemas menerpa ke benaknya. Dia hanya menganggukkan kepalanya sekali.
Zakuan menghela nafas kasar. Entah mengapa hatinya tidak enak apabila melihat kedatangan ayah dan ibu Azahari. Dia berasa seolah-olah Zira berada dalam keadaan terancam. Sudah pasti Azahari turut mengetahui tentang kejadian yang menimpa Zira dan lelaki itu tidak akan duduk mendiamkan diri begitu sahaja. Dia pasti dengan keadaan itu. Dia seorang lelaki yang agresif dan juga merbahaya pada Zira serta dirinya.
Semua itu hanya berlegar-legar di dalam mindanya sahaja. Dia cuba berlagak setenang yang mungkin di hadapan Zira. Dia sudah nekad. Walau apapun yang terjadi, tidak sekali-kali dia akan melepaskan Zira. Dia cintakan Zira! Itulah yang cuba dia katakan semalam. Biarlah Zira tidak mencintainya. Dia tidak peduli. Dia tetap mahu bersama Zira dan sama-sama mengharungi derita yang ditanggung oleh wanita itu.
“Tentang semalam, apa yang sebenarnya terjadi? Macam mana boleh jadi begini?” soalan bertubi-tubi dari Zakuan seakan mencekik lehernya. Nafasnya terasa sesak.
“Zira pitam…” Jawab Zira lemah. Tangan kanannya menarik-narik jari telunjuk tangan kirinya. Dia kelihatan resah. Sebenarnya dia tidak selesa berada berdua-duaan dengan Zakuan.
“Abang minta maaf sebab tinggalkan Zira seorang diri semalam.” Sayu suara itu bergema di dalam bilik.
“It’s ok…” balasnya walaupun agak janggal apabila mendengar Zakuan membahasakan dirinya sebagai ‘abang’.
“No… it’s not ok. I’m a very bad husband.” Ucap Zakuan menyalahkan dirinya atas apa yang menimpa Zira.
Zira hanya mendiamkan diri. Air mata sudah bergenang. Dia mengetap bibir bawahnya dengan kuat. Cuba untuk menenangkan dirinya. Dia sebenarnya sudah bersedia menerima apa sahaja keputusan yang bakal Zakuan putuskan kelak. Dia benar-benar sudah bersedia.
“Abang sudah buat keputusan. Tiada siapa yang dapat mengubah keputusan abang ini walau Zira sekalipun.” Ucap Zakuan tiba-tiba. Zira pantas memandang Zakuan. Hatinya menjadi tidak keruan. Namun, digagahinya juga untuk terus menatap wajah tampan di hadapannya itu.
“Zira isteri abang, tiada siapa yang boleh menafikan kenyataan ini. Zira akan tetap menjadi isteri abang sampai bila-bila. Hingga ke akhir hayat pun Zira tetap isteri abang. Abang mahu Zira sentiasa mengingati bahawa abang adalah suami Zira.” Ujar Zakuan lalu mengucup ubun-ubun Zira sebelum meninggalkan Zira terpinga-pinga seorang diri di atas katil.
Selepas doktor membuat pemeriksaan pada pagi itu, Zira hanya duduk berehat sambil membaca majalah yang dibawa oleh ibunya semalam. Rasa bosan mula merajai hatinya. Zakuan pula selepas meninggalkannya petang semalam, hanya kembali lewat malam semalam setelah dia melelapkan mata. Zira sedar akan kehadiran Zakuan tatkala dia merasa ada tangan yang membetulkan gebarnya. Namun dia hanya mendiamkan diri tanpa reaksi. Akhirnya dia terlena santak ke pagi.
Seketika kemudian, dia kembali teringatkan kata-kata Zakuan sebelum meninggalkan dia petang semalam. Dari kata-kata itu, dia tahu Zakuan memang tidak akan menceraikan dia. Entah mengapa perasaan lega menyelinap ke dalam jiwanya. Dia sendiri tidak memahami dirinya sendiri. Adakalanya dia tidak mahu Zakuan ‘menghantui’ serta membayangi hidupnya. Tetapi, adakalanya pula mahu Zakuan sentiasa berdampingan dengannya. Dia berasa selamat sekiranya Zakuan berada di sisinya. Seolah-olah dirinya dilindungi dan dijaga setiap waktu.
Zakuan langsung tidak menyentuh tentang permintaan Zira yang meminta dilepaskan sebaliknya menyatakan bahawa Zira tetap isterinya hingga ke akhir hayat. Tetapi selepas itu tiada sepatahpun kata yang keluar lagi dari mulut Zakuan. Malah terus menghilangkan diri sebelum Zira terjaga pada pagi itu. Mengapa? Zira keliru.
Kedamaian pagi itu dicemari tatkala ada tangan yang mengetuk pintu bilik wad. Zira kehairanan, siapa pula yang datang? Kalau doktor atau jururawat sudah tentu tak perlu mengetuk, terus sahaja membuka pintu. Hendak dikata pelawat, tidak mungkin. Waktu lawatan belum bermula. Dia berteka-teki di dalam hati.
Belum pun sempat dia membuka mulut untuk meminta orang yang mengetuk pintu itu masuk ke dalam biliknya, tombol pintu sudah dipulas dari luar. Perlahan-lahan daun pintu dikuak. Sedikit demi sedikit wajah dan tubuh gerangan yang mengetuk pintu wadnya terserlah.
“Kau???” wajah Zira pucat tidak berdarah apabila melihat wajah Azahari yang tersembul di balik daun pintu.
“Ya, aku!!” jawab Azahari angkuh. Dia menapak menghampiri Zira yang sedang ketakutan.
“Macam mana kau boleh berada di sini? Apa yang kau mahu?” terketar-ketar Zira berhadapan dengan Azahari. Azahari begitu berbeza hari ini. Wajahnya bengis. Matanya tajam menatap Zira. Dia mendekati Zira lalu mencengkam bahu Zira dengan kuat. Berkerut wajah Zira menahan rasa sakit cengkaman kuat tangan Azahari.
“Itu kau tak perlu tahu. Sekarang aku mahu tanya kau. Apa yang cuba lakukan pada anak kita? Kau cuba gugurkan kandungan ini? Kau cuba bunuh anak kita?” soal Azahari bertalu-talu sambil menggegarkan tubuh lemah Zira.
Zira mula menangis ketakutan. Tidak pernah dia melihat Azahari berkelakuan seperti ini.
“Jangan menangis. Jawab soalan aku???” tengking Azahari kuat.
“Zira… Zira bukan mahu menggugurkan atau membunuh kandungan ini. Cuma… cuma…”
“Cuma apa?” tengking Azahari sekali lagi. Semangat Zira seakan terbang seketika apabila ditengking begitu.
Bicara Zira tersekat-sekat. Dia benar-benar takut. Takut melihat wajah dan kelakuan Azahari yang amat garang dan bengis. Seperti seekor singa yang cuba menerkam mangsanya. Pada tika ini, dia hanya dapat berdoa agar Zakuan segera muncul dan menyelamatkan dirinya dari Azahari. Namun, semuanya tidak mungkin. Waktu ini sudah pasti Zakuan berada di pejabat.
