profile chat entries credits +follow home



cinta
Wednesday, December 28, 2011@12/28/2011 06:11:00 AM
CINTA or LOVE . semua orang mempunyai perasaan ingin mencintai dan ingin dicintai . tak kesah lah sama ada cinta terhadap TUHAN , cinta sesama manusia cinta terhadap binatang dan lain lain lagi . tapi manusia zaman sekarang neyy lebih memilih cinta sesama manusia daripada cinta kepada TUHAN . walaupun mereka tahu akan kebenarannya bahawa cinta sesama manusia tidak akan kekal abadi . just know I've found something dekat fb . I've found a picture that make me smile and laugh . 
tekan untuk lebih jelas :)
bila tengok gambar neyy kan barulah saya sedar bahawa betul lah apa yang orang perkatakan bahawa cinta tidak mengenal usia . buktinya ini . seorang murid TAHUN 2 sudah 'berjaya' menulis surat cinta seperti ini . bayangkan lah . kadang kadang seorang yang telah mencecah umur 20-an pun belum tentu berani untuk mengucapkan ayat seperti ini . akan tetapi murid ini sungguh berani membuat pengakuan seperti ini . hurm . fikir fikir kan lah . sungguh saya terkejut apabila membaca surat ini . huahuahua . erk ! terasa sungguh lah baku bahase nye . *sorry 'terbaku'(ade ke perkataan neyy -,-) sebentar :) hurm entah lah . ape nak jadi lah kan dengan budak budak zaman sekrang . kecik kecik lagi dah pandai dah nak bercintan cintun neyhh . hurmm . tadikan adelah buat sikit research pasal cinta neyhh . dan ini lah katanya .  

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: "Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan."

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita

macam tuh lah katenye . tapi kan . tak semua orang boleh menganbil ini dan dijadikan pedoman ataupun panduan hidup . apa apa pun marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita :)