profile chat entries credits +follow home



WISDOM OF THE DAY :)
Monday, December 26, 2011@12/26/2011 10:51:00 PM

Ø Pengajaran yang paling baik adalah kesilapan. Semua manusia melakukan kesilapan. Kesilapan juga merupakan guru yang paling baik untuk kehidupan. Ini kerana tiada guru disekolah yang dapat mengajar tentang kehidupan. Melainkan kita mempelajari dan belajar daripada kesilapan kita sendiri. Oleh itu, jangan terlampau menyesali diri sendiri apabila kita melakukan kesilapan. Cukup sekadar sedar akan kesilapan tersebut. Mohon ampun dan maaf serta tidak mengulangi kesilapan tersebut. Kita tidak perlulah keep going to point on kesalahan tuh dekat oran lain mahupun diri kita sendiri.

Ø Bagi aku, kalau ada orang  buat salah just maafkan je orang tuh. Sebab kita sendiri buat silap dengan tidak memaafkan orang tersebut. Nobody is PERFECT in this world. Everybody do thier own mistakes. Just forgive them. Is it hard to do it? Jangan susah2 nak simpan jadi dendam.

Ø Dunia ini ibarat pentas lakonan
manusia ialah pelakon dan pengarah utama
Al-Quran dan As-Sunnah skripnya
manakala Malaikat itu jurugambarnya
Islam jalan ceritanya
Kiamat itu penyudahan penggambarannya
berkumpul di Padang Mahsyar adalah tempat menerima anugerah
Rasulullah S.A.W. “pelakon terbaik”
ALLAH jurinya
manakala Syurga atau Neraka itu trofinya.

Ø Sebaik-baik wanita adalah apabila :
diberi sesutau dia bersyukur dan apabila tidak diberi apa2 dia bersabar.

Ø Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita
semalam adalah teladan dan pengajarannya
dan. . . .
untuk mencapai hari esok
jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.

Ø Kadang kala kita perlu menangis untuk menghayati saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata.

Ø Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
tidak akan sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dirinya sendiri.