Azahari mundar mandir di hadapan katil. Dia bercekak pinggang sambil berjalan berulang kali ke hulu dan ke hilir. Zira semakin cemas melihat keadaan Azahari yang sudah tidak siuman. Dia menggumam dan bercakap seorang diri. Tetapi sepatah haram pun Zira tidak memahami apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Tiba-tiba kaki Azahari berhenti melangkah. Dia kembali memandang Zira.
“Aku tahu… aku tahu… Zakuan. Ya, Zakuan cuba membunuh anak aku. Aku tahu, dia memang berdendam pada aku. Dia tidak mahu zuriat aku lahir ke dunia. Dia yang memaksa kau menggugurkan kandungan ini, bukan?” tuduh Azahari dengan mata yang bersinar garang.
Zira menggeleng-gelengkan kepalanya. Lidahnya kelu untuk menangkis tuduhan yang terbit dari mulut Azahari. Dia tiada kekuatan untuk melawan bicara Azahari. Dia amat takut tika ini. Hatinya tidak putus-putus berdoa dan mengharap ada orang yang datang untuk menyelamatkan dirinya dari cengkaman Azahari.
“Aku perlu selamatkan anak kita. Dia berada dalam keadaan yang bahaya. Zakuan cuba membunuhnya. Kali ini dia tidak berjaya. Dan lain kali dia akan mencuba untuk membunuh anak aku. Tidak… aku tidak akan membenarkan dia melakukannya. Tidakk…!!!” Bergema bilik itu dengan jeritan Azahari. Azahari benar-benar sudah tidak siuman. Zira menggigil ketakutan. Nafasnya terasa sesak.
“Kau, Zira… kau mesti ikut aku. Aku akan bawa kau di tempat yang selamat. Kita akan bina hidup baru di sana. Aku akan jaga kau dan kandungan kau. Zakuan takkan dapat cari kita dan membunuh anak kita.” Kata-kata Azahari benar-benar menakutkan Zira. Sebelah tangan Zira sudah berada di cengkamannya. Zira cuba menepis tapi dengan keadaannya yang masih lemah kekuatannya tidak setanding dengan Azahari.
“Aku cuba untuk selamatkan kau, Zira. Mari…” Azahari cuba untuk mengangkat Zira namun rontaan kuat dari Zira membantutkan tindakannya. Hati Azahari mendidih melihat keengganan Zira mengikutinya.
“Aku tak mahu ikut kau!!” Zira memberanikan diri bersuara.
“Mengapa tidak?” soal Azahari garang.
“Aku… aku tak suka kau. Kau menakutkan aku.” Jawapan yang keluar dari ulas bibir Zira meningkatkan tahap kemarahan Azahari.
“Oh, aku tahu sekarang. Kau dan Zakuan berpakat untuk menggugurkan kandungan ini. Kau berdua cuba membunuh anak aku!!” menyinga Azahari apabila Zira enggan mengikut katanya.
“Tidak… tidak…” Zira cuba menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Azahari. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan dan lindungilah aku dari lelaki ini. Lelaki ini benar-benar sudah tidak siuman. Aku tak mahu menjadi mangsanya buat kali kedua. Lindungilah aku Ya ALLAH. Zira berdoa di dalam hati.
“Kau berdua sama saja. Cuba bunuh anak aku supaya kau boleh menutup rahsiakan. Kau jangan lupa Zira, aku yang berhak pada anak itu kerana aku ayahnya yang sebenar. Zakuan tu yang bodoh sebab kahwin dengan kau. Sanggup kahwin dengan perempuan murahan seperti kau. Kau pun sama bodoh. Aku tahu kau kahwin dengan dia untuk menyakitkan hati aku. Tak cukup dengan itu, apabila mengetahui kau sedang mengandungkan anak aku, kau cuba bunuh dia dan berpakat dengan Zakuan. Aku takkan benarkan kau berdua lakukan apa-apa pada anak aku!” sergah Azahari kemudiannya menampar pipi Zira. Berpinar-pinar pandangan Zira setelah menerima penangan dari Azahari. Perit kulit pipinya.
Tak cukup dengan itu, Azahari cuba menarik Zira. Hampir tergelincir dia dari atas katil namun tangannya sempat berpaut pada palang katil untuk menampung berat tubuhnya. Zira berhempas pulas cuba menghalang tindakan kasar Azahari. Namun, kudratnya begitu lemah.
Melihat kedegilan Zira, menambahkan kehangatan hati Azahari. Amarahnya semakin membakar hati. Dia sudah hilang akal. Dia sudah lupa siapa dirinya lantaran rasa marah telah membutakan hatinya dan fikirannya. Dengan sekuat hati dia menampar wajah Zira. Akibat tamparan kuat itu, Zira terbaring tidak sedarkan diri. Azahari mengambil kesempatan itu untuk mencempung tubuh lemah Zira lalu diletakkan berhati-hati di atas kerusi roda lalu menolaknya dengan berhati-hati.
“Halim, aku mahu meminta bantuan kau. Isteri aku dalam bahaya!” suara Zakuan perlahan dan tenang sewaktu berbual dengan sahabatnya di talian.
Zakuan sudah mempunyai rancangannya. Dalam diam-diam dia mengupah sahabatnya untuk melindungi dan menjaga keselamatan Zira. Dia yakin Azahari juga sedang merancang sesuatu. Sebelum Azahari memulakan rancangannya, adalah lebih baik sekiranya dia sendiri bersiap sedia!
“Apa yang boleh aku bantu kau?” Halim menyoal. Dia merupakan sahabat lama Zakuan yang juga merupakan penyiasat persendirian.
“Isteri aku… Zira. Aku tahu dia mungkin dalam bahaya. Cuma aku tidak tahu bila bahaya itu datang bertandang.” Zakuan cuba bermain kata-kata. Hatinya cukup resah setiap kali mengingatkan tentang Azahari yang tidak putus asa mahu mengganggu hidupnya suami isteri.
“Apa yang cuba kau beritahu aku nie. Cakap sajalah… jangan berbelit-belit.” Halim tidak sabar untuk mendengar penjelasan dari Zakuan.
“Ada seseorang yang selalu mengganggunya. Aku tidak mahu lelaki itu berterusan mengganggu hidup isteri aku dan juga kehidupan kami. Aku mahu kau mengekori ke mana saja dia pergi dan membuat laporan kepada aku sekerap yang mungkin setiap hari.” Zakuan yakin dengan dirinya. Dia perlu menyelesaikan perkara ini secepat yang mungkin. Dia sudah bosan dengan tingkahlaku Azahari yang tidak tahu malu itu.
“Kenapa? Dia suka pada isteri kaukah?”
“Bukan setakat suka, malah gilakan isteri aku!” suara Zakuan meninggi. Kedengaran ketawa kecil terbit dari mulut Halim.
“Isteri kau cantik sangat. Sesiapa saja boleh jatuh cinta padanya.” Puji Halim.
“Aku serius Halim!” Hati Zakuan sedikit membara apabila terasa kata-katanya dipermainkan oleh Halim.
“Janganlah cepat melenting kawan. Baiklah, aku akan membantu kau. Tapi aku perlukan gambar dan detail tentang lelaki yang mengganggu rumahtangga kau itu agar memudahkan lagi kerja aku.” Halim bersetuju untuk membantu Zakuan. Zakuan menghela nafas lega dengan kesanggupan sahabatnya itu untuk membantu.
“Itu jangan risau. Malam ini kita berjumpa di tempat biasa. Segala maklumat yang kau mahukan itu telah aku sediakan awal-awal lagi.”
“Bagus. Kita berjumpa di sana!” serentak dengan talian diputuskan. Zakuan berpuas hati dengan perundingannya dengan Halim. Dia kemudiannya meluruskan kaki dengan meletakkan di atas meja. Matanya dipejam rapat. Suasana sepi seketika. Teman-teman sepejabatnya masih belum kelihatan. Hanya dia seorang sahaja di situ ketika ini.
Ketenangannya terganggu dengan deringan telefon bimbitnya. Pantas dia menyeluk kocek seluarnya. Punat hijau ditekan dan melekapkan telefon ke telinga.
“Zakuan, ini emak!” suara cemas ibu mertuanya menerobos masuk ke dalam corong telinganya.
“Ya mak, ada apa?” jawabnya lalu membetulkan kedudukannya.
“Zira ada bersama kau?” pertanyaan dari ibu mertuanya itu menimbulkan rasa hairan di hatinya.
“Eh, bukankah Zira berada di hospital?” dia menjawab pertanyaan ibu mertuanya dengan pertanyaan juga.
“Pelik! Mak ada di hospital sekarang. Tapi Zira tiada di dalam wad. Ke mana dia pergi? Mak ingatkan kau bawa dia keluar.” Satu keluhan berat terbit dari bibir Puan Kamalia.
Dada Zakuan berombak kencang. Sesuatu yang tidak diingini telah menimpa Zira?
“Habis tu, bagaimana sekarang mak?” rasa cemas mula mencengkam di jiwanya. Apa yang sebenarnya telah berlaku?
“Entahlah… mak pun tak tahu. Tapi yang pasti, dia tiada di hospital. Entah ke mana dia pergi. Tak mungkin dia melarikan diri. Kalau dia lari dari hospital, sudah tentu dia balik ke rumah.” Puan Kamalia mula terisak-isak.
Hati Zakuan yang tadi kerisauan tiba-tiba mendidih. Ini sudah tentu kerja Azahari. Nampak gayanya dia lebih awal bertindak dari aku. Sudah kuagak dia akan membuat tindakan seperti itu. Aku takkan lepaskan kau Azahari!
“Emak sudah bertanya dengan kakitangan di hospital atau wad di situ? Takkan seorang pun tidak nampak ke mana Zira? Mungkin dia ke tandas barangkali.” Zakuan keresahan namun cuba untuk mengawal perasaannya. Dia tidak mahu jika dia menunjukkan reaksi bimbang akan menambahkan kekusutan di fikiran ibu mertuanya.
“Ada juga emak bertanya tadi. Ada seorang pesakit di sini beritahu yang Zira dibawa keluar oleh seorang lelaki. Mereka ingatkan kau, suaminya.”
Mendengar kata-kata itu semakin menguatkan tanggapan Zakuan bahawa Azahari sudah melarikan Zira. Tapi, bagaimana dia membawa Zira keluar dari situ? Zira takkan begitu mudah mahu mengikuti lelaki jahanam itu.
“Bagaimana Zakuan? Mak risaukan Zira. Entah ke mana lelaki itu bawa Zira. Mak rasa kita perlu laporkan pada polis.” Sambung Puan Kamalia lagi apabila mendengar Zakuan hanya membisu.
“Nanti dulu mak. Saya akan ikhtiarkan. Mak jangan risau dan beritahu ayah sekali supaya jangan bimbangkan tentang perkara ini. Saya cuba minta bantuan.”
“Pada siapa kau nak minta bantuan?”
“Saya ada kawan yang boleh membantu. Biar saya uruskan.” Zakuan cuba meyakinkan ibu mertuanya. Dia tidak boleh berlengah-lengah lagi. Halim perlu dihubungi segera!
“Terpulanglah pada kau, Zakuan. Mak hanya mahu Zira selamat dan kembali semula ke pangkuan kita sekeluarga. Kalau betul dia diculik dan penculik itu mahukan wang tebusan, mak sanggup sediakan walau berapa saja jumlahnya. Itulah satu-satunya anak mak, Zakuan.” Tangisan hiba mula kedengaran. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak sendiri diapa-apakan.
“Mak… jangan begini. Kita sendiri tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku pada Zira. Kita berdoa agar Zira selamat.” Zakuan cuba memujuk ibu mertuanya.
Setelah berbicara seketika, akhirnya dia menamatkan panggilan dengan ibu mertuanya. Dengan pantas pula dia mendail nombor telefon Halim. Setelah menunggu seketika barulah panggilannya dijawab.
“Halim, kita perlu bertindak sekarang. Isteri aku sudah dilarikan!”
Pertemuan di antara Zakuan dan Halim berjalan lancar. Zakuan telah menyerahkan maklumat tentang Azahari kepada Halim. Setelah berbual beberapa ketika, Halim meminta diri untuk beredar. Dia juga turut beredar dan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan angka 12.30 tengah malam. Namun, matanya belum mengantuk. Di fikirannya hanya memikirkan tentang Zira. Bagaimanakah keadaannya tika ini? Keluhnya di dalam hati.
Suasana sepi dan kelam menyelubungi Zakuan sebaik saja tiba di rumah. Perlahan-lahan dia memetik suis lampu. Serta merta ruang tamu rumahnya terang benderang. Walaupun begitu, hidupnya terasa begitu sepi. Ketiadaan Zira di sisi, amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya walaupun seketika. Jika dulu, rumah ini dihiasi dengan senyuman manis isterinya walaupun dia tahu Zira tidak menerimanya dengan sepenuh hati namun dia tetap bahagia dengan layanan mesra Zira terhadapnya. Tapi kini, setelah begitu banyak rintangan dan masalah yang terpaksa dihadapi oleh mereka berdua dan gangguan demi gangguan yang diterima dari Azahari cukup membuatkan kehidupan mereka kucar-kacir.
“Sampai bilakah kita harus hidup begini, Zira?” keluhnya lalu merebahkan diri di atas sofa. Dia memicit-micit perlahan dahinya yang sedikit berdenyut dengan mata terpejam.
“Baru balik Zakuan?” tegur satu suara. Pantas dia menoleh. Kelihatan Mak Jah sedang berdiri di sebelah sofa tempat pembaringannya. Dia bingkas bangun.
“Ya, Mak Jah. Mak Jah belum tidur?” Malas sahaja Zakuan membalas.
“Sudah terlena tadi, tapi tidur-tidur ayam saja. Mak Jah tunggu Zakuan balik. Macam mana dengan Zira? Bila dia boleh keluar dari hospital?” pertanyaan Mak Jah hanya dipandang sepi oleh Zakuan. Kepalanya semakin berdenyut-denyut. Bagai mahu pecah kepalanya tika ini.
“Entahlah Mak Jah. Dia tiada di hospital. Kata nurse di sana, ada seorang lelaki yang membawa dia keluar.” Lirih saja suara Zakuan.
Terdengar suara Mak Jah beristighfar. Mak Jah cepat-cepat duduk di sebelah Zakuan yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Lengan Zakuan dipegang kemas.
“Macam mana boleh jadi begitu? Takkan tiada siapa yang halang sewaktu lelaki itu membawa Zira pergi?” bertubi-tubi soalan yang terbit dari bibir Mak Jah. Zakuan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Mereka sangka lelaki itu saya, suami dia. Sebab itu tiada siapa yang bertanya apatah lagi menghalangnya. Mak Jah… saya tak mahu kehilangan dia. Saya sayangkan dia.” Rintihan Zakuan mengundang rasa pilu di hati Mak Jah. Dia memahami keadaan yang dihadapi oleh Zakuan. Dia juga sayangkan Zira. Dia seorang wanita yang baik.
“Mungkin Azahari yang lakukan semua ini. Sebab hanya dia yang selalu mengganggu kehidupan kamu berdua. Mak Jah cukup meluat dengan dia. Entah setan mana yang merasuk dia sampai dia buat begini pada kamu!” Mak Jah mengetap bibir kegeraman. Zakuan terkejut dengan sangkaan Mak Jah. Dia tidak menyangka Mak jah turut berfikiran sepertinya.
“Kita tidak boleh buat tuduhan melulu begitu Mak Jah. Belum ada bukti yang mengesahkan bahawa Azahari yang melarikan Zira.” Zakuan cuba menenangkan Mak Jah. Dia tidak mahu membuat apa-apa tuduhan sekalipun hatinya kuat mengatakan bahawa Azaharilah yang menjadi dalang kepada semua kejadian yang berlaku.
“Zakuan sudah buat laporan polis?” soal Mak Jah tiba-tiba.
Zakuan menggelengkan kepala. “Saya tak mahu libatkan polis buat masa sekarang. Saya minta bantuan dari kawan saya untuk menyiasat terlebih dahulu. Bila saya sudah mendapat bukti bahawa Azahari yang melakukan semua ini, barulah saya akan meminta bantuan polis pula. Saya harap Mak Jah jangan cakap apa-apa tentang hal ini sekiranya mama dan ayah call. Tolong ya Mak Jah…” rayu Zakuan sambil menggenggam erat tangan Mak Jah.
“Baiklah… harap-harap tiada apa yang berlaku pada Zira. Mak Jah juga sayangkan dia.” Ujar Mak Jah lalu menepuk-nepuk bahu Zakuan. Wajah Zakuan yang agak cengkung ditenungnya dengan penuh simpati.
“Zakuan nak makan? Nanti Mak Jah panaskan lauk ya?”
“Tak payahlah Mak Jah. Saya tak ada selera.”
“Tak elok dibiarkan perut kosong. Makanlah sedikit, nanti kena gastrik pula.” Pujukan Mak Jah mencairkan hati Zakuan. Wanita yang menjaganya sejak dari kecil itu memang amat disayangi seperti ibunya sendiri. Anggukkan dari Zakuan sedikit menceriakan hati tua Mak Jah. Perlahan-lahan dia menapak ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk Zakuan.
Pandangan Zira berpinar-pinar dan agak kabur. Tubuhnya pula terasa dingin. Dia cuba mencelikkan matanya yang begitu liat untuk terbuka. Dia terasa ingin menyambung tidurnya yang dirasakan begitu nyenyak sekali. Tambahan pula bauan haruman biliknya begitu menyamankan. Tidak seperti sebelum ini, tekaknya begitu loya apabila terpaksa menghidu bau ubat!
Tiba-tiba dia berasa hairan. Mengapa pula tiada bau ubat-ubatan? Dan katil tempat dia beradu terasa begitu empuk. Pantas dia membuka matanya. Suasana begitu asing baginya.
Ini bukan wad hospital. Ini bilik hotel! Tetapi bagaimana pula aku boleh berada di sini? Dia berteka-teki di dalam hati. Fikirannya ligat berputar. Cuba mengingati kembali apa yang berlaku sebelum dia berada di sini.
“Azahari!!!” terbit nama itu dari celahan bibirnya. Dadanya tiba-tiba sebak. Air mata begitu deras menuruni pipinya. Dia telah dapat mengingati semuanya. Dari saat Azahari muncul secara tiba-tiba di bilik wadnya dan pertengkaran yang terjadi di antara mereka berdua hingga dia tidak sedarkan diri. Akhirnya dia dikurung di dalam bilik hotel mewah ini.
“Hai sayang… dah bangun?” suara Azahari kedengaran lunak di pendengarannya. Segera dia menoleh ke kiri. Kelihatan Azahari sedang tersenyum sambil membawa segelas air.
“Apa yang kau dah buat pada aku?” jeritan Zira bergema di dalam bilik itu. Azahari hanya tersenyum dan terus mendekati Zira. Dia melabuhkan punggungnya di atas tilam, berdekatan dengan Zira. Zira segera menjauhkan diri. Dia menyelimuti dirinya dengan gebar. Kenangan lama sewaktu dia dinoda oleh Azahari di hotel segera melintas di fikirannya. Dia amat ketakutan tika ini. Takut sekiranya Azahari mengulangi perbuatannya dahulu.
“I ada bawa susu buat you, minumlah. Tentu you haus, kan?” ujarnya lalu menghulurkan gelas berisi susu kepada Zira. Zira kembali menangis ketakutan. Terisak-isak dia sambil mengemaskan balutan kain gebar yang menyelimuti badannya.
Azahari menggesa Zira untuk menyambut gelas di tangannya namun Zira hanya membatukan diri. Melihat kedegilan Zira, dia menyuakan gelas tersebut ke bibir Zira. Zira yang terkejut dengan tindakan Azahari terus menepis tangan lelaki itu. Genggaman tangan Azahari terlepas lalu menumpahkan segelas susu di atas tilam. Melihat keadaan itu Azahari terus naik angin.
“Bodoh! Aku cuba berbaik-baik dengan kau!!” tengkingan Azahari pula bergema di dalam bilik itu. Tersentak Zira seketika. Azahari bingkas bangun. Nafasnya begitu deras keluar masuk. Dia bercekak pinggang sambil menatap wajah Zira dengan perasaan yang marah.
“Tak perlu kau berbaik-baik denganku. Aku tidak akan menerima kau kembali. Aku kini isteri Zakuan!” Zira memberanikan diri untuk bersuara walaupun di dalam hatinya terselit perasaan takut seandainya Azahari akan mengapa-apakannya.
“Apa lebihnya jantan itu hingga kau sanggup menepikan aku. Kau sanggup putuskan pertunangan kita semata-mata mahu bersama dengan dia. Mengapa? Mengapa?”
“Dia tidak ada kena mengena dengan keputusan aku memutuskan pertunangan kita. Perangai kasanova kau itu yang membuatkan aku membuat tindakan itu. Aku tidak sanggup berkahwin dengan lelaki yang mengusung perempuan ke sana ke mari tanpa ikatan yang sah. Setelah kau rosakkan mereka, kau tinggalkan begitu saja.”
“Tapi, mereka sendiri yang rela. Aku tidak pernah memaksa mereka untuk menyerahkan diri kepada aku.” Azahari cuba membela diri. Zira meluat melihat keadaan itu. Dia sudah tidak menangis sebaliknya seakan ada satu semangat yang meresap ke dalam jiwanya untuk berdepan dengan Azahari. Aku perlu kuatkan diri. Aku tidak mahu dia melakukan sesuatu kepada diriku, desisnya di dalam hati.
“Kita orang Islam, Azahari. Sepatutnya kau tahu halal dan haram. Berzina itu berdosa besar, kau tahu tak?”
Azahari ketawa besar sebaik sahaja mendengar kata-kata Zira itu. “Ooo… sekarang kau mahu beri syarahan agama pula kepada aku. Hmmm… bagus sekali bimbingan yang jantan itu beri pada kau!” sindir Azahari lalu kembali duduk di atas katil menghadap Zira.
“Dia memang lelaki yang baik. Dia tidak pernah mengungkit apa yang telah berlaku terhadap aku. Malah dia memberi sokongan kepada aku untuk meneruskan kehidupan yang telah kau musnahkan. Sedarlah Azahari… apa yang kau lakukan ini adalah salah. Kau sendiri tahu… kaukan peguam yang membela orang yang tidak bersalah. Ingatlah pada ALLAH Azahari…” rayuan Zira hanya disambut dengan gelak ketawa oleh Azahari. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.
“Kau tak perlu mengingatkan aku tentang siapa aku. Aku tahu apa yang aku lakukan. Dan sekarang yang aku mahu ialah membawa kau lari jauh dari sini. Di satu tempat yang mana tiada siapa dapat mengganggu kita berdua. Ya, hanya kita berdua sayang…” ucapnya sambil tangannya cuba membelai rambut Zira yang mengurai. Sepantas kilat Zira menepis tangan Azahari. Dia hanya ketawa melihat reaksi Zira.
“Kau ingat Zakuan akan membiarkan perkara ini begitu saja. Aku pasti dia sedang berusaha mencari aku. Mungkin juga dia sudah melaporkan kepada polis.” Zira cuba mengugut Azahari di samping cuba untuk menyedarkan dia bahawa perbuatannya ini adalah salah.
“Dia tidak tahu di mana kita berada. Kau jangan berharap sangat suami kau akan dapat mencari kau di sini. Tiada siapa yang tahu kita berada di sini.” Tenang sahaja Azahari berbicara.
“Dia pasti akan mencari aku sebab dia…”
“Sayangkan kau, begitu?” kata-kata Zira dipintas oleh Azahari. Terkedu Zira mendengarnya. Dia memandang Azahari yang turut memandangnya dengan tajam.
“Mungkin kau hanya perasan seorang diri. Dia mengahwini kau semata-mata mahu menutup malu kau. Aku akui, dia memang baik tapi tanpa sedar, sebenarnya dia bodoh sebab sanggup mengorbankan diri demi kau. Dia tak sayangkan kau Zira. Terimalah kenyataan ini.” Kata-kata Azahari bagaikan sembilu tajam menusuk ke dalam hatinya.
Betulkah Zakuan tidak pernah menyayanginya seperti mana dia mula menyayanginya tika ini. Tapi layanannya terhadap aku selama ini seolah-oleh dia menyayangi aku sepenuh hatinya. Tapi, dia tidak pernah mengungkapkan kata sayang kepadaku. Mungkin betul kata-kata Azahari, dia hanya mahu membantu diriku sahaja. Zira bermonolog seorang diri.
“Kenapa kau diam? Betulkan apa yang aku katakan? Hahahahaaa…” ketawa Azahari kembali bergema di dalam bilik itu. Hati Zira pula diruntun sayu apabila mengenangkan dirinya yang tidak berdaya.
“Zira sayang. Dengarlah kataku, tinggalkan Zakuan dan ikut bersama-sama aku. Kita tinggalkan tempat ini dan bina hidup baru di sana. Aku berjanji akan menjaga kau dan anak kita dengan baik. Aku sayangkan kau Zira. Walaupun aku selalu berdampingan dengan wanita lain, namun di dalam hati aku hanya kau yang bertakhta. Percayalah…” suara Azahari lembut berbicara. Dia tidak putus-putus berusaha untuk memujuk Zira agar kembali ke pangkuannya.
Zira terdiam mendengar bicara Azahari. Matanya memandang tepat ke wajah Azahari yang penuh mengharap. Hanya seketika, kemudian dia kembali teringatkan Zakuan. Kasih sayangnya terhadap lelaki itu semakin mendalam walaupun tidak pasti samada perasaan indah itu berbalas. Namun, hatinya kuat mengatakan bahawa Zakuan juga turut berperasaan sepertinya.
“Aku sayangkan Zakuan. Aku mahu hidup bersama-sama dia hingga akhir hayat aku…” tenang sahaja Zira menuturkan kata-katanya.
Mendengar kata-kata Zira itu, perasaan Azahari kembali membara. Tanpa sepatah kata, dia terus bergegas keluar dari bilik dan meninggalkan Zira dalam keadaan terpinga-pinga.
Zakuan semakin gelisah apabila Halim masih tidak menghubunginya. Sudah masuk hari kelima Zira hilang dari wad. Dia menyendiri di dalam bilik tidur dan berbaring di kamar dengan telefon bimbit tergenggam kemas di tangannya. Sejak hari kehilangan Zira, dia tidak dapat tidur lena kerana bimbang akan keselamatan isteri tercinta.
Kamar itu terasa begitu sunyi. Zakuan cuba melelapkan mata setelah penat bekerja seharian di pejabat. Walaupun menghadapi masalah yang besar, namun dia tetap cuba untuk menumpukan perhatian kepada kerjanya. Dia tidak mahu mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja di pejabat. Tetapi hakikatnya walaupun jasadnya berada di pejabat, namun fikirannya tetap memikirkan tentang Zira.
“Ke mana kau bawa lari isteriku, Azahari…” getus Zakuan seorang diri. Perasaan marah mencengkam hatinya. Membuak-buak amarahnya terhadap lelaki itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menembak Azahari apabila bertemu dengannya nanti. Tetapi, Zakuan cepat-cepat beristighfar. Dia tidak mahu perasaan marah itu menguasai fikirannya hingga membuatkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-undang.
Tiba-tiba deringan telefon memecahkan kesunyian. Dia pantas menekan punat hijau lalu melekapkan ke telinga.
“Halim… bagaimana?” soalnya tidak sabar apabila mengetahui nombor telefon Halim yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
“Aku sudah dapat menjejaki Azahari.” Balas Halim. Zakuan menarik nafas lega. Alhamdulillah, ucapnya di dalam hati.
“Mereka di mana sekarang?”
“Aku tidak pasti samada isteri kau ada bersama dia atau tidak. Tapi sejak aku memerhatikan dia tiga hari yang lalu, dia asyik berulang alik ke Hotel Mutiara. Terlalu kerap.”
“Hotel Mutiara?”
“Ya.”
“Dia menginap di situ?”
“Ya… sudah lima hari dia check-in di situ.”
“Mana kau tahu?”
“Zakuan… akukan penyiasat. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan maklumat ini, tapi demi kawan aku… tahulah aku bagaimana nak buat! Walaupun terpaksa mengurat gadis di kaunter hotel tu…” Halim ketawa kecil. Zakuan tersenyum gelihati.
“Terima kasih Halim. Aku amat terhutang budi pada kau. Kau nyatakan saja berapa bayarannya, aku akan hantarkan esok pagi, tunai!” ucap Zakuan bersungguh-sungguh.
“Hei kawan… aku tolong kau dengan ikhlas. Aku tak mahu apa-apa bayaran. Asalkan kau dapat semula isteri kau, aku sudah puas hati. Tapi, kau perlu melaporkan kepada pihak polis. Jangan ambil tindakan sendiri. Merbahaya!” nasihat Halim kepada Zakuan.
“Ini masalah aku dan Azahari. Biarlah aku selesaikan sendiri tanpa melibatkan pihak polis.” Kata Zakuan tegas.
“Kau jangan jadi bodoh. Serahkan saja pada pihak polis. Biar mereka yang menyelesaikannya. Dengar cakap aku Zakuan.”
Zakuan tidak membalas kata-kata Halim. Dia hanya mendiamkan diri. Dalam diam-diam dia bersetuju dengan nasihat kawannya itu.
“Baiklah, boleh kau temankan aku ke balai polis untuk membuat laporan? Aku rasa dengan maklumat yang kau ada, akan memudahkan pihak polis untuk bertindak. Aku mahu isteri aku diselamatkan hari ini juga. Aku sayang isteri aku. aku tidak mahu dia diapa-apakan oleh lelaki keparat itu!” luah Zakuan dengan geram. Dia mengepal-ngepal penumbuknya.
“No problem!” jawab Halim dan panggilan mereka dimatikan. Zakuan bingkas bangun dan mencapai kunci kereta di atas meja kecil berhampiran dengan kamar. Perbuatannya terhenti tatkala terpandang bingkai gambar Zira yang tersenyum manis di atas meja itu.
Perlahan-lahan dia mencapai bingkai gambar yang berhias bunga matahari di sekelilingnya. “Tunggu abang datang untuk menyelamatkan Zira ya!” ucapnya perlahan lalu mengucup gambar Zira. Dia meletakkan kembali bingkai gambar itu dan terus bergegas keluar.
Zakuan berdiri di hadapan pintu bernombor 408. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kembali. Halim memberitahunya bahawa bilik inilah yang didiami oleh Azahari sejak lima hari yang lalu. Dia ke sini seorang diri tanpa pengetahuan Halim. Mereka berpisah selepas membuat laporan di balai polis. Dia berbohong kepada Halim dengan mengatakan bahawa dia ingin bertemu dengan ayah dan ibu Zira. Padahal dia mengambil keputusan untuk datang sendiri bersemuka dengan Azahari. Dia tidak sanggup untuk menunggu pihak polis membuat siasatan. Dia terlalu risaukan tentang Zira dan dia yakin Zira berada di dalam bilik itu bersama Azahari.
Dia menekan loceng pintu. Dia berdebar-debar menunggu reaksi penghuni bilik itu. Namun tiada jawapan. Dia menekan sekali loceng. Kali ini membuahkan hasil apabila terdengar suara lelaki yang menjawab dari dalam bilik.
“Siapa?” sayup-sayup saja suara itu kedengaran.
“Room service.” Jawab Zakuan berhati-hati. Seketika kemudian pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Tanpa berlengah lagi dia terus menerpa dan menolak pintu dengan kasar. Azahari jatuh terlentang ke lantai akibat tolakan kuat dari Zakuan. Pintu bilik ditutup kembali.
“Mana isteri aku??” soal Zakuan tidak sabar-sabar. Matanya mencerlang garang.
Azahari yang masih di atas lantai, cuba untuk bangun. Namun, belum sempat dia berbuat apa-apa satu tumbukan padu singgah di pipi kirinya. Dia terbaring semula di atas lantai.
“Mana Zira? Di mana kau sorokkan dia?” Zakuan menyoal lagi. Suaranya bergema di dalam suite mewah Hotel Mutiara itu.
Azahari ketawa terbahak-bahak sambil mengusap-usap dagunya yang perit akibat ditumbuk oleh Zakuan tadi. Bibirnya pecah sedikit dan mengalirkan darah merah pekat. Dia mengesat hujung bibir dengan ibu jarinya. Tanpa diduga-duga Zira keluar dari bilik tidur utama setelah mendengar kekecohan di luar bilik tidur.
“Apa yang sudah terjadi?” soalnya cemas.
“Zira!!” ucap Zakuan apabila terpandangkan Zira yang berdiri tegak di hadapannya. Hatinya lega apabila melihat Zira berada di situ. Tidak sia-sia kedatangannya seorang diri ke situ. Memang betul Zira telah diculik oleh Azahari.
“Zakuan… oh, thanks God!” ucap Zira lalu cuba berlari mendapatkan Zakuan. Tetapi belum sempat dia melangkah ke arah Zakuan, tanpa disedarinya Azahari sudahpun berdiri lalu menangkapnya. Azahari memeluk kemas pinggang Zira dengan tangan kirinya. Manakala tangan kanannya tergenggam pisau dan dihunuskan ke leher Zira. Zakuan tergamam melihat situasi itu
“Kau tak akan dapat lari dari aku Zira.” Bisik Azahari di telinga Zira. Dia tersenyum lebar sambil melirik kepada Zakuan. “Dan kau Zakuan, kau tidak akan dapat memiliki Zira kerana dia milik aku. Milik aku selamanya!” suara lantang Azahari agak menggentarkan Zakuan. Tambah-tambah lagi apabila melihat pisau yang berada di leher Zira.
“Kau jangan apa-apakan Zira. Bukankah kau sayangkan dia?” Zakuan cuba melengah-lengahkan tindakan Azahari. Dia agak menyesal apabila tindakan bodohnya datang ke sini seorang diri hanya membuatkan Zira di dalam bahaya. Azahari sudah tidak siuman!
“Memang! Memang aku sayangkan dia. Aku sayangkan dia dahulu dari kau. Malah aku tetap sayangkan dia walaupun dia mengkhianati aku dan berkahwin dengan kau!” jerkah Azahari.
“Aku tak pernah mengkhianati kau Azahari. Kau sendiri yang mengkhianati aku.” Zira bersuara di tengah-tengah ketengangan antara Zakuan dan Azahari.
“Kau putuskan pertunangan kita dan berkahwin dengan dia, itu kau kata bukan satu pengkhianatan, hah?” Azahari menyoal dengan garang. Kecut perut Zira mendengar suara Azahari yang bagaikan guruh membelah langit.
“Perempuan jahanam! Tak sedar diuntung!” pekik Azahari lalu mengangkat pisaunya untuk menikam Zira. Zakuan yang melihat keadaan itu terus membuat tindakan yang pantas meluru dan menahan tangan Azahari dari menikam Zira yang sedang menangis ketakutan.
Pergelutan berlaku di antara mereka berdua. Masing-masing cuba untuk mengalahkan antara satu sama lain. Zira menyorokkan diri di sudut bilik dan menangis ketakutan.
“Arghhh…!!!” Zakuan menjerit kesakitan apabila pisau Azahari menghiris lengannya. Apabila Azahari cuba untuk mengulanginya, satu tendangan dilepaskan tepat di perut oleh Zakuan. Dia terdorong ke belakang lalu jatuh di atas sofa. Azahari mengerekot menahan senak akibat tendangan kuat oleh Zakuan.
Kesempatan itu diambil oleh Zira untuk mendapatkan Zakuan yang tercedera. Lengan Zakuan diraih. Kelihatan darah mengalir laju dari luka hirisan pisau Azahari. Zira menjadi tidak keruan
“Ya ALLAH… abang cedera.” Zira mengongoi sambil mengesat darah yang mengalir dengan hujung bajunya. Zakuan hanya memerhatikan kelakuan Zira. Perasaan bahagia menyelinap ke dalam jiwanya apabila mendengar panggilan Zira terhadapnya. Seketika dia terlupa bahawa dia sedang bergaduh dengan Azahari.
“Mampus kau!!” jerit Azahari sambil berlari dengan pisau terhunus ke arah mereka berdua. Zakuan terpaku melihat Azahari sedang berlari ke arah mereka. Namun, tindakan Zira lebis pantas. Dia cepat-cepat berdiri di hadapan Zakuan untuk melindungi suaminya itu.
Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Pisau Azahari sudah menikam perut Zira. Darah merah membuak-buak keluar dari perut Zira. Azahari tergamam apabila melihat pisau digenggamannya terhunus ke perut Zira. Zakuan menjerit lalu menolak Azahari.
“Apa yang kau sudah lakukan?” sergah Zakuan.
Nafas Zira sesak. Dia menekup perutnya. Matanya memandang ke bawah. Darah begitu banyak keluar dari perut hingga membasahi pakaiannya.
Zakuan pantas mengangkat Zira lalu dibaringkan di atas sofa. Dia tidak mempedulikan Azahari yang masih berdiri bagaikan patung kerana tidak mempercayai bahawa dia sudah mencederakan Zira.
“Zira… tahan ya. Abang telefon ambulans sekarang.” Ucap Zakuan cemas. Dia menyandarkan badan Zira ke badannya. Tangannya turut menekup luka di perut Zira. Tangan menggenggam tangan Zira yang disaluti darah.
“Abang… Zira rasa sakit sangat…” rintih Zira dengan nada yang tersekat-sekat.
“Sabar sayang…” bisiknya perlahan lalu mengucup dahi Zira yang berpeluh-peluh menahan kesakitan.
Dia cuba mencari-cari telefon bimbitnya di dalam kocek seluar. Namun tiada. Matanya meliar di dalam ruang bilik lalu ternampak telefonnya terdampar di atas lantai berdekatan dengan tempat Azahari berdiri. Agaknya terjatuh sewaktu dia bergelut dengan Azahari tadi. Dia cuba pula untuk mencapai telefon di bilik itu. Namun belum sempat dia berbuat begitu, Azahari pantas menarik telefon hingga tercabut wayar lalu mencampakkan ke dinding. Berkecai telefon berwarna putih itu.
Zakuan lantas memandang wajah Azahari yang begitu keruh sekali air mukanya. “Zira dalam kesakitan. Benarkan aku menelefon ambulans. Aku perlu selamatkan dia.” Zakuan cuba berlembut dengan Azahari. Dia tahu, Azahari amat merbahaya sekarang. Dia sudah tidak waras!
Tiba-tiba Azahari menekup wajahnya. Bahunya terhinggut-hinggut. Dia menangis. Tidak lama kemudian dia meraung sambil menampar wajahnya sendiri. Wajahnya dibasahi dengan airmata. Zakuan hanya memandang gelagat Azahari. Dia tidak berani untuk melakukan apa-apa pada Azahari kerana mahu melindungi Zira. Zira semakin lemah di dalam dakapan Zakuan. Kehilangan darah yang banyak membuatkan Zira semakin tidak bermaya.
“Apa yang telah aku lakukan? Aku telah membunuh anakku sendiri dengan menikam perut Zira. Maafkan aku Zira. Aku tidak berniat hendak mencederakan kau. Apatah lagi membunuh aku kita. Aku mahu membunuh dia!!” ucap Azahari sambil menundingkan jarinya ke arah Zakuan.
“Azahari, kau jangan memburukkan lagi keadaan. Cukuplah dengan apa yang kau sudah lakukan kepada Zira. Kau hampir membunuh orang yang kau sayang.”
“Kau diam Zakuan!!”
“Bantulah dia, Azahari. Tolonglah telefon ambulans. Zira sudah kehilangan darah yang banyak. Aku takut dia tidak dapat bertahan. Tolonglah Azahari… kita sama-sama menyayangi dia.” Zakuan tidak berputus asa untuk memujuk Azahari agar membantunya menelefon ambulans.
Zira walaupun semakin lemah, tetapi masih dapat mendengar perbualan antara Zakuan dan Azahari. Hatinya berasa amat gembira apabila mendengar kata-kata Zakuan tadi. Pengakuan sayang dari Zakuan seolah-olah menyuntik semangat ke dalam dirinya.
“Abang sayangkan Zira?” dia bersuara lemah dengan mata terpejam. Matanya tidak mampu untuk dicelikkan.
Zakuan terkejut apabila mendengar Zira bersuara. Dia ingatkan Zira sudah pengsan akibat pendarahan yang teruk.
“Ya sayang. Abang sayangkan Zira sejak kali pertama kita bertemu. Waktu kemalangan kereta dulu. Waktu itulah cinta abang pada Zira wujud hingga kini perasaan itu tetap ada.” Peluang yang ada tidak disia-siakan oleh Zakuan untuk berterus terang. Tangan Zira digenggam kemas.
Zira mengorak senyuman walaupun terpaksa menahan kesakitan. Suasana sepi seketika. Masing-masing dengan dunia sendiri.
“Abang nak tahu sesuatu?” soal Zira tiba-tiba.
“Apa dia sayang?” Zakuan menjawab pantas. Dia meraih Zira dalam pelukannya.
“Zira sayang dan cintakan abang…”
Zakuan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Zira meluahkan perasaan kepadanya. Inilah saat-saat yang dia nantikan selama ini. Hatinya berbunga ceria mendengar ucapan keramat itu. Perasaannya dibuai dengan keindahan.
Azahari melihat babak cinta antara Zakuan dan Zira di hadapannya dengan rasa benci yang menggunung. Rasa bersalah terus lenyap dari hatinya apabila melihat pasangan suami isteri itu saling meluahkan perasaan sayang dan cinta.
“Sudahhh!! Mual aku tengok kau berdua memadu kasih di depan mataku. Baiklah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Biar kau berdua mati saja. Bukankah kau berdua saling menyayangi? Mesti mahu sehidup dan semati. Jadi, biar aku tunaikan hasrat kau berdua!” Azahari kembali menjadi ganas. Wajahnya merah padam menahan rasa marah yang sudah sampai ke kemuncaknya.
Dia meluru ke arah Zira dan Zakuan. Pisau digenggam kemas. Namun belum sempat dia mendekati Zakuan, pintu bilik tiba-tiba saja terbuka. Dia pantas menoleh ke arah pintu.
“Polis, jangan bergerak!” satu jeritan yang kuat bergema di pintu. Seorang anggota polis sedang mengacukan pistol ke arah Azahari.
Azahari tergamam apabila melihat ramai anggota polis mengerumuni pintu bilik hotelnya. Semuanya lengkap bersentaja. Sedikit demi sedikit anggota polis memasuki bilik itu. Zakuan lega dengan kehadiran polis yang tepat pada masanya.
“Letakkan pisau awak. Jangan cuba untuk melakukan apa-apa.” Sekali lagi anggota polis itu memberi amaran.
Azahari ketawa tiba-tiba. Berdekah-dekah dia ketawa. “Apa yang boleh kau buat? Kau mahu tembak aku dengan pistol kau tu?” Azahari seolah-olah mencabar. Dia menjegilkan matanya ke arah anggota polis yang berdiri tegak menggenggam kemas pistol dan diacukan tepat ke arah Azahari.
“Aku sudah bunuh seorang, tengok tu… dia dah mati. Aku yang tikam dia.” tangannya ditunjukkan kepada Zira yang terbaring lemah. Dia kembali ketawa seperti orang hilang akal. “Dan sekarang, sudah tiba masanya untuk jantan itu pula mati! Hahahaaa…” Azahari kembali mengangkat tangannya lalu cuba menikam Zakuan.
Belum sempat mata pisau mencecah ke tubuh Zakuan, satu tembakan dilepaskan dan tepat mengena di dada kiri Azahari. Tembakan itu menghentikan perbuatan Azahari. Pisau terlepas dari genggamannya. Dia memegang dada kirinya yang ditembusi peluru. Cecair hangat mengalir di situ.
“MasyaALLAH…” satu keluhan terbit dari bibir Zakuan. Seketika kemudian Azahari rebah ke lantai dengan mata terbeliak.
“Kau tak apa-apa?” soal Halim kepada Zakuan yang sedang duduk sendirian. Dia turut berada sewaktu pihak polis membuat serbuan. Malah dia yang menggesa pihak polis untuk bertindak kerana dapat merasakan Zakuan akan datang ke Hotel Mutiara seorang diri. Sangkaannya memang tepat dan mujurlah mereka tiba tepat pada masanya.
“Aku tak apa-apa, tapi Zira…” dadanya sebak apabila melihat penderitaan Zira akibat perbuatan Azahari.
“Jangan risau… dia akan selamat. Aku tahu, semangatnya kuat!” balas Halim lalu memegang bahu Zakuan. Zakuan menganggukkan kepalanya.
Zira sudah dibawa pergi ke hospital dengan ambulan. Dia tidak dapat mengikuti Zira kerana perlu membuat laporan polis berkenaan dengan kejadian tadi.
“Bagaimana dengan Azahari?”
Halim tidak menjawab sebaliknya hanya menggelengkan kepalanya.
“Innalillah…” Ucap Zakuan perlahan. Dia tidak menyangka begitu berakhirnya riwayat Azahari. Dia terlalu obses terhadap Zira.
“Mari, aku bawa kau ke balai polis untuk buat laporan.” Ajak Halim lalu mereka berdua beriringan keluar dari perkarangan Hotel Mutiara.
Pintu wad ditolak perlahan-lahan. Zakuan melangkah masuk dan mendekati katil yang dihuni oleh Zira untuk kali kedua. Sudah seminggu Zira menjadi penghuni di wad itu. Dia meraih jari jemari Zira lalu mengucupnya. Perbuatannya itu mengejutkan Zira dari tidur yang lena.
“Abang…” panggil Zira dengan senyuman manis. Zakuan membalas senyuman itu. Itulah pertama kali dia melihat senyuman ikhlas yang diberikan oleh Zira buatnya.
“Apa khabar?” tanyanya lalu duduk di birai katil. Jari jemari Zira digenggam erat.
“Alhamdulillah sihat, tapi baby…” bicara Zira terhenti. Dia terisak-isak.
“Syhhh…” jari telunjuk Zakuan diletakkan di bibir Zira. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak suka melihat Zira menangis. “Bukan rezeki kita.” Sambung Zakuan lagi.
Hati Zira terharu melihat penerimaan Zakuan terhadapnya. Begitu dalam sekali kasih Zakuan buatnya hinggakan dia berasa tidak layak untuk mendapat kasih dan sayang dari Zakuan. Lelaki itu terlalu baik. Dia merasakan dirinya amat bertuah kerana dikurniakan oleh Tuhan seorang suami yang penyayang dan baik hati seperti Zakuan.
“Kalau ada rezeki, Zira teringin mengandungkan zuriat abang.” Ucapan yang terbit dari bibir Zira mengundang senyuman di wajah Zakuan. Senyuman nakal terukir di wajahnya.
“Zira sudi mengandungkan zuriat abang?” matanya bersinar gembira. Wajah Zira ditatap penuh kasih.
“Sudah tentu sebab Zira sayangkan abang.” Pipi Zira merona merah sewaktu menjawab soalan dari suaminya itu. Walaupun malu, dia sanggup ketepikan perasaan itu semata-mata untuk meluahkan perasaannya yang sebenar terhadap Zakuan.
Zakuan mengeluh. Zira kehairanan. “Mengapa abang mengeluh?”
Zakuan tidak terus menjawab. Dia melemparkan senyuman kepada Zira. Jari jemari Zira yang berada dalam genggamannya diusap perlahan. “Lama abang tunggu Zira. Abang ingatkan selama-lamanya tak akan mendapat balasan kasih sayang dari Zira. Ada ketikanya abang seperti berputus asa. Menunggu Zira mengucapkan kata-kata itu bagaikan menunggu buah yang tak akan gugur. ”
Zira sebak mendengar kata-kata Zakuan. “Maafkan Zira, abang. Zira tahu, selama perkahwinan kita Zira banyak menyiksa perasaan abang. Zira memang sayangkan abang. Sejak kita berkahwin, perasaan itu memang sudah wujud di dalam hati Zira, cuma tidak terucap di bibir ini. Zira takut sekiranya cinta Zira tidak berbalas. Lagipun Zira sedar siapa diri Zira.”
Mereka saling meluahkan apa yang tersirat di hati masing-masing. Mereka juga tahu, mulai saat ini tidak perlu lagi berahsia antara satu sama lain. Mereka memang ditakdirkan untuk bersama.
“Masih tidak terlewat untuk kita memulakannya semula, kan?” ucap Zakuan tiba-tiba dengan wajah ceria.
“Ya. Kita akan bajai hubungan kita dengan kasih sayang yang berpanjangan.” Balas Zira bersemangat. Ucapannya disambut dengan anggukan yang bersemangat juga oleh Zakuan.
“Will you be mine forever?” Zakuan melamar Zira buat kali kedua.
“I will.” Sambut Zira lalu ketawa kecil.
Tubuh Zira diraih ke dalam pelukannya. Tiada lagi halangan untuk menyayangi wanita itu. Dia menjadi milik Zakuan sepenuhnya. Dalam diam Zakuan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepadanya untuk menyayangi dan mengasihi isteri tercinta. Bagi Zira pula, dia amat bersyukur kerana Zakuan masih tetap setia di sisinya walaupun begitu berat dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Dia berjanji dengan dirinya bahawa tidak akan mensia-siakan peluang kedua ini. Dia akan menyayangi dan mencintai suaminya hingga ke akhir hayat.
“Abang mahu enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan.” Zakuan bersuara dengan nada romantis sewaktu melepaskan rangkulannya.
Zira tersenyum lebar. “Satu pasukan bolasepak pun Zira sanggup lahirkan untuk abang.”
Zakuan ketawa besar mendengarnya. Tubuh Zira kembali diraih ke dalam pelukan. Dia mula terasa kenikmatan dan keindahan sebuah rumahtangga yang bahagia. Kasih sudah terucap di bibir masing-masing namun kebahagiaan yang mereka kecapi tidak mampu diucapkan di bibir. Hanya mereka sahaja yang tahu betapa bahagianya apabila kasih dan sayang menjadi milik mereka sepenuhnya.
-TamaT-
hmmmh . .tamat laa suda story neyy . . . seriouslyy sedeyy gler . .sampai aq pown nanges bace . .hope y'all enjoy okayyhh . . :')